29:3
Sesiapa yang mengasihi hikmah menyukakan ayahnya: tetapi dia yang menemani para pelacur memboroskan hartanya.
Anak dapat menyukakan atau menghancurkan hati ibubapa. Anak lelaki yang mengasihi hikmah membawa sukacita yang besar kepada ibubapanya. Anak lelaki yang berkawan dengan para pelacur mendukakan hati mereka, sementara mereka melihat gaya hidupnya yang sedang binasa.
Amsal ini harus mendapatkan perhatian telitimu. Ada banyak lagi maksud di dalamnya daripada hanya satu pemerhatian Salomo. Di sinilah pelajaran dan amaran baik kepada ibubapa mahupun kepada anak.
Ibubapa harus takut akan kekecewaan yang pedih ini, dan pembaziran hayat hidup anak mereka. Ibubapa harus dengan serius dan dengan setia melaksanakan tugas-tugas mereka untuk menyerahkan anak mereka kepada Tuhan, berdoa bagi anak, memberi teladan kehidupan salih, dan jangan sesekali melonggarkan peraturan dan kaedah Alkitab bagi didikan anak.
Anak harus pertimbangkan kengerian yang tidak tercatat di dalam amsal ini. Daripada semua amsal Salomo dan semua Alkitab, Allah dengan jelas memberi amaran tentang pembinasaan teruk yang menjelang bagi anak yang mendukakan ibubapa mereka (Ams 20:20; 30:11,17; Ula 27:16; Efe 6:2-3; 1Tim 5:8).
Amaran bahawa anak akan memberi kesan kepada ibubapa – sama ada sukacita ataupun dukacita – telah diulangi di dalam amsal-amsal yang lain (Ams 10:1; 15:20; 17:21,25; 19:13; 23:15-28; 27:11; 28:7). Tetapi butir-butir yang diberi di dalam amsal ini meluaskan lagi pelajaran itu bagi pendidikanmu.
Seperti banyak amsal, ada dua klausa yang harus dibandingkan dan dibezakan, dengan teliti dan dengan menyeluruh, bagi semua butirnya. Pembacaan yang bergegas tanpa renungan akan menjadikanmu rugi akan pelajaran dan amaran penuh amsal ini yang telah Allah beri kepada Salomo.
Seorang anak lelaki yang menyenangkan ayahnya ialah orang yang mengasihi hikmah, suci dari segi seksual, dan berhemat dalam kewangan. Tiga perkara ini diniatkan, walaupun dua tidak dinyatakan, dengan hanya membaca klausa yang kedua. Seorang anak lelaki yang membenci hikmah, bergaul dengan pelacur, dan pemboros mendukakan ayahnya. Membenci hikmah dan mendukakan ayahnya dapat difaham dengan membaca klausa yang pertama.
Seorang anak lelaki yang mengasihi hikmah ialah seorang putera. Mengasihi hikmah adalah setinggi-tingginya darjat yang dapat dicapai – ia menunjukkan seorang anak yang mulia dan membawa keredaan Allah ke dalam kehidupannya (Ams 8:17,21; Pkh 12:1). Hikmah ialah apa yang utama, dan ia matlamat utama orang yang baik (Ams 4:7; 16:16; Pkh 7:12; 9:16-18). Jika seorang ayah ingin menimbang hati anak lelakinya, dia hanya perlu menyukat kasihnya untuk hikmah.
Apakah hikmah? Hikmah ialah daya penghakiman yang betul, termasuk pengetahuan bahawa apa yang kekal di syurga jauh melebihi hal-hal sementara kehidupan ini. Apakah kasih untuk hikmah? Ia kesungguhan yang agresif untuk mengorbankan hal kehidupan ini yang sebegitu disanjungi orang lain supaya dapat memperoleh apa yang lebih baik di kehidupan akhirat yang dipandang hina orang lain (Ams 18:1; Ibr 11:24-26).
Apakah hikmah? Ia suatu takut akan Allah yang berdikari, yang aktif, dan yang membara (Ams 1:7; 9:10; 23:17). Ia membenci kejahatan (Ams 8:13; 16:6; Maz 97:10; 119:128). Ia mempelajari firman Allah (Maz 19:7-11; Maz 1:1; 119:11; 2Tim 2:15). Ia mengasihi Kristus, Yang Maha Hikmah (2Kor 5:14-17; Kol 2:3). Ia membenci orang yang bebal dan yang jahat (Ams 13:20; 29:27; Maz 15:4; 101:3; 1Kor 15:33).
Hikmah lelaki muda yang berhikmah akan menghasilkan pendekatan yang berdisiplin dan yang menguasai diri terhadap seks dan wang. Dia mengekalkan kesucian yang tidak pernah bersetubuh sampai hari pernikahannya; dia hanya akan kahwin dalam Tuhan; dia akan menunggu untuk kebenaran ayahnya; dia akan kekal setia kepada satu isteri untuk seumur hidup. Dia membenci perempuan yang bebal dan yang sundal, dan dia mengelakkan mereka dengan kewaspadaan yang cukup teliti (Ams 2:16-19; 5:8-13; 6:20-26; 7:1-5).
Dia akan berkerja keras, memberi dengan murah hati, menabung dan berjimat cermat, mengelak hutang, dan menambahkan harta miliknya dengan memandang kepada masa depan. Hikmah melibatkan pemahaman kewangan, walaupun pemahaman kewangan sahaja tidak membuktikan apa yang melebihi semut dan tupai. Tetapi kalau digabungkan dengan takut akan Tuhan, lelaki kuat mengekalkan kekayaan (Ams 11:16). Dia naik pangkat dalam bidang profesionalnya oleh kaedah-kaedah yang salih (Ams 22:11,29).
Ibubapa bersukacita dengan kehidupan tersebut, sementara tahu Allah dimuliakan, kerajaan syurga dilayani, dan salasilah keluarga terjamin dengan anak yang bertanggungjawab. Mereka bersukacita dalam hati; mereka memuji anak itu; mereka berkongsi dalam sukacita mereka. Mereka hidup dengan yakin kerana kehidupan anak lelaki mereka mempertahankan diri mereka (Ams 27:11; Maz 127:5). Mereka bersyukur sementara mendekati ajal kerana tahu bahawa mereka telah meninggalkan suatu warisan yang salih.
Sebaliknya, ada pula ibubapa yang diderita dengan dukacita dan rasa salah – suatu celaka pedih dan aib bagi mereka (Ams 17:25; 19:13; 29:15,17). Orang bebal hasil pembentukan mereka itu membenci hikmah, mengasihi kebebalan, memberontak terhadap kekuasaan, berkawan dengan perempuan sundal dan pelayan pelacur, dan memboros pendapatannya dan pendapatan ibubapanya. Dia keaiban kepada ibubapanya dan kebusukan kepada orang lain. Dia menghancurkan hati ibubapanya.
Lelaki muda ini menolak arahan dan mencemuh orang yang cuba mengarahkannya. Dia mendekati kehidupan ini dengan kegasangan sementara fikir dia bebas untuk memilih kawan-kawannya, termasuk perempuan, dan hidup dengan apa pun cara yang dia suka. Dia tidak peduli akan apa pun kepedihan atau keaiban yang ditimbulkannya bagi ibubapa, sebab dia tidak dapat berfikir di luar kehidupannya yang tidak bernilai itu. Dia tidak takut akan Allah, dan dia mengolok-olok orang yang takut akan Allah. Dia orang bebal.
Orang bebal ini membuktikan kejahilannya dengan berkawan dengan perempuan sundal, tidak kira apa pun IQ dia, sebab orang berhikmah sudah pasti tidak berbuat demikian (Ams 7:7). Satu dosa memimpin kepada dosa lain, dalam kes ini, masalah kewangan, kerana perempuan sundal harap wang lelaki (Ams 5:10; Luk 15:30). Jika perempuan sundal dapat membinasakan raja, mereka pasti akan membinasakan teruna yang pandir ini (Ams 31:3). Perempuan tersebut membazirkan aset-aset lelaki itu dan mencelakakan jiwanya.
Pertimbangkan Esau. Dia mendukakan ibubapanya, Ishak dan Ribka, dengan mengahwini perempuan orang Het (Kej 26:34-35), jadi, mereka mengutus Yakub ke kampung mereka untuk memperoleh perempuan benar yang takut akan Allah (Kej 28:1-5). Dalam perjalanannya ke sana, dia berjanji untuk memberi Allah 10% daripada apa pun yang Allah beri kepadanya (Kej 28:20-22). Tetapi apakah yang dibuat Esau yang bebal dan yang cabul, sementara ingin menyenangkan ibubapanya dengan caranya yang babil? Dia kahwin perempuan orang Ismael (Kej 28:6-9)! Kejahilan dan kebebalan yang luar biasa!
Ibubapa boleh menyukat anak-anak mereka melalui hikmah, penguasaan diri secara seksual, dan disiplin kewangan, yang harus dijadikan kepedulian anak. Mereka harus sedar bahawa mereka dapat dengan mudah bangun mendapat perkenan Allah dan ibubapa mereka kerana berhikmah. Hai anak, jangan biar apa pun menghalangmu daripada mengasihi hikmah, daripada integriti seksual dan kesetiaan perkahwinan, dan daripada kehematan kewangan (Ams 23:15-28).
Ada salah seorang Anak yang telah memberi BapaNya sukacita yang sempurna – Yesus Kristus (Mat 3:7; 12:18; 17:5). Dia dengan sempurna mengasihi, mencari dan mentaati hikmah sepanjang hayat kehidupanNya (Yes 11:1-5). Dia hanya bergaul dengan para pelacur untuk menuntut pertaubatan, yang telah Dia buat dengan kejayaan yang sungguh besar (Mat 21:28-32; Luk 7:36-50). Dia juga menuntut integriti kewangan daripada sahabatNya dan musuhNya (Luk 21:1-4; Yoh 2:13-17; 12:1-8). Biar dia menjadi teladanmu dan cita-citamu untuk menyenangkan Bapamu di syurga.