Amsal · Proverbs

29:21
Dia yang mengasuh hambanya secara halus dari kecil, lama-kelamaan akan menerimanya sebagai anaknya sendiri.

Di sinilah nasihat yang baik bagi pengurus. Pelayanan yang berhikmah dan yang berhati-hati terhadap seorang pekerja boleh membawa kepada perhubungan dengannya yang serupa dengan seorang ahli keluarga. Ada jarak besar dalam Alkitab di antara tuan dan hamba, yang lebih kurang sama dengan majikan dan pekerja pada zaman kini. Perbezaan yang ketara ini dari segi kemampuan dan kedudukan haruslah dikekalkan. Tetapi pengurus yang berhemat juga akan memenangi kesetiaan tersayang daripada para pekerja mereka dan bukan sahaja ketaatan yang tekun mereka.

Alkitab mengajar, mempertahan, dan mengalakkan kekuasaan lebih daripada mana-mana filsafat atau agama, sebab asas segala perhubungan manusia ialah kekuasaan berdaulat Allah Sang Pencipta. Jehovah telah mentahbiskan lima lingkungan kekuasaan manusia – suami, ibubapa, tuan, majistret, dan pastor. Oleh sebab itu, jawatan-jawatan mereka tidak harus dikompromikan (Pkh 10:5-7; Rom 13:1-7; 1Kor 11:9; Efe 6:1-9; Kol 3:18-25; Ibr 13:7,17; 1Pet 2:13 - 3:7).

Tetapi Alkitab juga mengehadkan dan menghukum penyalahgunaan kekuasaan yang ditahbiskan Allah ini (Maz 12:5; Pkh 5:8). Tuan keterbatasan dalam kekuasaan atas hamba, dan mereka terikat kepada hukum untuk melayani mereka pada kadar minima dengan keadilan, kemurahan, dan ketekalan (Ima 19:13; 25:39-46; Ula 15:12-18; 24:14-15; Efe 6:9; Kol 4:1). Dan doktrin Allah dengan lebih lanjut mengajar kasih akan jiran, termasuk hamba-hamba, pada tahap yang kamu harap untuk dikasihi (Luk 6:31; 10:27).

Para pengulas Alkitab dahulukala yang lebih konservatif dan yang evangelikal memahami amsal ini dengan sangat berbeza. Mereka percaya ia membawa maksud untuk mengutuk pelayanan yang terlalu baik kepada seorang hamba pada umur mudanya, sebab dia akan dimanja rosak oleh kemewahan, lupa tempatnya yang wajar, dan kemudian menganggap pangkat yang sama kepada pewarisnya. Sementara banyak pengulas secara am meniru satu sama lain, mereka bersetuju dengan satu sama lain di sini. Tafsiran dan pamakaian mereka adalah salah kerana sebab-sebab yang berikut.

Pertama, suatu pemakaian kata-kata yang ironik atau yang berniat persendaan harus jelas kepada pembaca, dan ia tidak jelas di sini. Suatu pembacaan yang lurus akan amsal ini menunjukkan arahan yang positif bagi pengurusan berhikmah terhadap hamba-hamba. Memakai kata-kata ini dengan maksud yang bertentangan dengan itu supaya sebaliknya memakai maksud teguran yang mempersendakan memang cukup sukar, sebab tiada kata-kata atau tanda-tanda konteks yang membenarkan kita berbuat demikian.

Kedua, “secara halus” tidak mewajibkan suatu takrif yang bererti kemewahan yang memanjakan, sebab ia juga bermaksud pelayanan yang berhati-hati dan yang bijaksana, seperti Agag mendekati Samuel dengan halus (1Sam 15:32).

Ketiga, Solomo mengajar di tempat lain dalam Amsal bahawa seorang hamba yang berhikmah akan dan haruslah dinaikkan pangkat mengatasi anak-anak yang bebal dan diberi sebahagian daripada warisan keluarga (Ams 17:2). Dan dia mengajar bahawa para raja mengenalpasti dan menaikkan pangkat hamba-hamba yang berhikmah (Ams 14:35). Yesus mengajar bahawa seorang hamba yang berhikmah dan yang setia akan dinaikkan pangkat dengan tinggi-tinggi (Luk 12:41-48).

Keempat, nas-nas Kitab Suci memberi amaran terhadap pelayanan yang buruk terhadap hamba dan mewajibkan pelayanan yang murah hati kepada mereka. Musa memerintah berkenaan hamba, “Kamu tidak akan memerintah atasnya dengan kekerasan; tetapi harus takut akan Allahmu” (Ima 25:43). Hamba perempuan haruslah dilayani sebagai anak-anak perempuan dan diberi makanan, pakaian, dan tugas perkahwinan – persetubuhan yang kerap, atau dibebaskan (Kel 21:9-11). Musa membenarkan hamba untuk mengasihi tuan mereka dan berdiam dengan mereka untuk seumur hidup (Kel 21:1-6). Dan Solomo memperakui fakta bahawa tuan dan hamba makan makanan yang sama (Ams 27:27).

Pertimbangkan perangai Ayub yang kudus dan yang sempurna terhadap hamba-hamba. Dia berkata, “Jika aku memang memandang hina kepentingan hamba lelakiku atau hamba perempuanku, ketika mereka berperkara denganku; Maka apakah yang harus dilakukanku ketika Allah bangkit? dan ketika dia melawat, apakah yang harus kujawab kepadanya? Bukankah dia yang telah menjadikanku dalam kandungan rahim juga menjadikan dia? dan bukankah satu juga yang telah membentuk kami dalam rahim?” (Ayb 31:13-15). Walaupun hamba tiada hak secara undang-undang, Ayub masih memberi mereka hak untuk merayu kepadanya.

Abraham ada perhubungan yang sebegitu erat dengan salah satu hambanya – Eliezer orang Damsyik – sehingga dia merancang untuk menjadikannya sebagai pewarisnya (Kej 15:2-3). Dia kemudian mengamanahkan seorang hamba yang lain untuk memilih seorang pengantin perempuan bagi anak lelakinya, Ishak, yang kemudian membawa hasil Ribka sebagai ibu kepada Israel (Kej 24:1-67). Dan Paulus memberitahu Filemon untuk menyambut Onesimus sebagai seorang hamba-saudara seiman (Flm 1:16).

Kelima, Daniel, walaupun seorang sida tawanan dari Israel, dilayani dengan cukup sayang oleh Nebukadnezar, Darius, dan Cyrus. Belshazar pun ada menaikkan pangkatnya kepada pembesar tertinggi ketiga di kerajaan (Dan 5:29). Walaupun seorang tawanan peperangan, dia telah dinaikkan pangkat kepada lingkungan dalaman beberapa raja. Yusuf dinaikkan pangkat mengatasi segala rumah Potifar dan kemudian ke atas negeri Mesir oleh pengurusan yang bijaksana oleh Potifar dan Firaun (Kej 39:1-6; 41:38-45).

Keenam, sejarah perhambaan di Amerika dan di negara-negara lain termasuk contoh-contoh hamba abdi yang dianggap sebagai ahli keluarga dengan kasih sayang yang mendalam dan kesetiaan yang lanjut dari hati kedua-dua pihak. Paulus tidak memperakui banyak perbezaan di antara anak-anak yang muda dan hamba-hamba (Gal 4:1-2). Jelas-jelas wujudnya tuan yang mengamalkan hikmah yang lemah lembut amsal ini.

Ketujuh, orang yang memegang tafsiran bertentangan merupakan generasi yang memiliki hamba abdi yang sudah kehilangan pandangan akan kemungkinan prinsip yang berbelas kasihan dan yang berbudi baik ini. Oleh sebab adanya bantahan terhadap perhambaan pada abad ke-18 di England dan abad ke-19 di Amerika, maka lebih kekerasan diperlukan untuk menjaga hamba-hamba, maka mimbar dan pena telah dicondongkan supaya dapat mengekalkan ketenteraman domestik [di rumahtangga].

Melebihi tafsiran amsal ini, apakah pelajarannya bagi kita? Pelayanan yang bertimbang rasa dan yang bijaksana terhadap para pekerja boleh menghasilkan suatu perhubungan dengan kasih sayang dan kesetiaan seorang ahli keluarga. Suatu amsal yang biasa mengisytiharkan, “Kamu boleh menangkap lebih lalat dengan memakai madu daripada memakai cuka”. Kamu boleh menarik lebih pengabdian dan ketekunan dengan memakai kemurahan daripada memakai keganasan. Para majikan Kristian harus dengan sedar melayani para pekerjanya dengan penjagaan yang berhati-hati dan yang berhemat pada setiap masa. Mereka harus memperbetulkan segala ketidakpuasan hati dengan cara yang adil dan yang saksama, dan mereka harus berkomunikasi dengan terbuka dan dengan jujur bersama orang yang berkhidmat di bawah kekuasaan mereka.

“Kekuatan menjadikannya betul” ialah rekacipta bebal oleh para pembenci Allah. Para pemilik perniagaan yang berhikmah dengan para pengurus memenangi kasih sayang dan kesetiaan para majikan dengan pelayanan yang berhati-hati dan yang bijaksana. Pelayanan dari hati adalah lebih baik daripada pelayanan dari ketakutan atau dari bayaran gaji. Suami, ibubapa, majistret, dan pastor juga akan menanggap bahawa prinsip ini kena pada mereka juga. Perangai yang betul dikenalpasti dan ditakrif oleh Alkitab, dan bukan oleh kekuatan pihak berkuasa.

Kamu mencubai Tuhan Allahmu, suatu pelanggaran yang serius, jika kamu mencari jalan untuk menguatkuasakan kekuasaanmu dengan hanya kekuatan dan keistimewaan sahaja (Pkh 5:8; Efe 6:9; Kol 3:19,21; 4:1). Biar setiap pembaca Kristian memakai kemurahan yang sama kepada orang yang di bawah kekuasaan mereka sebagai Bapa syurgawi mereka buat juga kepada para musuhNya (Mat 5:43-48; Kis 14:17). Walaupun Dia Tuhan segalanya, Dia juga baik kepada semua dan memuaskan keinginan mereka (Maz 145:9-16).