Amsal · Proverbs

3:32
Sebab orang rewel ialah kekejian bagi TUHAN: tetapi rahsianya ada pada orang benar.

Orang yang baik pertama sampai garis penamat! Sukatlah penamatan mereka, dan bukan permulaan mereka, sebab tiada kekecualian kepada peraturan ini. Allah akan melawan setiap orang durjana, kerana Dia membenci setiap satu. Tetapi Dia akan secara peribadi memberkati orang benar dengan kehadiranNya dan kebaikanNya, kerana Dia mengasihi setiap satu antara mereka. Janganlah terpesong oleh dunia, yang menyanjungi orang durjana dan memandang hina orang benar. Itu tarikan nafas terakhir akan perdayaan diri sebelum hembusan nafas terakhir kebinasaan.

Oleh sebab dunia menglamorkan orang durjana dalam pemberontakan mereka terhadap Allah dan kebenaran, orang kerap kali beriri hati dengan para penindas (Ams 3:31; 23:17; 24:1,19; Maz 37:1,7). Untuk seketika waktu ia nampak seakan-akan orang yang suka memperdaya dan orang yang ganas dapat maju tanpa apa pun kesan akibat itu. Tetapi amaran yang berilham - “Jangan iri hati terhadap para penindas, dan jangan memilih mana-mana caranya” – berasaskan peraturannya di sini (Ams 3:31). Kejayaan semata-mata ialah ilusi yang sementara. Neraka akan datang tuntut hutang. Allah menjaminkannya.

Apakah itu orang rewel? Perkataan ini bermaksud orang yang bercanggah kepada apa yang wajar; dia tidak munasabah, babil, sukar dikendalikan, sukar untuk disenangkan, degil, dan tidak dapat dikawal. Dia jelek dan durjana. Dia si penindas dalam amsal yang sebelum ini, yang memakai apa pun jalan yang mungkin untuk membawa rugi kepada orang lain dan mengambil kesempatan ke atas mereka. Amarannya jelas – jangan memilih jalan-jalannya atau memilih untuk menjadi temannya pun. Dia akan jatuh.

Kamu pernah melihat orang ini dahulu. Pernahkah kamu beriri hati akan dia? Dia gopoh dan yakin. Dia melanggari peraturan-peraturan dan nampaknya tidak pernah ditangkap. Sebenarnya, dia kerap kali dihormati dan diganjari, seakan-akan penipuannya itu sesuatu hal yang menguntungkan. Dia tidak peduli akan orang lain, dan dia memakai mereka untuk barang apa yang mungkin dia dapat daripada mereka. Dia mungkin jadi berkuasa dan berjaya, dan kamu tertanya-tanya jika adanya apa pun ganjaran untuk hidup kudus dan benar (Ams 73:1-14).

Tetapi Allah memandang keji orang durjana sedemikian. Dia bulat-bulat membenci mereka dengan sempurna, dan Dia akan menghakimi mereka di dalam dunia ini dan di akhirat. Jika kamu fikir Allah mengasihi orang demikian tetapi membenci dosa mereka, dan kemudian mendengar firman Tuhan, “Orang bebal tidak akan bertahan di hadapan pandanganmu: engkau membenci segala pekerja kedurjanaan” (Ams 5:5). “TUHAN menguji orang benar: tetapi orang durjana dan orang yang suka keganasan dibenci jiwanya” (Maz 11:5). Firaun dengan cukup keras menindas orang Ibrani, maka Allah melemaskannya di dalam Lautan Merah/Tebrau kerana kerewelannya (Kel 14:17; Rom 9:15-18).

Siapakah orang benar? Mereka merupakan orang baik yang hidup dengan takrif Allah akan apa yang betul. Mereka takut dan mengasihi Allah, dan mereka menyelaraskan kehidupan mereka untuk sesuai dengan apa yang tertulis dalam Alkitab. Mereka membenci dosa, dan mereka mengasihi kekudusan. Mereka merupakan orang asing dan perantau di dunia ini, sebab mereka tahu kewarganegaraan mereka yang benar dan warisan abadi mereka berada di alam yang lain – syurga. Allah mengganjari mereka di dalam kehidupan ini dan kemudian di akhirat, dan Salomo menjelaskan ini melebihi lima puluh kali.

Apakah rahsia Allah, yang diberiNya kepada orang benar? Ia hadirat peribadiNya dan keredaanNya, yang Dia beri kepada orang baik dengan cara dunia tidak dapat cam. Sementara manusia mengongsikan rancangan dan ganjaran dengan rakan-rakan mereka yang paling akrab, demikian juga Tuhan mengongsikan kemuliaanNya dan berkatNya dengan orang-orang kudus. Dia memberitahu mereka melalui RohNya tentang kasihNya kepada mereka dan tentang ganjaran-ganjaran yang tidak terkatakan yang Dia simpan bagi mereka di syurga (Maz 25:14; 1Kor 2:9; Gal 4:6-7).