3:29
Jangan merancang kejahatan terhadap jiranmu, sementara melihat dia berdiam dengan terjamin di sebelahmu.
Orang yang paling erat denganmu layak untuk yang terbaik daripadamu. Namun, orang kerap kali melayani keluarga atau kawan dengan lebih kasar daripada orang asing. Semakin orang percaya kepadamu, semakin kamu berhutang kepadanya. Semakin mudah seseorang dipengaruhimu, semakin besar keberhutanganmu kepada dia untuk menghormati dan melindunginya. Kamu tahu lebih tentang jiranmu daripada orang lain dalam kehidupanmu, tetapi kelebihan ini membawa bersamanya tanggungjawab untuk melindungi dan bukan peluang untuk menipu. Berhati-hati!
Siapakah jiranmu? Sementara para peguam berbantahan tentang perkataan dan harap untuk mengehadkan kata nama ini kepada hanya beberapa kawan (Luk 10:25-29), anak Solomo, Yesus Kristus, mengembangkannya kepada sesiapa pun yang Allah tempatkan dalam kehidupanmu (Luk 10:30-37). Ini termasuk ibubapamu atau seorang pasangan, atau rakan sekerja, atau seorang yang asing yang kebetulan duduk di sebelahmu di kapal terbang atau bas. Sudah tentulah, ia juga termasuk orang yang hidup di sebelah rumahmu, tetapi ia juga melibatkan lebih banyak lagi daripada mereka.
Ia mudah untuk menemui harta, kesilapan, tabiat, atau kelemahan orang yang paling dekat kepadamu. Keadaan dekatmu kepada aktiviti-aktiviti mereka dan kepercayaan mereka kepadamu bergabung untuk menjadikan mereka mudah dijejaskan oleh apa pun nafsu dirimu. Allah dan Solomo, sementara tahu hakikat ini tentang perhubungan, telah memberi amaran terhadap mana-mana niat durjana atau penipuan orang kerana memiliki kelebihan itu. Orang salih jujur dengan sangat teliti kepada jiran, dan mereka sungguh melindungi mereka.
Kain membunuh adiknya yang percaya kepadanya. Anak-anak Yakub memperdayakan dan membunuh Sikhem, dan kemudian mereka menjual Yusuf untuk menjadi hamba abdi. Raja Saul cuba untuk membunuh Daud sementara Daud main kecapi baginya. Yoab membunuh Abner dan Amasa yang percaya kepadanya. Yudas mengenal tabiat-tabiat Tuhan Yesus, dan dia memakai itu untuk memperoleh beberapa keping wang dengan mengkhianatiNya kepada orang ramai yang ingin membunuhNya. Dosa yang dikhabarkan amsal ini ialah bentuk niat jahat peribadi yang paling kejam (Maz 41:9; 55:12-15; Mat 26:46-50; Yoh 13:21).
Adakah kamu mengambil kesempatan atau melindungi pengetahuan peribadi tentang rakan sekerjamu? Adakah keeratan isteri jiranmu menjadikannya lebih mudah atau kurang mudah dipakai olehmu? Adakah kamu mengambil kesempatan atau melindungi rakan sekolah yang mudah terpengaruh? Dapatkah sesiapa pun yang duduk di sebelahmu mempercayakan kepadamu harta milik mereka? Adakah kamu selalu mengutamakan kepentingan anggota gereja ketika bergaul? Apabila seseorang menceritakan kesulitannya kepadamu, adakah maklumat itu terpelihara dengan cukup terjamin daripada orang lain?
Doa ini juga didapati di rumah. Salah pakai atau pengabaian pasangan ialah pengkhianatan, sebab perkahwinan mendedahkan segalanya kepada satu sama lain, dan perkahwinan berdasarkan anggapan kesetiaan dan keteguhan hati (Mal 2:10-16). Jangan sesekali membandingkan isterimu kepada perempuan lain. Jangan sesekali menipu atau merendahkan maruah suamimu di katil. Peristiwa-peristiwa yang peribadi suatu keluarga di rumah tidak harus dikongsikan kepada orang di luar rumah, sebab ahli-ahli keluarga menganggap diri mereka terjamin sepenuh-penuhnya di rumah. Hanya orang kejam tanpa hati nurani mengongsikan maklumat peribadi sedemikian untuk menguntungkan diri atau melindungi diri.
Adakah mereka yang dekat kepadamu terjamin selamat sepenuh-penuhnya dalam perhubungan mereka denganmu dan dalam hal mengongsikan maklumat peribadi denganmu? Bolehkah seseorang jiran mempercayakan kepadamu kunci ke rumahnya atau keretanya? Adakah orang gereja tahu mereka dapat mempercayakan kepadamu butir-butir intim tentang kehidupan mereka? Atau adakah mereka tahu bahawa kamu mungkin tergoda untuk mengambil kesempatan atas kelemahan mereka bagi keuntungan dirimu sendiri atau mengongsikannya dengan orang lain? Selalu lindungi orang lain. Biar amsal ini memberi amaran kepadamu. Belajar integriti ini pada hari ini juga.