29:26
Banyak yang mencari keredaan seorang penguasa; tetapi keadilan setiap orang datangnya daripada TUHAN.
Kalau polis, gabenor, atau perdana menteri menjadi sahabatmu, dia mungkin dapat membantumu sedikit kalau kamu memerlukan perlindungan, penyediaan bekalan, atau balasan. Tetapi orang yang menantikan TUHAN akan menerima bantuan yang sempurna dalam setiap situasi. TUHAN oleh penyediaan nasib mengagih-agihkan kesaksamaan dan keadilan yang sempurna kepada setiap orang. Maka kepercayaanmu yang paling besar haruslah selalunya ditaruh kepada TUHAN. Carilah Dia pada hari ini juga.
Manusia yang alamiah memandang ke bawah. Dia percaya kepada orang yang lain seperti ibubapa, majikan, penggubal undang-undang, majistret, atau pastor. Dia mengharapkan mereka untuk membantu ketika dia berada dalam kesesakan. Tetapi kemampuan mereka adalah terhad; mereka juga ada masalah; penghakiman mereka herot-benyot; mereka kerap kali berubah-ubah; dan mereka kerap kali terlalu sibuk untuk mempedulikan keperluanmu atau membawa bantuan bagimu.
Suatu kata pepatah yang benar menyatakan, Ia bukan apa yang dikenalimu; ia siapa yang dikenalimu. Di dunia profesional, pendidikanmu, kemahiran teknikalmu, dan resumemu [surat senarai pencapaianmu] kerap kali kurang membantu untuk memajukan diri di sesebuah syarikat kalau dibandingkan adanya seorang sahabat, seorang mentor, atau seorang penaja di pangkat yang lebih tinggi. Tetapi kebenaran yang lebih baik ialah ini: Ia bukan siapa di bumi yang dikenalimu; ia siapa di syurga yang dikenalimu! Mengenal Allah dan berjalan denganNya akan menjadikan setiap bahagian kehidupan lebih baik bagimu (Maz 75:6-7).
Walaupun ibubapa secara am sungguh mengasihi anak-anak mereka dan mahu membantu mereka, Daud berkata TUHAN akan masih mendampinginya ketika ibubapanya meninggalkannya (Maz 27:10). Manusia patut memandang ke syurga, iaitu tempat datangnya bantuan mereka (Maz 121:1-8). Memandang mendatar adalah bebal kerana kamu hanya dapat melihat kepingan-kepingan tembikar atau tembikar yang sudah pecah, seperti dirimu sendiri (Yes 45:9).
Keredaan dan penghakiman dalam amsal ini ada maksud yang serupa. Keadilan di sini bukanlah hukuman, tetapi pelayanan yang adil dan yang wajar. Manusia suka rakan-rakan di kedudukan yang tinggi-tinggi sebab mereka fikir bahawa itu akan menjadi suatu kelebihan ketika dalam keperluan. Tetapi kenaikan pangkat, kemakmuran, dan perlindungan adalah daripada TUHAN. KeredaanNya jauh melebihi apa yang mana-mana orang boleh buat bagimu. Percayalah kepadaNya pada hari ini juga!
Adakah kamu memiliki musuh? Pembalasan ialah hakNya; Dia akan membalas (Rom 12:19). Adakah kekhuatiranmu terlalu berat? Dia akan menanggungnya bagimu (1Pet 5:7). Adakah kamu sunyi? Dia tidak akan meninggalkanmu atau mengetepikanmu (Ibr 13:6). Adakah kamu berada dalam keperluan? Dia tahu keperluan-keperluanmu dan akan menyediakan bantuan bagimu (Mat 6:24-33). Adakah para penguasa menindasmu? Dia lebih tinggi daripada mereka (Pkh 5:8). Adakah kamu takut? Dia akan menyembunyikanmu di balai astakanya dan melindungimu daripada musuh-musuhmu (Maz 27:1-6).
Ester telah menjadi isteri kepada Ahasyweros, Raja Parsi. Dia patut selamat. Tetapi suaminya dengan jahil telah menandatangani suatu dekri yang dijadikan undang-undang untuk menghapuskan Ester dan bangsanya. Dia pergi kepada TUHAN dengan berpuasa dan dengan berdoa, lalu TUHAN dengan ajaib menyelamatkannya dan bangsanya. Kemuliaan bagi Allah!
Hana yang sungguh berharga dikasihi suaminya Elkana, namun isteri Elkana yang lain telah menyeksa Hana dengan pedih sekali. Maka Hana membawa aduannya kepada TUHAN. Apa yang Elkana tidak dapat selesaikan, Allah yang memberkati selesaikan. Hana telah melahirkan Samuel yang hebat dan lima orang anak yang lain juga. Kemuliaan bagi Allah!
Daud telah menyatakannya dengan elok sekali. “Janganlah menaruh percayamu kepada para penguasa, atau kepada anak manusia, yang sendiri tiada bantuan. Nafasnya lesap, dia kembali ke tanahnya; pada hari itu juga fikiran-fikirannya lenyap” (Maz 146:3-4). “Ia lebih baik untuk percaya kepada TUHAN daripada menaruh keyakinan kepada manusia. Ia lebih baik untuk percaya kepada TUHAN daripada menaruh keyakinan kepada para penguasa” (Maz 118:8-9).
Satu-satunya Penguasa yang patut kamu cari keredaan ialah Yesus Kristus, Raja segala raja dan Tuan segala tuan. Dia memegang nyawamu dan nasibmu di dunia ini dan di dunia akhirat dalam tanganNya. KeredaanNya dan berkatNya jauh lebih penting daripada mana-mana orang yang lain, tidak kira betapa berkuasa orang lain itu. Taatilah Dia pada hari ini, dan carilah berkatNya melalui ketaatan dan doa.