3:33
Kutukan TUHAN berada di rumah orang durjana: tetapi dia memberkati kediaman orang benar.
Kutukan mungkin tergantung di rumahmu! Ada dua kemungkinan. Ia sama ada kutukan TUHAN Jehovah sudah tergantung di sana, siap untuk jatuh, ataupun berkat Allah Yang Maha Esa dan Yang Maha Hidup berada di sana. Perbezaan untuk hasilnya sungguh besar; syaratnya sungguh mudah. Kamu tidak mahu main-main dengan kutukan, dan kamu juga tidak mahu melepaskan berkat.
Ketika TUHAN mengutuk, tiada orang atau kumpulan orang pun dapat memberkati. Ketika TUHAN memberkati, tidak seorang atau persekutuan orang pun dapat mengutuk. Balak, raja Moab, telah mengupah Bileam untuk mengutuk Israel, supaya menyelamatkan Moab, tetapi Allah memberkati Israel dan mengutuk Moab (Bil 22:1- 24:25). Allah suka menterbalikkan rancangan dan kerja orang durjana – supaya menimpa kepala mereka sendiri (Maz 9:16-17). Pertimbangkan apa yang Allah buat kepada rumah-rumah tangga Haman dan Mordekai. Betapa jauh bezanya!
Itulah hakikat-hakikat kehidupan, dan kamu tidak akan dapat mengubahkannya. “Tiada kebijaksanaan atau pemahaman atau pertimbangan yang dapat menentang TUHAN” (Ams 21:30). “Walaupun bergandingan tangan, orang durjana tidak akan terlepas daripada hukuman: tetapi benih orang benar akan diselamatkan” (Ams 11:21). Kehematan dan keselamatan menyaran untuk melarikan diri daripada kutukan TUHAN dengan cara apa pun. Hikmah dan kemakmuran menyaran untuk mencari berkat TUHAN dengan cara apa pun. Hal ini merupakan perkara penting yang sungguh besar bagimu pada hari ini juga.
TUHAN berkata kepada Israel, “Lihatlah, aku menetap di hadapan kalian pada hari ini suatu berkat dan suatu kutuk” (Ula 11:26). Dan amsal ini menetap di hadapan setiap pembaca suatu berkat atau suatu kutuk. Apakah yang akan kamu buat dengan pilihan ini? Betapa seriusnya kamu membaca kata-kata itu pada hari ini? Jika kamu melanjutkan jalan-jalan durjanamu itu, kutukan menjelang; jika kamu bertaubat dan buat adil, berkat menjelang. Jika kamu tidak fikir itu penting, maka bacalah butir-butir berkat-berkatNya dan kutuk-kutukNya (Ima 26: Ula 28).
Orang durjana dan keluarganya akan menderita, kerana pedang keadilan ilahi tergantung atas diri mereka. Orang benar dan keluarganya akan makmur, kerana Allah senyum kepada mereka. Ada hikmah yang mudah untuk memberkati rumah dan keluargamu atau menjamin kebinasaan mereka. Apakah yang akan dilakukanmu? “Orang benar dengan berhikmah mempertimbangkan rumah orang jahat: tetapi Allah menggulingkan orang jahat kerana kejahatannya” (Ams 21:12).
Allah telah memberitahu para imam Israel, “Dan sekarang, wahai kalian yang imam, perintah ini adalah untuk kalian. Jika kalian tidak mendengar, dan jika kalian tidak akan memasangkannya pada hati, untuk memberi kemuliaan kepada namaku, firman TUHAN angkatan alam semesta, aku akan menyampaikan kutuk kepada kalian, dan aku akan mengutuk berkat-berkatmu: ya, aku sudah mengutukinya, kerana kalian tidak memasangkannya pada hati. Lihatlah, aku akan merosakkan benihmu, dan menyapu najis pada mukamu, bahkan najis jamuan-jamuan takzim kalian; dan ada orang yang akan membawa kalian keluar bersamanya” (Mal 2:1-3). Tidak sebegitu indah kan? Inilah Allah Alkitab.
Akankah kamu dengar? Akankah kamu menaruhnya kepada hatimu? Akankah kamu memberi kemuliaan kepada namaNya? Kamu dengan mudah sekali dapat tahu.
Adakah kamu memikir, menjalani hidup, dan melakukan segalanya yang diharapkan Allah? Segala apa yang tertulis di FirmanNya? Segala apa yang kamu telah dengar dikhutbahkan dengan betul? Segala apa yang lelaki dan perempuan kudus akan buat? Di manakah kamu sedang menipu? Apakah yang sedang kamu berkompromi? Jika kamu sedang berkompromi atau menipu di mana-mana bahagian kehidupanmu, jangan pandang ke atas. Awan-awan ribut yang ganas sedang berkumpul di atas rumah tanggamu dan kediamanmu. Jalan para pendosa adalah sukar, dan ia dapat menjadi jauh lebih teruk daripada apa yang kamu fikir atau apa yang pernah kamu alami (Ams 13:15).
Apakah pengaruh-pengaruh pilihan-pilihanmu, tabiat-tabiatmu, gaya hidupmu, dan pandangan duniamu? Kamu tidak boleh membenarkan keluarga, rakan sebaya, dunia, atau dagingmu sendiri yang penuh dosa mempengaruhi pilihan-pilihanmu. Kamu harus berubah kepada peraturan Allah bagi kehidupanmu. Jika apa yang kamu nampak dan dengar dairpada ibubapamu adalah salah, maka kamu haruslah berubah. Apa yang dunia buat di sekelilingmu dalam hal moral sudah tentulah salah. Kamu harus tidak mempedulikan tekanan rakan sebaya. Tabiat-tabiat hanya berbaloi untuk dimiliki kalau ia berasaskan Alkitab. Seorang Krisitian sejati ialah orang yang sudah berubah, sebab mereka berpaling dari dosa untuk mengikut Kristus (2Kor 5:17).
Apakah syarat-syaratnya bagi berkatNya? Adakah kosnya mahal dan tindakanya sukar? Bacalah dengan teliti jawapanNya kepada Mikha, “Dengan apa harus kudatang di hadapan TUHAN, dan menyujud di hadapan Allah Yang Maha Tinggi? Harus kudatang di hadapannya dengan persembahan bakaran, dengan anak lembu yang berumur setahun? Akankah TUHAN berkenan dengan beribu-ribu domba jantan, atau dengan berlaksa-laksa sungai minyak? haruskah kuserah anak sulungku bagi pelanggaranku, buah tubuhku bagi dosa jiwaku? Dia telah menunjukkanmu, hai manusia, apa yang baik; dan apakah yang diwajibkan TUHAN daripadamu, tetapi untuk berlaku adil, dan untuk menyayangi belas kasihan, dan untuk menjalani hidup dengan rendah hati dengan Allahmu?” (Mik 6:6-8).
Amsal ini berkenaan dengan gereja juga, yang merupakan rumah dan kediaman Allah melalui Roh (Efe 2:19-22; 1Tim 3:15). Gereja Israel dipanggil Ikabod, ketika kemuliaan Allah meninggal, dan mereka dikutuk dengan serangan orang Filistin (1Sam 4:12-22). Gereja-gereja zaman kini, yang sedang bermain-main dengan kehidupan badaniah dan hati yang durjana, juga akan dikosongkan daripada kemuliaan Allah, ketika Anak Manusia berjalan di tengah-tengah kaki-kaki dian emasNya (Wah 1:9-20; 2:5). Namun Tuhan kemuliaan yang sama itu mencari persekutuan dengan gereja-gereja yang benar-benar menginginiNya (Wah 3:20).