3:17
Jalan-jalannya merupakan jalan kesenangan, dan semua jalannya damai sejahtera.
Seorang perempuan menawarkanmu kesenangan dan damai sejahtera. Jika kamu mengikutinya, kehidupanmu boleh menjadi bahagia dan tenteram, bersukacita dan selesa, senang dan terjamin. Apa lagi yang dapat kamu ingini? Puteri Hikmah menawarkan kehidupan yang baik kepadamu, jika kamu hanya belajar hikmah daripadanya.
Hikmah dan pemahaman ialah apa yang sungguh bernilai untuk peroleh. Ia jauh lebih unggul daripada perak dan emas tulen (Ams 3:13-14). Hikmah dipersonifikasikan sebagai seorang perempuan, yang lebih bernilai daripada batu delima atau apa pun yang dapat kamu bandingkan dengannya (Ams 3:15). Dia membawa panjang umur, kekayaan, dan kemuliaan (Ams 3:16). Dia pokok kehidupan dan membawa kebahagiaan kepada orang yang memilikinya (Ams 3:18)
Takut akan TUHAN dan mengekalkan firmanNya ialah dasar hikmah (Ams 1:7; 9:10). Orang yang takut akan Tuhan, yang memegang perintah-perintahNya dan hidup oleh kebenaran dan hikmahNya, akan menikmati kehidupan yang ada kesenangan dan damai sejahtera. Dia akan mengelak kejatuhan pedih para pendosa, dan Allah akan menunjukkannya keredaan sebagai salah seorang anakNya yang disukainya (Maz 128:1-6).
Jika kamu mempertimbangkan amsal ini secara alamiah, seperti di dalam seluruh kitab amsal, kamu menemui bahawa ini benar sepenuh-penuhnya. Hikmah menyelamatkan orang daripada kepedihan dan masalah perempuan lacur, hutang kewangan yang terlampau banyak, anak-anak yang tidak tertib, pelaburan yang buruk, kemarahan para penguasa, isteri yang jelek, kemabukan, kekurangan kawan, reputasi yang rosak, masalah ucapan, kelahapan, ketakutan akan apa yang tidak diketahui, hati nurani yang disakiti kerana salah, kawan-kawan durjana, kemiskinan, dan banyak lagi jerat.
Jika kamu pertimbangkan amsal ini secara rohaniah, kamu juga akan mendapatinya benar sepenuh-penuhnya. Manusia yang dengan berhikmah berjalan dengan Allah ada kesenangan dan damai sejahtera dalam jiwanya yang orang lain tidak dapat peroleh melalui apa pun seni atau bahasa. Allah yang kekal ialah perlindungannya, dan sukacita dan damai sejahtera Roh Kudus dalam hatinya jauh melebihi apa pun dan segala kemungkinan kesenangan dan keterjaminan kehidupan.
Tiada sukacita yang kekal atau yang teguh kepada si bebal atau si munafik. Solomo membuat eksperimen dengan permainan dan impian manusia sampai kepada tahap yang semua orang lain hanya boleh berkhayal (Pkh 2:1-10). Dan apa yang dapat dia temui? “Segalanya kesia-siaan dan kegemasan roh, dan tiada apa pun untung di bawah matahari” (Pkh 2:11). Betapa bebal, kosong, dan pedih pengejaran kenikmatan ini!
Tiada damai sejahtera kepada si bebal atau si munafik, sebab TUHAN akan menaruh duri di jalannya dan kengerian dalam hatinya (Ams 10:24; 13:15). Dan ketika dia teriak tolong dalam bencananya yang besar, syurga akan bergegar dengan ketawa Allah (Ams 1:26-28). Jangan mengolok-olok Puteri Hikmah!
Kesenangan dan damai sejahtera hikmah tidak bergantung kepada kesihatan, keadaan, atau kawan. Ia baik meskipun ketika miskin, seperti juga ketika kaya. Ia tidak dapat dirampas dalam kehidupan ini, dan ia membawa kepada kehidupan abadi dalam kehidupan yang kemudian. Apa lagi yang kamu ingini? Dengan Yesus Kristus di tangan kanan Allah, adanya kesenangan selama-lamanya dan damai sejahtera yang melampaui akal (Maz 16:11; Flp 4:7).