Amsal · Proverbs

29:22
Si pemarah membangkitkan persengketaan, dan si peradang melimpah-limpah dengan pelanggaran.

Kemarahan merosakkan orang. Orang yang marah adalah bebal dan berbahaya. Ini kekutukan kehidupan mereka. Kemarahan menyebabkan mereka bergaduh dan berdosa dengan banyak cara. Kemarahan itu membutakan dan membinasakan.

Si pemarah tidak mengetepikan perasaannya yang tersinggung (Ams 19:11). Dia bertindak tanpa berfikir, lalu menyebabkan pergaduhan (Ams 15:18). Orang di sekelilingnya rasa kurang aman sebab dia sama ada baru-baru ini telah meletup dengan kemarahan ataupun mungkin meletup tidak lama lagi. Dia bertindak tanpa berfikir dan mengucap dan melakukan hal-hal berdosa di tengah-tengah kepanasan keberangannya. Orang pemarah ialah orang bebal.

Jika kamu ingin keamanan dan kebenaran di dalam hidupmu, jauhilah si pemarah. Gaya hidupnya akan merosakkan adab baikmu (Ams 22:24-25). Moga-moga Allah berbelas kasihan kepada perempuan kesian yang sudah berkahwin dengan si pemarah. Dan biarlah Allah berbelas kasihan kepada kanak-kanak kesian yang telah diperanakkan oleh si pemarah. Kehidupan mereka telah dikutuk dengan suami/ayah yang berhati keiblisan, yang mudah menyerang dan memukul mereka semudah mengasihi dan memeluk mereka.

Si pemarah akan menghilangkan isterinya, anak-anaknya, dan nama baiknya. Si pemarah kekurangan penguasaan diri ibarat seorang bayi atau kota yang tidak bertembok (Ams 25:28; 1Kor 3:1-3). Anak-anaknya menanti-nantikan hari ketika mereka boleh meninggalkan rumah untuk mencari keamanan dan keselamatan yang ayah tidak pernah beri mereka. Si pemarah memang tidak akan sedar akan hal ini sehingga terlambat. Anak-anaknya pula kurang mewaspadakan ayah kerana takut kena marah dan dipukul. Mereka angguk dan tunduk, sambil geram terhadap ayah di dalam hati, sampai waktu mereka dapat meninggalkannya dan menikmati hidup yang senang tanpa ketakutan.

Sebelum kaum perempuan ingat bahawa amsal ini tidak berkenaan dengan mereka, cuba cam bahawa amsal ini dipakai sama rata terhadap seorang perempuan yang marah juga, sebab kemarahan di dalam perempuan patut dianggap lebih merendahkan harga diri dan sifat kewanitaannya berbandingkan seorang lelaki. Ahli jantina yang sepatutnya lebih lemah-lembut tetapi sebaliknya bersikap marah dan mudah meradang ialah percabulan kemanusiaan.

Adakah kamu seorang pemarah? Adakah kamu bertutur mengikut gerak hati? Adakah kamu memukul mengikut gerak hati? Adakah kamu menengking isteri atau anakmu? Adakah pertuturanmu mengeluarkan hal-hal kasar yang dipersoal dan dikutuk orang? Adakah orang lain mendambakan kehadiranmu? Adakah kamu dikenali sebagai seorang pemurah ataupun seorang yang sukar diurus? Adakah isteri dan anak-anakmu memberitahumu semua fikiran mereka? Adakah kamu memerintah dengan cara menakut-nakutkan orang atau dengan kasih sayang? Adakah isterimu bersedudukan denganmu kerana terpaksa atau kerana ingin? Adakah isteri dan anak-anakmu mengelak dirimu kerana ketakutan anginmu yang buruk? Tanyalah dirimu semula, adakah kamu seorang pemarah?

Adakah kamu seorang pemarah? Adakah kamu mudah geram kerana perkara-perkara kecil? Adakah keamatanmu sewajar dengan situasi atau terlebih-lebih? Biarlah orang lain menjadi hakim.Apa yang difikirkan mereka? Manusia kurang mampu melihat perangainya sendiri dengan sebenarnya. Dapatkah kamu mengetepikan perasaanmu yang tersinggung dengan mudah dan dengan cepat? Atau adakah kamu cenderung menjadi pahit hati? Adakah kamu melibatkan emosi ketika emosi patut dikekangkan? Adakah kamu naik berang apabila dikritik atau diperbetulkan? Dapatkah kamu cepat-cepat berterima kasih kepada orang yang telah memperbetulkan sikapmu yang terlebih-lebih itu? Adakah kamu menikmati konfrontasi dan memandangkannya sebagai suatu projek? Adakah kamu membesar-besarkan perkara-perkara yang remeh sehingga menjadi perselisihan? Adakah kamu seorang pemarah?

Adakah kamu seorang pemarah? Sukat itu berdasarkan berapa banyak kawan karib yang kamu ada, sebab kebanyakan orang akan mengelak si pemarah. Sukat berdasarkan kestabilan dan tempoh persahabatanmu dengan rakan sekerja dan perhubungan-perhubunganmu dahulu. Sukat berdasarkan betapa anakmu ingin berada bersamamu, sama ada mereka muda ataupun tua. Sebab akhirnya, merekalah yang paling mengenalmu, dan merekalah yang paling mudah mengampunimu. Sukat berdasarkan sama ada orang lain menganggapmu sebagai seorang kritikal ataupun seorang yang lemah-lembut dan yang suka menunduk. Sukat berdasarkan sama ada kamu selalu bersengketa dengan orang lain ataupun tidak. Adakah kamu seorang pemarah?

Kemarahan tidak mempunyai apapun nilai murni kecuali pada waktu peristiwa-peristiwa yang jarang ketika kemarahan yang wajar dengan sah bangkit untuk menentang ketidaksalihan. Bukan semua kemarahan boleh digolongkan sebagai dosa tetapi kebanyakannya dosa (Efe 4:26)! Dan kebanyakan kepanasan marah yang buruk membuka pintu bagi si iblis ke dalam hidupmu (Efe 4:27)! Allah Yang Berbahagia di syurga, Yang Maha Kudus di dalam semua jalannya, adalah marah dan radang terhadap musuh-musuhNya (Nah 1:2-6). Dia membara dengan kepanasan murkanya terhadap dosa (Wah 19:15). Musa yang suka menunduk itu pun pernah menjadi marah (Kel 32:19). Dan Yesus juga pernah menjadi marah (Mar 3:5).

Namun begitu, kemarahan tanpa apa sebab munasabah melanggari hukum yang keenam - “Janganlah kamu membunuh” (Mat 5:21-22). Alasan tidak dapat mengawal kemarahan sendiri tidak munasabah; banyak pembunuh pun pernah cuba alasan yang sama. Alasan pembawaanmu yang cenderung marah itu tidak penting – kamu lelaki yang lemah. Jadilah dewasa! Hentilah perangai budak yang merengek itu! Jadilah kuat dan kuasailah rohmu (Ams 14:29; 16:32; Yak 1:19-20). “Murka itu kejam, dan kemarahan melampau-lampau?” (Ams 27:4). Belajarlah supaya mengasihi hikmah damai sejahtera (Yak 3:14-18)!

Amsal ini mengajar bahawa, “Si pemarah membangkitkan persengketaan.” Kemarahanmenyebabkan pergaduhan (Ams 15:18). Jawapan yang lembut memalingkan murka: tetapi perkataan sengit membangkitkan kemarahan (Ams 15:1). Si pemarah tidak berfikir sebelum berucap atau bertindak balas, maka dia memprovokasi orang lain untuk marah dan bergaduh sementara percanggahan dapat dielak awal-awal lagi. Anak Solomo, Rehabeam menjawab Israel secara kasar lalu kehilangan sepuluh daripada dua belas suku kaum Israel kerana dia memprovokasikan mereka dengan perangainya yang bebal. Ia tidak mungkin untuk bergaduh dengan bantal, dan orang yang menangguhkan marahnya ialah bantal yang kudus.

Amsal ini mengajar bahawa, “si peradang melimpah-limpah dengan pelanggaran.” Berbicara dan bertindak menurut gerak hati membawa kepada dosa. Orang yang marah terlalu keliru dan terlalu berang untuk menyelidiki kata-kata atau perilaku mereka dengan berhikmah. Mereka bertindak balas melalui naluri cabul di dalam hati mereka yang rosak, dan dosa pastilah hasilnya. Musa yang suka menunduk dan yang sabar pun membenarkan Israel untuk memprovokasikannya sehingga dia menghentam batu yang Allah suruh berbicara kepadanya (Maz 106:32-33). Renungan yang tenang dan yang sabar itulah yang membawa kepada hikmah dan kehematan, dan bukanlah kehangatan dan kemarakan marah.

Kemarahan jarang berbuat mengerjakan kewajaran Allah (Yak 1:19-20). Jadi kamu harus belajar supaya pandai mengenalpastikan tanda-tanda awal ia muncul di dalam jiwamu. Jika kamu kenal orang atau situasi yang memprovokasimu kepada kemarahan, elakkan mereka atau sediakan semua pertahananmu dari awal-awal lagi. Belajar untuk menunggu sebelum membenarkan apa pun luahan kemarahan. Biarlah rasa takut hilang isteri, anak dan nama baik mengajar kamu menghargai nilai tinggi kemurahan, belas kasihan dan kesabaran. Orang mulialah yang dapat menangguhkan kemarahannya (Ams 19:11). Orang hebatlah yang dapat menguasai rohnya (Ams 14:29; 16:32).

Ibubapa, kamu harus mengusir kutuk ini daripada anakmu dengan didikan. Kemarahan sedikit pun tidak patut ada di dalam urusan-urusan anakmu sesama adik-beradik, sesama kawan, atau kepada dirimu sendiri. Tuntutilah sikap suka menurut, kemurahan, suka melayani, dan hormat pada setiap masa. Jangan mengizinkan adanya radang yang angkuh dan sikap mementingkan diri yang membinasakan jiwa dan keluarga. Dan juga jangan mengizinkan berang yang muram dan yang menyepikan diri itu yang membara lebih mendalam dan lebih lama. Semua kepahitan dan dendam harus dikesan dan dihapuskan.

Allah telah mengarahkanmu supaya menolak semua kepahitan, murka, marah, dan niat jahat (Efe 4:31). Dosa-dosa ini sama sekali tidak boleh diterima oleh Allah yang berbahagia dan oleh agama Kristian. Dosa-dosa inilah yang akan membawa kepada pergaduhan, persengketaan, dan dosa-dosa lain yang tidak patut ada di dalam kehidupanmu. Gantikan dosa-dosa ini dengan sikap pemurah, hati yang lembut dan sikap mudah mengampuni orang lain. Dan apakah dorongan dan tahap piawai bagi perangai yang tidak semulajadi ini? Layanan Allah kepadamu di dalam Kristus Yesus (Efe 4:32)!