29:27
Orang yang tidak benar ialah kekejian kepada yang benar: dan dia yang jujur dalam jalannya ialah kekejian kepada yang durjana.
Sudahkah kamu sedia untuk pemahaman dan hikmah benar? Adakah kamu ungin memahami punca sebenarnya bagi persengketaan, pergolakan sosial, dan peperangan? Adakah kamu sedia supaya Allah dan Salomo mempertingkatkan pandangan duniamu? Amsal ini ada pengetahuan dan kebenaran untuk pembelajaran yang lanjutan.
Perseteruan yang kuno dan yang kuat wujud di antara orang durjana dan orang benar. Ia sudah ada dari permulaannya; dan ia akan berada di sana pada pengakhirannya. Orang benar benci orang durjana, dan orang durjana benci orang benar. Mereka bercanggah antara satu sama lain, dan mereka tidak akan pernah berdamai. Perseteruan antara orang benar dan orang durjana tidak kurang daripada perseteruan antara Allah dan Syaitan.
Kain membenci adiknya Habel dan membunuhnya tanpa apa pun sebab kecuali iri hati dan dengki, walaupun Habel benar dan tidak berbuat apa pun kesalahan (1Yoh 3:12). Seperti Kain, orang durjana mengikuti bapa pembunuh, iaitu iblis, dengan membenci Allah dan anak-anakNya (Yoh 8:44). Bagaimana mungkin sesiapa pun membenci Yesus dari Nazaret? Tetapi mereka menyiksa dan membunuhnya tanpa berbelas kasihan! Ada suatu kemarahan yang teruk terhadap Yesus Kristus dan murid-muridNya (Yoh 7:7; 15:18-19; 17:14).
Biar kamu biasakan diri dengan pemahaman ini, sebab seperti di dalam konteks buruk Kain membunuh adiknya sendiri dengan menumpahkan darahnya di bumi yang masih suci dahulu, demikian juga dunia akan membenci orang Kristian (1Yoh 3:13). Dunia ini bukanlah kawan terhadap rahmat atau anak-anak cahaya. Ia membenci mereka dan akan menghapuskan mereka kalau bukan rahmat Allah yang sedang menahan mereka (Mat 10:22; 24:9; Maz 76:10). Orang beragama pun akan fikir bahawa mereka sedang melayani Allah jikalau mereka membunuh orang Kristian sejati (Yoh 16:2).
Orang benar membenci orang durjana, sebab mereka tidak dapat tahan roh dan tindak laku yang keji oleh orang durjana; kebencian mereka adalah terhadap orang jahat dengan tindak laku jahat mereka. Tetapi orang durjana membenci orang benar kerana perbuatan baik mereka; kebencian mereka adalah terhadap orang baik dan tindak laku yang baik. Percanggahannya adalah di antara baik dan jahat, Allah dan Syaitan, kekudusan dan kedurjanaan, orang kudus dan orang orang berdosa.
Sifat semulajadi bagi kedua-dua orang yang bertentangan ini sungguh berbeza. Manusia badaniah adalah berseteru terhadap Allah dan hukum-hukumNya (Rom 8:7). Dia tawanan yang rela kepada penguasa kekuasaan udara, iaitu roh yang bekerja di dalam anak-anak kederhakaan (Efe 2:1-3). Peperangan ini telah dinubuatkan di Taman Eden (Kej 3:15). Para peminat menumpah darah membenci orang jujur (Ams 29:10).
Orang benar membenci orang durjana bagi ketidaksalihan dan perseteruan mereka terhadap Allah; orang durjana membenci orang benar kerana iri hati dan kerosakan hati. Walaupun orang benar mengasihi musuh-musuh peribadi mereka untuk mencerminkan sikap murah hati Allah (Mat 5:43-48), Daud membenci musuh-musuh Allah dengan kebencian yang sempurna (Maz 139:19-22). Ada perbezaan besar di antara musuh-musuh peribadimu dan musuh-musuh nyata Allah. Kamu harus belajar perbezaan ini.
Paulus ada keghairahan yang hangat bagi pembalikan orang Israel kepada jalan benar – iaitu mereka yang merupakan anak-anak Allah (Rom 9:1-8; 10:1-5). Dia telah memberitahu Timotius dengan jelas bahawa dia bertahan dengan segala apa pun demi orang pilihan (2Tim 2:10). Ketika ia berkaitan dengan orang durjana tanpa iman, dia bertanya untuk doa supaya diselamatkan daripada mereka (2Tes 3:1-2; 2Tim 4:14-15). Dia memahami bahawa injilnya adalah suatu bau yang harum yang membawa bau kematian kepada kematian bagi orang jahanam sedemikian (2Kor 2:14-17).
Allah membenci orang durjana dan adalah marah dengan mereka setiap hari (Maz 5:5; 7:11; 11:5). Sudah tentulah, kebenaran yang ajaib ini tidak lagi diajar. Orang lebih suka dongeng bahawa Allah mengasihi setiap orang. Mereka suka memancarkan lagi suatu bohong, “Allah membenci dosa, tetapi mengasihi pendosa.” Tetapi mereka tidak dapat menemui apa pun demikian di dalam Alkitab. Kamu mungkin fikir bahawa Nuh telah memasang suatu gambar muka senyum pada permukaan bahtera dengan kata-kata ini: “Senyum, Allah mengasihimu!” Tetapi dia tidak berbuat sebegitu, dan Tuhan Yesus akan tidak lama lagi berkata kepada orang yang sedemikian bahawa Dia tidak pernah mengenal mereka sebelum membuang mereka ke dalam neraka (Mat 7:23).
Yesus dengan kerap kali telah memberi amaran tentang kebencian orang durjana bagi orang benar. Dia telah memberi amaran kepada murid-muridNya tentang bagaimana dunia akan membenci mereka (Mat 5:10-12; Yoh 7:7; 15:18-19; 17:14). Dan perhitungan yang diberi dalam buku Kisah Para Rasul ialah bukti bagi amaran ini. Zaman Kegelapan telah dipenuhi dengan kisah-kisah orang martir Yesus yang sungguh sukar bagi hati yang paling pedih pun untuk percaya. Janganlah terkejut apabila semangat keiblisan yang sama mendorong orang untuk membenci, memfitnah, berbisik, mengutuk, menganiaya, dan berusaha untuk membunuhmu.
Jika kamu menjalani kehidupan yang salih di dunia ini bagi Yesus Kristus, kamu akan menderita penganiayaan (2Tim 3:12). Kamu hidup pada masa yang membahayakan pada zaman akhir yang kebanyakan orang Kristian pun telah terperdaya oleh para pengkompromi (2Tim 3:1-4:4). Mereka membenci orang yang baik (2Tim 3:3), dan mereka akan mengkhianatimu, jika kamu berdiri teguh bagi kekudusan di dalam generasi yang cabul ini. Mereka ada suatu bentuk kesalihan, tetapi mereka menyangkal kuasa pengubahan hidup yang diperoleh daripada mengenal Allah dan AnakNya dengan benar (2Tim 3:5).
Orang benar harus hidup kehidupan yang terasing daripada dunia (Yak 4:4). Mereka tidak boleh berkahwin dengan pasangan daripada dunia orang yang tidak salih (1Kor 7:39; 11:11). Dia telah melemaskan bumi dengan Banjir itu kerana anak-anak lelaki Allah berkahwin dengan anak-anak perempuan manusia (Kej 6:1-3). Ia suatu ikatan darah Kristus dan ketaatan kepada Allah yang merupakan dasar persahabatan bagi orang benar (Maz 119:63).
Tiada apa pun untuk dirunsingkan, hai orang kudus. Yesus Kristus telah mengatasi dunia (Yoh 16:33). Orang martir di syurga berseru bagi hari pembalasan, dan ia sungguh dekat (Wah 6:9-17). Yesus akan datang dengan api yang bernyala-nyala untuk membinasakan semua musuhnya (2Tes 1:7-10; Yud 1:14-15). Jika sesiapa pun tidak mengasihi Tuhan Yesus Kristus, biar dia dikenakan Anatema Maranata.