Amsal · Proverbs

29:2
Apabila orang benar berada dalam kekuasaan, rakyat bersukacita: tetapi apabila orang durjana memegang pemerintahan, rakyat meratap.

Sekarang waktu untuk berdukacita di semua bangsa dunia, sebab orang jahat sedang berkuasa dan menunggangbalikkan hikmah Allah. Bagaimanakah mungkin orang kudus Allah bersukacita, apabila mereka nampak kesaksamaan, kewajaran, kebenaran, dan hikmah dikompromikan dan dicabuli hari demi hari? Raja Salomo, sementara menulis kepada anaknya yang akan menjadi raja Israel pada masa depan, membuat kesimpulan dan peraturan ini tentang dasar politik: rakyat baik mana-mana bangsa sungguh tergerak hati oleh kemoralan pemerintah mereka.

Amsal ini tidak berkenaan kepada semua manusia sebab orang jahat suka pemerintah durjana kerana pemerintah itu akan menyanjungi dan melindungi dosa-dosa mereka. Banyak bangsa di dunia telah mengasihi pemerintah yang ateis dan yang cabul. Rakyat di dalam amsal ini ialah orang kudus Allah, terutamanya orang yang di Israel. Salomo mengajar anaknya motivasi yang salih dengan mencari rakyat yang mulia dan menghormati mereka.

Banyak bangsa tidak pernah mempunyai penguasa yang benar, maka mereka tidak pernah mempunyai sebab ini untuk bersukacita. Namun, meskipun di sesetengah bangsa yang jahil, yang mempunyai hanya sedikit percayawan, suatu raja yang prihatin dan yang melindungi dan yang membekal bagi rakyatnya merupakan perkara yang menyukakan. Penzalim, seperti Herod yang Agung, yang telah membunuh kanak-kanak di bawah umur dua tahun di sekitar Betlehem, menyebabkan dukacita yang besar malah di kalangan rakyat yang paling kurang berperasaan pun (Mat 2:16-18).

Pemerhatian politik ini benar. Apabila Raja Ahasyweros menaikkan pangkat Haman di Persia, ibu negerinya, Susan telah gempar kerana mendengar peristiwa kenaikan pangkat orang yang durjana itu (Est 3:15). Tetapi apabila Mordekhai yang benar itu menggantikannya, Susan bersukacita dan bersenang hati (Est 8:15). Israel bersukacita ketika Salomo bertakhta, tetapi mereka memberontak ketika anaknya Rehabeam mengambil alih takhta itu.

Amerika pada abad ke-21 nampak seperti suatu bangsa Kristian berada di bawah pemerintahan orang benar. Tetapi Kristian sejati berdukacita, sebab orang durjana yang memerintah. Mereka melindungi perbuatan membunuh anak kecil, pemberontakan anak, pornografi, pemberontakan persatuan pekerja, liwat, penzinaan, evolusi, penceraian yang mengancam pihak yang lemah, hutang kepada negara lain, dan kenikmatan yang gasang. Berkata atau menyanyi, “God Bless America” itu tidak bererti apa pun kecuali kejahilan atau kemunafikan.

Daud menangis seperti aliran air sungai ketika nampak orang berpaling daripada hukum Allah (Maz 119:136). Tetapi suatu hari menjelang, iaitu hari yang Anak Daud akan menumbangkan semua pemerintahan dan bertakhta mutlak dengan kewajaran di bawah Allah (2Sam 23:1-7; Maz 45:1-7; Yes 9:6-7; Yer 23:5-6). Sudahkah kamu percaya akan injil supaya menjadi salah satu daripada segelintir orang yang akan mengagumiNya pada hari itu (2Tes 1:10)?

Apakah pelajaran amsal ini? Tiada apa pun sebab untuk sukacita politik di bangsa-bangsa zaman kini (Maz 9:17; 33:12; 144:15). Biarlah semua yang berkuasa itu benar, bahkan para bapa, bagi tujuan teladan dan sukacita orang bawahannya (Kol 3:21; 1Tim 4:12,16). Biarlah semua orang kudus memberi syukur dan berdoa bagi negara dan pemerintah mereka, sebab damai sejahtera itu mungkin, walaupun di tengah-tengah Babel (Yer 29:4-7; 1Tm 2:1-2).