Amsal · Proverbs

3:30
Jangan bersengketa dengan orang tanpa apa sebab, jika dia tidak berbuat jahat terhadapmu.

Kamu patut adanya alasan yang baik untuk berbahas, melawan, atau menyaman mana-mana orang. Kamu boleh mempertahankan diri jika luka benar telah dibuat. Tetapi Allah mengutuk respon remeh-temeh, munafik, atau yang membalas dendam. Patut adanya kerugian besar terlibat, atau Dia akan menghakimimu untuk kebencian (Mat 7:1-5).

Betapa seriusnya kesan-kesan berbahas atau melawan untuk perjuangan yang tidak baik? Allah Yang Maha Besar di syurga membenci orang durjana yang sebegitu bercanggah, rewel, memual, dan durjana (Ams 3:31-32). Dia mengutuk keluarga-keluarga orang yang tidak mahu berdamai dengan orang lain dan yang suka menimbulkan masalah (Ams 3:33). Dia akan mencemuh para pencemuh dan membawa malu kepada orang bebal (Ams 3:34-35).

Sudah tentu, orang yang suka berbalah selalu berkata bahawa mereka ada alasan untuk bergaduh dengan orang lain. Di dalam fikiran keadilan mereka yang sudah cabul, mereka ada hak untuk bertengkar, melawan, atau menyaman kebanyakan sesiapa pun orang untuk membayar ganti rugi. Tetapi Allah tahu hati semua manusia, dan Dia akan memandang hina fikiran mereka yang remeh-temeh, peribadi, munafik, atau yang suka membalas dendam. Dia akan menjadi rewel kepada orang yang rewel (Maz 18:25-26).

Hikmah melibatkan pengetahuan dan kemampuan untuk berbaik-baik dengan orang lain. Orang berhikmah adalah mulia, kerana mereka tahu mereka patut menangguhkan kemarahan dan tidak mempedulikan pelanggaran-pelanggaran yang kecil (Ams 19:11). Mereka tahu bahawa jika mereka tidak berbelas kasihan untuk mempertanggungjawabkan orang untuk pelanggaran-pelanggaran kecil mereka, maka Allah Sendiri tidak akan mengampuni pelanggaran-pelanggaran mereka (Mat 6:14-15; 18:21-35).

Apakah sebab sesetengah orang menjadi suka berbalah? Keangkuhan! Hanya keangkuhan (Ams 13:10)! Ia bukan suatu daya keadilan atau kewajaran yang menyebabkan mereka untuk mengkritik, membahas, melawan atau menentang orang lain. Ia keangkuhan hati mereka yang durjana yang enggan berbelas kasihan, enggan melangkaui pelanggaran kecil, dan enggan mengampuni orang lain dengan sepenuh-penuh dan dengan mudah. Keangkuhan itu menjahanamkan. Kamu boleh memanggil itu sebagai pendirian berprinsip kalau kamu mahu, tetapi Allah dan semua orang baik tahu bahawa ia hanya keangkuhan.

Bagaimana pula dengan perempuan yang meleter? Sama! Keangkuhan mereka mendapat kenikmatan dalam hal memperbetulkan suami mereka. Kaum isteri sebegitu suka mengingati suami tentang setiap kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukannya. Sementara membenci peranan mereka, kaum isteri menunjukkan kebongkakan dan sikap mementingkan diri sendiri dengan berbalah dan bergaduh. Tak hairanlah Salomo berulang-ulang kali memberi amaran terhadap perempuan yang sedemikian (Ams 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15).

Damai sejahtera dan perpaduan, matlamat salih oleh orang berhikmah, menuntut supaya melangkaui pelanggaran kecil atau kesilapan orang lain. Hanya ketika nyawa atau rumah terancam adanya sebab untuk melawan. Yesus Kristus mengajar bahawa kemarahan dalam hati pun atau memanggil nama hina tanpa sebab yang benar ialah pembunuhan (Mat 5:21-22). Biar dakwaan itu dihayati dengan betul-betul. Dan merespon dengan paksaan kepada pelanggaran yang kecil ialah akhlak yang sama (Mat 5:38-42). Biar orang lain menamparmu di pipi. Maka apa? Jika seseorang menyamanmu untuk mendapatkan kotmu, serahkan juga jubahmu kepada mereka. Buat damai!

Di generasi yang lebih awal Amerika, anak-anak kecil ada puisi berima yang berasal sekitar tahun 1862, “Stick and stones will break my bones, but names will never hurt me” iaitu “Kayu dan batu mungkin mematahkan tulangku, tetapi memanggilku nama hina langsung tidak akan melukakanku”. Maksudnya sama dengan hikmah amsal ini. Jika kamu berada dalam bahaya tulang-tulangmu patah, mungkin oleh seorang penceroboh pada waktu malam, kamu boleh mempertahankan rumahmu, keluargamu dan dirimu (Kel 22:2). Tetapi untuk memanggil nama hina hanya memberimu peluang untuk memberi respon yang berbudi (Rom 12:17-21).

Semangat yang suka berbalah adalah dari neraka, tetapi roh yang lemah-lembut adalah dari syurga (Yak 3:14-18). Betapa hebatnya perbezaan itu! Betapa mulianya peluang untuk kamu menunjukkan perbezaan itu di dalam akhlakmu dan membuat perubahan kepada dunia. Betapa hebatnya peluang dan keistimewaan untuk menyenangkan Allah dan manusia dan untuk menggalakkan damai sejahtera ke mana juga kamu pergi. Apakah yang akan kamu buat pada hari ini? Melawan segala apa pun? Atau mengampuni segalanya? Jadilah pendamai.