3:31
Jangan beriri hati kepada para penindas, dan jangan memilih mana-mana jalannya.
Dosa nampaknya dapat membantu sesetengah orang untuk maju, tetapi itu suatu ilusi yang bohong. Janganlah rasa cemburu kepada orang yang nampaknya makmur dengan mengambil kesempatan atas orang lain, sebab mereka akan tidak lama lagi dijatuhkan (Ams 3:32-35). Janganlah memakai mana-mana ragam atau kaedah mereka, sebab itu merupakan alat-alat yang dipakai orang bebal.
Orang yang menindas orang lain – menyengsara, mendominasi [menguasai], atau menyeksa mereka – berada dalam masalah dengan Allah. Orang sebegitu adalah babil, dan mereka kekejian kepada Allah; orang sebegitu durjana, dan mereka dikutuk Allah; orang sebegitu ialah pencemuh, dan mereka dicemuh Allah; orang sebegitu bebal, dan Allah akan memalukan mereka. Dia akan memberkati orang yang lemah-lembut dan yang berbudi (Ams 3:32-35).
Orang yang suka menguasai dan yang memandai akan berjaya untuk seketika, sehingga Allah dan manusia mengambil balik apa yang telah dirampasnya dengan caranya yang suka menindas. Orang bebal kagum dengan taktik yang keras dan dengan apa yang nampaknya kejayaan para penzalim itu. Mereka terperdaya memikir kaedah-kaedah sebegitu adalah sungguh kelelakian dan cekap – jalan untuk orang kuat hidup dan makmur. Tetapi Allah mengilhamkan peraturan yang baik di sini – jangan beriri hati kepada orang sebegitu (Ams 23:17; 24:1,19-20; Maz 37:1,7-9).
Kamu juga tidak harus memakai ragam dan kaedah mereka. Ia tidak cukup untuk memandang hina orang rewel; kamu juga harus menolak segala tabiat dan amalan mereka. Dosa akan memperdayakanmu untuk memperbenarkan sesetengah jalan mereka, sementara kamu menolak jalan-jalan mereka yang lain. Allah dan Salomo kenal godaan itu, maka mereka juga mengutuk hal memilih mana-mana alat atau taktik para penindas.
Apakah jalan-jalan para penindas? Mereka suka tawar-menawar dengan keras, membayar kurang daripada apa yang berpatutan untuk dibayar, tetapi mengenakan harga yang lebih tinggi daripada apa yang patut dikenakan (Ams 11:26; 20:14). Orang benar membayar pada harga yang berpatutan dan mengenakan harga yang adil, terutamanya ketika orang yang keperluan atau yang miskin terlibat. Ketika ia berkenaan dengan kebajikan, si penindas mengabaikan orang miskin dan hanya memberi sedikit dengan berat hati, tetapi orang baik memberi dengan murah hati lalu diganjari kerana itu (Ams 11:24-25; 29:7).
Apakah jalan-jalan si penindas? Mereka kasar dan keras terhadap binatang, pekerja, dan diri mereka sendiri. Tetapi orang yang mulia dan yang terhormat adalah berbudi dan berbelas kasihan kepada ketiga-tiga golongan tersebut (Ams 11:17; 12:10; 18:23; 29:21). Si penindas bercakap dengan tajam, dengan kritikal, dan dengan banyak, lalu menyakiti para pendengarnya, tetapi orang berhikmah bertutur dengan sedikit perkataan dengan berbudi baik, mengagihkan hikmah kepada orang melalui pertuturannya, dan memenangi hati raja pun (Ams 10:21; 12:18; 15:2,28; 17:9; 22:11; Kol 4:6).
Apakah jalan-jalan si penindas? Mereka menimbulkan persengketaan, memisah dan menakluk, mencari kepentingan diri sendiri, dan menabur perbalahan (Ams 6:14,19; 15:18; 16:28; 26:20-22). Tetapi orang salih mendambakan damai sejahtera, bekerja untuk mengekalkanya, dan menghormati orang lain (Ams 15:1; 19:11; Efe 4:3; Flp 2:1-5). Si penindasmelangkaui Lazarus yang sedang merana kelaparan lalu pergi ke mejanya yang penuh kegemukan, tetapi dia akhirnya terlantar di neraka (Luk 16:19-23). Diotrefes mungkin mengusir orang dari gereja, tetapi dia akan bayar (3Yoh 1:9-11).
Apakah hikmah yang dapat dipelajarimu? Daripada beriri hati kepada para penindas di dunia, yang dibenci Allah, beriri hatilah sebaliknya kepada orang benar, iaitu orang yang Allah sendiri mengongsikan rahsiaNya kepada mereka (Ams 3:32). Pilihlah jalan-jalan orang salih lalu menerima keredaan Allah dan manusia (Maz 37:37; 1Kor 4:16; 11:1; Flp 3:17; 4:9). Allah menyukat hati dan perilaku setiap orang, dan biar Dia mendapatimu membantu orang lain.