Amsal · Proverbs

30:29
Ada tiga hal yang melanjut dengan baik, ya, empat sungguh elok pelanjutannya:

Berapa pentingnya penampilan? Bagaimanakah kamu menampilkan diri dalam kesopanan, perangai, dan kelakuan? Ia tidak cukup untuk berbuat betul dan menjadi berhikmah, sebab kamu juga patut menarik dan menyenang dengan cara kamu mengamalkan kedua-duanya. Adakah kamu menghiasi nilai-nilai murni dengan kesopanan yang menarik?

Nabi Agur yang berilham telah memakai set empat benda untuk mengajar Itiel dan Ukal (Ams 30:1). Dia telah mengajar empat pelajaran hikmah praktikal yang sungguh besar daripada empat makhluk yang kecil – semut, arnab, belalang juta, dan labah-labah (Ams 30:24-28). Kemudian dia maju kepada perkara penampilan akan makhluk-makhluk lain.

Allah telah menciptakan segalanya dalam hikmahnya yang tidak terhingga, maka ia melibatkan pelajaran-pelajaran bagi manusia (Ayb 12:7-10). Lelaki dan perempuan hebat bukan sahaja hidup dengan wajar dan berhikmah menurut kebenaran tetapi juga memperlakukan diri mereka dengan cara untuk menambahkan kekilauan dan keyakinan kepada kesalihan. Ia sungguh malu bahawa banyak orang Kristian mengaibkan agama mereka dengan kesilapan tatatertib sosial atau kelakuan tidak beradab.

Di sinilah empat perkara yang elok dalam perlanjutannya – indah dalam penampilan, pergerakan, dan perangai (Ams 30:29-31). Ia memang mengagumkan dan mulia dalam hal memakai kurniaan mereka dan memainkan peranan mereka yang telah diberi Allah kepada mereka. Jika kamu merenung dengan meneliti akan empat makhluk ini dan ciri-ciri mereka yang unik, adanya pelajaran-pelajaran hikmah untuk diperoleh (Ams 30:24; Maz 107:43; 119:96).

Pertimbangkan singa – singa jantan dengan saiznya yang lebih besar dan penampilannya yang diraja. Keindahannya dan kekuatan besarnya dan ketabahannya menjadi penampilan dirinya. Kepalanya dan surainya sungguh mulia. Dia menjadi pandangan yang indah dan yang menggentarkan. Dia ada gaya jalan yang berani dan yang agung, yang menunjukkan ketabahan; dia tidak takut akan mana-mana makhluk, dan dia tidak berpaling daripada mana-mana makhluk (Ams 30:30). Dia raja kepada binatang-binatang dan menggambarkan ketabahan, keyakinan, dan ketabahan.

Pertimbangkan anjing greyhound. Ia anjing yang susuk badannya langsing, dengan pinggangnya diikat dengan ketat untuk berlari dengan kelajuan yang sungguh cemerlang. Dengan kaki dan ekor yang panjang, otot yang padat, dan perawakan yang langsung, anjing greyhound sungguh menarik, laju, dan tangkas. Ia elok di dalam perlanjutannya, sama ada berjalan dengan gaya tampan atau dengan tangkas mengejar arnab di ladang terbuka, dan itu merupakan suatu tugas yang hanya dapat ditandingi seekor citah. Dia anjing yang paling laju, dan dia memang sesuai untuk menggambarkan ketangkasan dan kelajuan untuk tugasan.

Pertimbangkan kambing jantan. Ingat arahan Agur untuk memandang kepada gaya perlanjutan eloknya. Dengan janggut yang panjang, tanduk yang agung sekali, dan kehadirannya selalu di barisan depan kawanan, kambing jantan mempersembahkan suatu gambar yang kuat akan kepimpinan yang serius dan yang keterkawalan. Semua orang tahu bahawa kambing jantan selalu berada di depan kawanan (Yer 50:8). Kambing jantan ialah pemandu dan pelindung yang sungguh cemerlang, dan ia menggambarkan keindahan seorang pemimpin yang setia dan yang berkuasa baka lelaki.

Pertimbangkan raja yang tidak terkalahkan. Para penguasa bangsa-bangsa pada zaman kini ada kekuasaan yang kurang kalau dibandingkan dengan raja tersebut. Seorang raja tidak diundi masuk ke dalam jawatannya; raja tidak berjawab kepada mana-mana orang kecuali Allah; para penentang pun tidak melukis gambar kartun biadap tentangnya; dia tidak berjabat tangan atau mencium bayi. Mukanya dan suaranya menyebabkan para penjenayah untuk gementar (Ams 16:14-15; 19:12; 20:2,8,26; Pkh 8:2-5). Dia menghancurkan segala kejahatan di alam kerajaannya (Ams 14:35; 16:10; 20:8,26; 29:14). Ciri yang harus mengagumkanmu ialah ketidakterkalahkannya dan ketidaktergoncangkannya, dan itu menggambarkan bagaimana kekuasaan di dalam jawatan harus digiatkan.

Apakah pelajaran-pelajaran yang dapat diperoleh daripada senarai ini daripada ciptaan alam semula jadi? Pertama, Tuhan Yesus Kristus menggenapi ciri-ciri tersebut dengan sempurna; dan kedua, orang Kristian juga harus berusaha untuk menggenapinya. Pelajaran-pelajaran Agur adalah untuk lelaki, maka Lelaki Sempurna Kristus Yesus akan memiliki ciri-ciri itu dengan kadar yang lebih tinggi dariapda mana-mana lelaki yang lain. Pandanglah kepada Yesus Kristus untuk melihat penampilan yang paling sempurna.

Tuhan Yesus Kristus ialah Singa suku kaum Yehuda dan tidak berpaling daripada sesiapa pun (Wah 5:5). Dia seperti anjing greyhound, sebab dia tangkas dalam pemahaman (Yes 11:3) dan dengan lekas akan datang (Wah 2:5,16; 3:11; 22:7,12,20). Dia memimpin umatNya, sebagai Rasul mereka, Biskop mereka, dan Imam Besar mereka, Satu-satunya Yang Berbahagia dan Yang Diraja (1Tim 6:13-16)! Haleluya! Amin!

Tidak cukup untuk dirimu hanya benar: kamu juga harus elok dalam perlanjutanmu, dan menambahkan keindahan dan kebudian kepada setiap tindakan. Ia perangai yang elok dalam tugas-tugas bahawa orang Kristian menambahkan kemuliaan dan pujian kepada agama mereka. Tugas dan kewajaran adalah cemerlang, tetapi cara kesopanan dan semangat yang dipakai untuk melaksanakan tugas itu menambah kepada keindahannya (Ams 22:11; Mat 5:16; 1Kor 13:5; Gal 4:18; 5:6; Flp 1:27; Tit 2:1,9-20)! Hai orang Kristian, adakah kamu elok dalam perlanjutanmu?

Adakah kamu tabah hati dan tidak takut seperti singa untuk melakukan tugas-tugas Kristian kamu, tidak kira apa pun penentangan atau ancaman (Ams 28:1; Ayb 32:1-14; Maz 119:98-100; Ibr 13:6)? Adakah kamu tangkas untuk mematuhi perintah-perintah Allah, seperti anjing greyhound (Maz 119:60; Gal 1:15-17)? Adakah kamu seorang pemimpin secara teladan di dalam perkahwinanmu, keluargamu, dan gerejamu seperti kambing jantan (1Kor 16:13; Efe 4:16; 6:4)? Adakah kamu tidak tergoncangkan seperti raja yang hebat, dalam hal mempertahankan kekuasaan, kewajaran dan injil rasuli yang ditahbiskan Allah (Ams 22:17-21; 1Pet 3:15; Yud 1:3)?

Hai orang Kristian, satu-satunya Allah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Benar, iaitu Jehovah yang disebut Alkitab, telah mengangkatmu sebagai anakNya, dan melalui Yesus Kristus telah menjadikanmu raja dan imam (1Yoh 3:1; Ibr 2:12; Wah 1:4-6). Adakah kamu menampilkan diri dengan cara sehingga memuliakan Allah dan menyebabkan orang lain memuliakan Dia melalui perangaimu, kelakuanmu, dan tindakanmu (Mat 5:16; 1Kor 10:31-33; 1Pet 2:12)? Allah dengan berbelas kasihan telah memberimu keistimewaan-keistimewaan yang sungguh besar. Rebutlah kesempatan itu untuk untuk menghiasi injilNya (Tit 2:1-10)!

Nabi yang berilham ini telah memakai empat makhluk Allah yang elok perlanjutannya – indah dalam penampilan, pergerakan, dan perangai (Ams 30:29-31). Ia sungguh mengagumkan dan mulia untuk melaksanakan kurnia dan peranan yang telah diberi kepada mereka oleh Allah. Jika kamu merenung dengan teliti akan empat makhluk ini dan ciri-ciri mereka yang unik, kamu akan belajar hikmah menambah penampilan kepada perlaksanaan semata-mata akan kesalihan dan hikmah. Tampilkanlah dirimu dengan elok pada hari ini!