Amsal · Proverbs

29:25
Takut akan manusia membawa jerat: tetapi sesiapa yang menaruh kepercayaannya kepada TUHAN akan selamat.

Adakah kamu peduli apa yang difikirkan orang lain tentang kamu? Itu jerat yang bahaya. Kamu boleh jadi terdesak untuk berdosa kerana takut orang lain. Jika kamu membiarkan mereka mempengaruhi keputusan-keputusanmu, kamu akan tergoda untuk berkompromi. Taruh kepercayaanmu kepada Allah dan firmanNya sahaja dan kamu akan beroleh selamat (Ams 18:10; Maz 119:128).

Takut akan manusia bertentangan dengan takut akan Allah. Ia merupakan kekhuatiran untuk menyenangkan manusia dan untuk memperolehi persetujuan, persahabatan dan kesukaan manusia daripada memperolehi persetujuan, persahabatan dan kesukaan Allah. Kamu takut akan rasa tidak senang atau penolakan mereka, jadi kamu berbuat apa yang kamu mampu untuk mengekalkan perkenan dan persahabatan mereka. Daripada menyukat hidupmu dengan Alkitab, kamu lebih khuatir akan pendapat-pendapat orang ramai.

Kita kerap kali memanggil takut akan manusia ini sebagai tekanan rakan sebaya. Punca tekanan ini ialah rakan sebayamu – orang yang setaraf di dalam kedudukan hidup, kelompok umur yang sama atau suatu set sosial yang sama. Ia adalah tekanan kerana perkenan yang mereka beri atau tidak beri memaksa kamu untuk mengubahkan kepercayaanmu atau mengubahkan tingkah-lakumu untuk mengekalkan kedudukanmu bersama mereka. Tekanan rakan sebaya mendesak kamu untuk hidup seperti dunia (Rom 12:1-2).

Ada beberapa punca takut akan manusia. Orang gaji mungkin takut akan bos mereka sehingga melebihi tahap hormat yang wajar di dalam pekerjaan. Pastor mungkin takut ahli jemaah tidak suka akan khutbahnya dan takut kehilangan sokongan. Seseorang mungkin takut akan pasangan hidupnya dan suasana tegang yang dapat dibangkitkan olehnya. Cendekiawan atau majlis gereja boleh menakutkan pastor supaya berkompromi dengan kebenaran.

Harun takut akan rakyat sewaktu Musa tidak hadir dan dia membina patung lembu emas itu (Kel 32:22-24). Raja Saul telah hilang kerajaannya kerana takut akan rakyat dan melepaskan Agag (1Sam 15:24). Herod takut akan rakyat, isterinya, dan rakan-rakannya sehingga dia membunuh Yohanes (Mat 6:6-11). Pilatus takut akan rakyat dan perhubungan politiknya dengan Kaisar (Yoh 19:11-16). Petrus menyangkal Yesus Kristus kerana takut akan orang lain (Mat 26:69-75) dan juga berkompromi dengan injil (Gal 2:11-13).

Sebaliknya, Daud tidak hilang semangatnya oleh kata-kata tuduhan abang sulungnya (1Sam 17:28). Daniel tidak takut akan gua singa sebab dia mengekalkan tabiat berdoa sehariannya walaupun suatu undang-undang baru digubalkan (Dan 6:10). Tiga orang sahabatnya tidak takut akan Nebukadnezar atau rela api yang hangat (Dan 3:16-18). Petrus dan rasul-rasul dengan berani menolak pegawai-pegawai orang Yahudi selepas Hari Pentekosta (KPR 5:29). Dan Yusuf, orang Arimatea memberanikan diri untuk memohon untuk jasad Yesus (Mar 15:43).

Kebanyakan orang Kristian pada hari ini takut akan manusia lebih daripada Allah. Mereka adalah seperti penguasa-penguasa lemah orang Yahudi. Alkitab berkata, “Namun, diantara penguasa-penguasa agung juga ada banyak yang percaya kepadanya; tetapi oleh sebab orang Farisi mereka tidak mengakuinya, supaya jangan mereka dikeluarkan daripada saumaah: Sebab mereka lebih suka pujian manusia daripada pujian Allah.” (Yoh 12:42-43).

Ia tidak mungkin untuk menjadi seorang percayawan yang benar dan masih ada ketakutan atau keinginan untuk persetujuan manusia. Yesus telah mewaspadakan pendengar-pendengarNya, “Bagaimanakah kamu dapat percaya, kamu yang menerima hormat antara satu sama lain, dan tidak mencari hormat yang datang daripada Allah sahaja? (Yoh 5:44). Ada banyak orang lain yang serupa, yang telah menjadi takut kerana pendapat-pendapat atau penganiayaan daripada orang lain (Yoh 7:13; 9:22).

Apakah ubat bagi takut akan manusia? Jadi yakin akan Alkitab daripada manusia (Ayub 32:6-14; Maz 119:98-100; Yes 8:20). Elakkan rakan-rakan yang rosak atau berdosa (Ams 9:6; 22:24-25; Maz 101:3; 1Kor 15:33). Percayalah kepada Tuhan untuk perlindungan (Dan 3:16-18; Ibr 13:6). Pertimbangkan kejahilan dan ketidakcekapan manusia semulajadi (Maz 39:5; 62:9; 1Tim 6:20). Jangan masuk ke dalam persatuan-persatuan, baik secara individu mahupun secara gereja, yang akan membawa tekanan (2Taw 18:1; 2Kor 6:14-18).

Ingat bahawa Allah atau kebenaran tidak akan menjadi popular [disukai orang ramai]. Sebenarnya, apa sahaja yang diterima dunia dan tidak dipandang hina olehnya ialah suatu kekejian di pandangan Allah (Luk 6:26; 16:15). Cuba kamu fikir akan Nuh! Adakah kamu lebih suka mengingkuti yang popular atau ingin tetap kering? Cuba kamu fikir akan Daniel! Adakah kamu rela makan sup kacang dan air sementara rakan sebayamu sedang melahap santapan daging dan wain raja?

Kenalpastikan dan terimalah penganiayaan. Ia adalah bukti kamu sedang mengikuti Yesus Kristus, dan ia adalah cara bagi perkenanNya yang besar (Yes 51:7-8; 66:5; Mat 5:10-12; Yoh 16:2; KPR 5:41; 2Tim 3:12; 1Pet 4:12-16). Jika mereka benci akan Yesus Kristus, mereka juga pasti benci akan kamu (Yoh 15:18-25). Tetapi tiada senjata yang dibentuk untuk menentang kamu yang akan berjaya (Yes 54:17). Percayalah!

Orang muda! Kamulah yang paling mudah terpengaruh. Adakah kamu memahami dan memandang hina tekanan rakan sebaya? Orang muda bebal di dunia inilah yang akan mendesak kamu supaya berpaling daripada Allah dan kekudusan supaya mengejar kebebalan dan dosa mereka. Dapatkah kamu memperolok-olokkan ucapan, tabiat, pakaian dan minat mereka? Adakah kamu benci penzinaan, pemberontakan dan kumpulan kawan mereka itu? Takut akan Tuhan!

Adakah kamu malu untuk dikenali sebagai Kristian? Dapatkah kamu dengan berani memegang Alkitab di sekolah? Di tempat kerja? Adakah kamu bersyukur sebelum makan didepan orang kafir? Dapatkah kamu secara mudah menolak undangan untuk menyertai mereka di dalam kenikmatan duniawi? Adakah kamu tabah untuk menjelaskan bahawa hari Ahad ialah Hari Tuhan? Adakah kamu secara berani memakai pakaian yang senonoh?

Ibubapa, adakah kamu takut akan anakmu? Adakah kamu takut nampak air muka, angin atau penolakan mereka? Berdiri teguh atas kebenaran dan percayalah kepada Tuhan. Eli berkompromi bagi anak-anak lelakinya dan kehilangan segalanya (1Sam 2:30; 3:13). Yosua membuat pendirian bagi seisi keluarganya, dan dia telah disebut semula untuk 4000 tahun bagi semangat ketabahan hatinya sebagai seorang ayah. Laksanakan tugasmu (Ams 29:15,17).

Suami, adakah kamu takut akan isterimu? Adakah kemungkinan damai di rumah dicelah menjadikan kamu berkompromi? Abraham kawan Allah kerana memerintahkan rumahtangganya untuk memelihara jalan-jalan Tuhan (Kej 18:19). Kamu harus memerintah atas isterimu (Kej 3:16). Dia tidak mempunyai baik jawatanmu mahupun kemampuan untuk mengenal kehendak Allah (1Kor 14:34-35). Adakah kesan-kesan yang menimpa Adam kerana mendengar isterinya, atau Abraham kerana mendengar isterinya, cukup untuk membuat kamu menjadi gementar? Ini patut menjadi kamu gementar!

Perempuan Kristian! Adakah kamu takut akan aliran fesyen? Adakah kamu mengejar kesibukan masyarakat untuk kurang menutupi dan lebih mendedahkan? Dapatkah kamu memakai pakaian senonoh yang lebih menutupi, walaupun orang lain memakai pakaian tidak senonoh dan kurang menutupi? Apakah yang menghalang kamu daripada lebih menghargai sikap suka menunduk dan roh berdiam daripada rambut yang didadani cantik, baju dan aksesori yang baru (1Pet 3:3-4)? Adakah tekanan rakan sebaya menghalang kamu daripada berpakaian paling baik supaya menjadi kudus?

Pastor, khutbahkanlah firman (2Tim 4:2)! Jangan pandang kepada air muka ahli jemaahmu untuk perkenan (Yer 1:17). Jadilah mendesak, menekan dan cemas baik pada waktu yang baik mahupun tidak baik (2Tim 4:2). Banyak tokoh iman dahulukala tidak takut akan pangkin penyeksaan ataupun pacak pembakaran. Adakah kamu layak untuk dianggap sebagai teman mereka? Biarlah mereka menjadi saksi-saksi yang membentuk pelayananmu (Ibr 12:1-4).

Pastor, tolaklah pengkompromi-pengkompromi “peka pencari”. Masa sudah datang dimana orang tidak lagi tahan akan doktrin kukuh, walaubagaimanapun kamu harus khutbah secara mendesak firman (2Tim 4:1-5). Allah tidak memanggil kamu untuk membesarkan gerejamu secara bilangan. Jangan sesekali melakukan apapun yang berkompromi untuk menambahkan keahlianmu. Allah telah memanggil kamu untuk membesarkan gerejamu secara rohani. Kamu harus menyenangkan Allah, bukan manusia (Gal 1:10).

Adakah kamu takut akan musuh, guru-guru atau orang tua-tua? Atau ketiga-tiganya? Dengan merenung dan memelihara ajaran Allah, pemazmur itu menjadi berani terhadap ketiga-tiga jenis orang (Maz 119:98-100). Ayat-ayat ini patut dijadikan ayat hafal yang wajib bagi lelaki muda dan hamba Allah. Atau adakah kawan menakutkan kamu? Maka, pastikan semua kawan kamu suka akan kebenaran (Maz 119:63).

Percayalah kepada TUHAN dengan menyanjungi setiap firman Allah (Maz 119:128) dan tahu bahawa tidak seorang manusia pun yang dapat mengancam kamu (Ams 16:7; 1Pet 3:13). Kamu akan memberi suatu pertanggungjawaban bagi kehidupanmu kepada Allah pada suatu hari, dan bukan kepada manusia (Peng 12:13-14; 2Kor 5:10-11). Jadilah takut akan Dia, Yang dapat mengancam dengan benar (Luk 12:4-5).