29:1
Dia, yang kerap kali ditegur tetapi berkeras batang leher, akan tiba-tiba dibinasakan, dan itu dengan tanpa pemulihan.
Adakah kamu suka memberontak atau degil? Tidak mengendahkan pembetulan atau arahan? Adakah Allah menginsafkan kamu tentang sesuatu perkara namun kamu belum lagi berubah? Adakah penguasa-penguasa atau guru-guru di dalam hidupmu mengingatimu akan sesuatu hal yang kamu elak untuk memperbetulkannya?
Allah Yang Mahakuasa sabar dan panjang sabar derita. Dia bermurah hati dan berbelas kasihan. Tetapi Dia tidak akan tetap sedemikian selama-lamanya! Sesiapa yang menolak tawaran-tawaran hikmah dan pembetulanNya akan dibinasakan tanpa apapun amaran. Tidak akan ada pemulihan daripada penghakiman itu. Pemberontakan dan kedegilan adalah dosa-dosa yang hebat terhadap Allah Yang Mahatinggi dan Dia tidak akan memaafkannya.
Di sinilah salah satu amaran yang paling menakutkan di dalam Alkitab – bagi mereka yang bermain dengan dosa dan memberontak terhadap teguran. Pembaca-pembaca yang berhikmah akan membaca, mempertimbang dan mengingati penjelasan amsal ini akan cara Allah berurus dengan pencemuh. Teks ini harus dicetak di dalam semua surat berita gereja dan juga berada di atas setiap mimbar sebab perbuatan menolak khutbah dan Alkitab itu sangat serius. Ibubapa kadang kala berkata, “Jangan biar aku berulang sekali lagi.” tetapi Tuhan syurgawi juga menyatakan sedemikian!
Allah menegur dengan beberapa cara – melalui ibubapa, kawan, mahkamah majistret, hamba Allah, hati nurani, Alkitab, Roh Allah, keadaan sekeliling, dan alam semulajadi. Tetapi kebanyakan orang mengeras batang leher mereka – atau memberontak – dengan menolak pembetulanNya terang-terang atau mendengarkannya tanpa berubah (2Raj 17:14; Neh 9:16,29). Oleh sebab banyak teguran diberi, Allah memang adil dan baik. Oleh sebab sikap memandang hina keadilanNya dan kebaikanNya, manusia layak untuk menerima penghakimanNya yang keras-keras, sebab mereka jahat seperti binatang (Ams 5:12; 10:17; 12:1).
TUHAN akan datang pada waktuNya untuk membinasakan orang sedemikian. Meskipun mereka berusaha mendapat pelbagai bentuk perlindungan, atau betapa tinggi pun sanjungan manusia terhadapnya, Allah akan meremuk dan membinasakan mereka (Ams 6:12-15; 28:18; Yes 30:12-14; Zak 7:11-14; 1Tes 5:2-3). Kerosakan kehidupan mereka adalah tanpa penyembuhan atau pemulihan. Allah akan ketawa (Ams 1:22-31). Allah menterbalikkan kehidupan Lot dengan penghamilan anak-anak perempuannya di gua kerana Lot tidak mengendahkan hati nurani jiwanya yang tertekan hari demi hari.
Pada zaman Kristian yang keperempuanan dan keduniawian ini, amaran sedemikian akan sampai kepada telinga yang pekak. Orang-orang ini yang dipanggil kononnya Kristian telah menciptakan, menurut kesukaan diri, suatu allah yang sedang “memerhati dari jauh-jauh” dan yang mengampuni dosa-dosa mereka (Maz 50:21). Tetapi apakah yang dinyatakan Allah? “Sekarang pertimbangkanlah ini, hai kalian yang melupakan Allah, supaya jangan aku habis mengoyak-ngoyakkan kalian dan tiada yang dapat menyelamatkan kalian.” (Maz 50:22).
Pemberontakan dan kedegilan merupakan dosa-dosa yang hebat tak kira apapun sembahyang luaran yang dilakukan (1Sam 15:22-23). TUHAN menghitung pemberontakan sebagai sihir dan menghitung kedegilan sebagai sembahyang berhala dan kedurjanaan. Pendengaran yang teliti dan ketaatan jauh lebih penting daripada upacara-upacara rasmi. Oleh sebab Saul menolak teguran-teguran Allah, Allah telah mengoyakkan kerajaan itu daripadanya tanpa pemulihan.
Apabila Allah nampak kejahatan hebat manusia 1,536 tahun selepas Ciptaan, Dia mengutus Nuh untuk berkhutbah dan menyampaikan amaran kepada mereka untuk 120 tahun (Kej 6:1-7). Apabila mereka menolak kemurahan itu, Allah melemaskan setiap satu orang, baik muda mahupun tua, di dalam air Banjir itu (Kej 7:21-24).
Pertimbangkanlah Firaun, yang secara angkuh mengeras batang lehernya terhadap teguran-teguran Musa. TUHAN memandang hina negara Mesir dan membinasakan bangsa mereka dari segala segi. Tiba-tiba semua anak sulung mereka mati dan Firaun lemas di dalam laut. Israel dengan lekas mengambil kekayaan Mesir untuk dibawa ke dalam Kanaan.
Anak-anak Eli menolak teguran-teguran ayah akan dosa-dosa mereka, jadi, TUHAN membunuh kedua-dua mereka di dalam sehari. Oleh sebab Eli sendiri tidak menahan mereka keras-keras daripada kejahatan mereka, maka Allah Yang Maha Besar menlenyapkan habis salasilah keluarga Eli meskipun dia imam besar Israel.
Yudas Iskariot mengeras batang lehernya terhadap Penegur yang paling bermurah hati, walaupun dia telah menyaksikan kebenaran Yesus yang sempurna dekat-dekat dan secara peribadi selama tiga tahun. Tuhan membiarkan isi perut Yudas terburai di ladang yang terang yang lalu menyambutkannya ke alam neraka yang kekal.
Ahab, raja Israel, telah berkahwin dengan Izebel yang jahat itu, yang telah mendorongnya untuk berbuat jahat (1Raj 21:25). Mereka berdua telah menolak teguran-teguran Elia. Walaupun di dalam samaran perlengkapan seorang askar biasa, Ahab dibunuh dengan anak panah yang rambang (1Raj 22:34-35). Allah Yang Berbahagia itu menyerahkan Izebel untuk dilempar keluar dari tingkap yang tinggi, diinjak-injak kuda, dan dimakan anjing (2Raj 9:30-37). Kemuliaan bagi Allah!
Allah nampak keangkuhan besar dan kejahatan Nebukadnezar, jadi Dia mengutus Daniel dan kawan-kawannya untuk memberi amaran dan teguran (Dan 1:17-20; 2:24-30,46-48; 3:24-30; 4:19-27). Tetapi apabila raja yang hebat itu masih memberontak selepas amaran itu, Allah menurunkan darjatnya kepada seekor binatang untuk tujuh tahun (Dan 4:28-33). Nebukadnezar berpeluang memperlanjutkan ketenteraman hidupnya tetapi dia telah memilih untuk mengeras batang lehernya. Hanya oleh belas kasihan yang besar, kerendahan hati Nebukadnezar itu memulihkan keadaan semula (Dan 4:34-37).
Allah mengasihi umatNya, Israel. Tetapi apabila mereka memperolok-olok orang utusanNya, menghina kata-kataNya, dan menyalahgunakan nabi-nabiNya, murkaNya terhadap mereka menyala-nyala sehingga tiada pemulihan lagi (2Taw 36:15-17). Dia mengutus Nebukadnezar dengan angkatan tentera Babel untuk membinasakan mereka tak kira muda, tua atau perempuan. Pertimbangkanlah ini dengan baik-baik, para pembaca!
Dalam belas kasihanNya, Allah memberi Israel satu lagi peluang 70 tahun kemudian, apabila Dia menghimpunkan mereka semula di Yerusalem. Tetapi mereka sekali lagi menolak nabi-nabiNya, rasul-rasulNya, dan selepas itu AnakNya, jadi, Dia mengutus tentera Rom untuk menghapuskan mereka dengan pembinasaan yang cukup dahsyat. Namun begitu, Dia telah memberi amaran melalui kitab Daniel dan membiar empat puluh tahun berlanjutan sebelum menjatuhkan hukuman itu (Mat 21:33-46; 22:1-7; Luk 19:41-44; KPR 2:40).
Gereja di Tiatira mengizinkan seorang nabi perempuan yang palsu yang bernama Izebel untuk mengkompromi kesucian injil itu (Wah 2:20). Tuhan Yesus Kristus hanya memberinya “suatu jangka masa” untuk bertaubat dan selepas itu Tuhan bertekad untuk membinasakannya bersama-sama pengikut-pengikutnya dengan maut (Wah 2:21-23). Adakah kamu berada di dalam “suatu jangka masa” bagi sesuatu dosa yang telah banyak kali ditegur?
Jika kamu babil – sukar untuk berurusan dengan orang dan suka membantah – itulah caranya layanan TUHAN kepada dirimu.“Bagi orang yang suci kamu akan memperlihatkan kesucianmu; dan bagi orang rewel kamu akan memperlihatkan kerewelanmu.” (Maz 18:26). Allah“membalas, secara berhadapan muka, mereka yang membencinya, dengan membinasakan mereka: dia tidak akan menunda-nunda dengan orang yang membencinya, dia akan membalas, secara berhadapan muka, orang itu” (Ula 7:10).
Bagaimanakah kamu mendengar khutbah (1Tes 5:20)? Allah tidak berhutang kepada sesiapa pun kebenaran atau hikmah (Kej 32:10). Jika kamu mengabai atau menolak pembetulan, maka Dia akan menghakimimu dengan keras-keras. Salah satu pelajaran Amsal yang dasar adalah untuk menerima arahan dengan rendah hati, supaya jangan kamu digolong dan dipandang sebagai seorang bebal atau seorang pencemuh (Ams 9:12; 13:1; 15:12; 21:29; 28:14). Pelajarilah pelajaran di sini!
Perbuatan menolak arahan adalah sama dengan perbuatan memandang hina jiwamu sendiri, sebab kamu menahan apa yang paling baik di dalam kehidupan lalu membawa binasa kepada dirimu sendiri (Ams 15:32). Betapa bebalnya! Apabila kamu berdosa terhadap pembetulan dan arahan hikmah, kamu menyalahi jiwamu sendiri; apabila kamu membenci teguran, kamu mengasihi maut (Ams 8:36). Allah akan datang tidak lama lagi untuk membinasakanmu. Betapa bebalnya!
Para pembaca, dosa apakah di dalam kehidupanmu yang kerap kali ditegur? Adakah ia dikhutbahkan? Adakah hati nuranimu menginsafkan kamu? Adakah orang lain memberi amaran kepadamu? Adakah kamu diingati tentangnya daripada sumber teguran yang lain dan dengan cara lain? Jam itu sedang berdetik. Panjang sabar derita Allah sedang luput. Penghakiman menjelang. Lari! Bertaubat! Hari ini juga! Sebelum terlambat sehingga tidak dapat dipulihkan lagi!
Benar kata Daniel kepada Nebukadnezar, “Oleh sebab itu, ya raja, kiralah nasihat hamba berkenan kepada tuanku, dan tinggalkanlah dosa-dosa tuanku dengan melakukan kebenaran, dan ketidakadilanmu dengan berbelas kasihan kepada orang miskin; jika ia mungkin dapat memperlanjutkan masa ketenteraman tuanku. (Dan 4:27). Tetapi raja itu menolak amaran Allah yang bermurah hati itu dan mendatangkan kepada dirinyapenghakiman yang teruk.
Tiada peluang untuk bersembunyi daripada Yang Berdaulat yang dahsyat ini. Semua fikiran dan niat hatimu, dan dosa-dosa rahsiamu, telanjang dan terbuka kepadaNya (Ibr 4:12-13). “Ketahuilah dosamu itu akan memperlihatkan kamu” (Bil 32:23)! “Janganlah terperdaya; Allah tidak diperolok-olokkan: sebab barang apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya.” (Gal 6:7). Jadilah gementar terhadapNya pada hari ini. Bertaubat!
Yesus itu TUHAN! Dia mungkin Juruselamatmu; tetapi Dia TUHANmu! Setiap lidah akan mengaku Dia TUHAN pada Hari Penghakiman (Fil 2:9-11). Dia memiliki kunci neraka dan maut (Wah 1:18). Apabila Dia membuka, tiada yang dapat menutup; apabila Dia menutup, tiada yang dapat membuka (Wah 3:7). Jika kamu sedang menahan amaran-amaranNya tentang dosa apapun, kamu menghadapi kesan-kesan yang dahsyat.
Dia memecahkan musuh-musuhNya sehingga berkecai menjadi serpihan-serpihan seperti tongkat besi memecahkan tembikar (Maz 2:9; Wah 2:27). Dan dia akan menertawakan mereka dan memandang hina mereka (Maz 2:4). Jika seseorang ingin mendengar ajaran-ajaranNya dan jatuh ke atas Yesus dengan bertaubat, orang itu akan dipecahkan; tetapi jika Yesus harus jatuh ke atas seseorang pemberontak, Dia akan menghancur-luluhkan orang itu sehingga menjadi serbuk (Mat 21:44). Bertaubatlah pada hari ini juga!