Amsal · Proverbs

30:28
Labah-labah berpegang teguh dengan tangannya, dan berada di istana-istana para raja.

Labah-labah ialah makhluk-makhluk yang kecil, ciptaan Allah, tetapi ia sungguh berhikmah (Ams 30:24). Di sinilah makhluk kecil yang keempat yang memberi suatu pelajaran untuk hikmah. Labah-labah ada ciri-ciri yang kamu memerlukan untuk belajar supaya menjadi berjaya. Nabi Agur akan mengajar kamu hikmah labah-labah (Ams 30:1). Daripada hanya takut atau memandangan hina labah-labah, belajarlah hikmahnya.

Adakah kamu terlalu sombong untuk belajar daripada makhluk yang kecil ini, yang dapat kamu hancur dan binasakan dengan cukup mudah? Solomo telah membuka kitab Amsal dengan kata-kata ini, “Orang berhikmah akan mendengar dan akan menambahkan ilmu” (Ams 1:5). Pertimbangkan sesuatu dengan teliti. Adakah tanganmu kurang mampu berbandingkan labah-labah? Mungkinkah istana lebih tertutup kepadamu berbandingkan labah-labah? Pertimbangkannya, hai pembaca.

Banyak orang fikir bahawa labah-labah adalah bahaya, beracun, atau mungkin menyerang pada bila-bila masa. Ini tidak benar. Hanya lelabah janda hitam dan lelabah coklat penyendiri adalah bahaya. Lelabah coklat penyendiri sungguh jarang, terutamanya di tempat-tempat manusia aktif; lelabah janda hitam jarang gigit, dan kalau gigit pun hanya kerana diprovokasi. Kebanyakan kali, labah-labah adalah berfaedah sementara makan serangga dan labah-labah lain. Hargainya bagi manfaatnya.

Labah-labah adalah invertebrat – ia tiada tulang belakang. Ia juga artropod – ia memiliki rangka luar dan kakinya bersendi.

Tubuh labah-labah ada dua bahagian – kepala dan abdomen. Ia memiliki lapan mata di kepalanya; dan memiliki empat pasang kaki di bahagian abdomennya, yang adalah lebih besar daripada kepalanya.

Labah-labah terkenal dengan sarangnya yang berlingkaran untuk menangkap serangga. Sarangnya dihasilkan oleh benang sutera halus yang dihasilkan oleh spineret di bahagian abdomennya. Sutera itu dirembeskan dalam bentuk cecair, yang akan mengeras ketika terdedah kepada udara. Sapu bersih suatu sarang pada hari ini, dan pada hari esok ada suatu sarang lagi. Sesetengah spesies menenun payung terjun untuk dihanyut angin ke tempat yang jauh. Rekabentuk, corak, dan struktur sarang lelabah menyatakan kepandaian yang luar biasa daripada Allah.

Nabi Agur yang berhikmah, oleh ilham daripada Penciptamu, ingin kamu tahu dua perkara tentang labah-labah. Ia berpegang teguh dengan tangannya (kesemua lapan tangan yang dia ada), dan ia berada di istana-istana raja. Walaupun banyak usaha dibuat untuk mencegah labah-labah masuk ke istana, ia masih ditemui di sana. Daripada kedua-dua pemerhatian ini, kamu dapat belajar pelajaran yang mengajarmu hikmah untuk kejayaan. Kesetiaan dan ketekunan dalam sesuatu tugas, meskipun mengharungi banyak percanggahan dan kesukaran, akan lama-kelamaan membawa kejayaan dan ganjaran yang cukup besar.

Ketika kamu ada tugas untuk dilaksanakan, pakailah tanganmu untuk melakukannya. Kalau ia tugas yang berulang-ulang, kekal pakai tanganmu untuk melakukannya. Jangan berhenti. Ambil objek yang kemudian dengan tanganmu dan laksanakan proses yang wajib kepadanya. Jangan lipat tangan atau memasukkannya ke dalam kocek seperti si lamban (Ams 6:10; 19:24; 24:33; 26:15; Pkh 4:5). Orang malas sedemikian berakhir dalam kemiskinan.

Orang langsung tidak membantu atau menyokong labah-labah, dan mereka melakukan sebanyak semungkin untuk mencegah kerja dan kehidupannya. Labah-labah didiskriminasikan selalu, dan ia ada banyak alasan untuk rasa kecewa. Tetapi ia tidak mengadu, mencari perbicaraan mahkamah, atau putus asa. Ia terus memegang teguh dengan tangannya, dan ia tidak putus asa kerana kesukaran, percanggahan, atau masalah.

Cara perempuan memakai tangan menyatakan akhlaknya. Tangan seorang perempuan yang berakhlak mulia kurang kali tenang, kerana ada banyak kerja untuk dilaksanakan olehnya (Ams 31:13,19-20). Kamu boleh menemui perempuan sebegini dengan anak-anaknya yang berpakaian kemas, rumah yang bersih dan yang teratur, dan sarapan dengan hidangan yang cemerlang. Perempuan yang ada tangan yang tekun haruslah diganjari (Ams 31:16,31).

Jika kamu memakai tanganmu dengan tekun, kamu juga akan akhirnya berada di istana raja, kerana raja dan para pembesar ingin orang tekun untuk bekerja untuk mereka (Ams 22:29; 1Raj 11:28). Tangan yang lamban dan yang malas membawa ke kepapaan, tetapi tangan yang tekun membawa ke kekayaan (Ams 10:4; 12:14,24; 14:1; 21:25; 26:6; Pkh 10:18). Peraturan mudah ini yang menyatakan orang yang rajin dan cekal hati akan dinaikkan pangkat adalah hukum labah-labah. Jika kamu ingin mengatasi orang ramai, maka kamu harus bekerja seperti labah-labah.

Adakah kamu setanding dengan labah-labah pada hari ini, hai pembaca? Apakah tugas yang ada dihadapanmu? Pegangnya teguh dan laksanakannya. Siapkannya. Jika usaha pertamamu sudah gagal, cuba sekali lagi. Seperti yang Solomo telah tulis di tempat yang lain, “Apa pun yang ditemui tanganmu untuk buat, perbuatlah itu dengan sekuat tenagamu” (Pkh 9:10).