30:3
Tidak kupelajari hikmah, dan juga tidak kumiliki pengetahuan akan apa yang kudus.
Kerendahan hati mendahului kehormatan. Allah hanya mengangkat orang yang merendahkan diri. Hikmah dan pengetahuan hanya diberi kepada orang yang akan mengaku bahawa mereka tidak tahu apa pun tanpa Dia. Kamu boleh membuat perubahan yang luar biasa dalam kehidupanmu sekarang juga dengan belajar pelajaran ini untuk memperoleh berkat Dia.
Nabi Agur yang berhikmah sudah menyurat, “Aku pasti lebih kebinatangan daripada sesiapa yang lain, dan ketiadaan pemahaman seorang manusia” (Ams 30:1-2). Kemudian dia menambahkan kata-kata yang sekarang dibacamu di sini. Gabungan dua ayat ini menunjukkan kerendahan hati sebagai kewajiban asas untuk memperoleh hikmah. Pelihat yang berilham ini memakai kata-kata ini untuk merendahkan kedudukannya kepada tahap kebergantungan penuh kepada Allah.
Salomo telah memetik daripada Daud, “Hikmah ialah apa yang utama; maka perolehlah hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu perolehlah pemahaman” (Ams 4:7). Matlamat kehidupan yang paling tinggi ialah hikmah. Tetapi hanya segelintir orang yang akan mengejarnya dengan menuruti peraturan Allah. Hanya mereka itulah yang akan memperolehnya. Hikmah bermula dengan mengakui bahawa kamu tidak tahu apa-apa. Allah kemudian akan memberi banyak hikmah kepada orang yang rendah hati sebegitu (1Kor 3:18-20).
Hikmah adalah hanya untuk beberapa orang yang terpilih – orang yang mengaku langsung tidak tahu apa-apa. Adakah ini terlalu sukar untuk diperakuimu? Usahlah khuatir! Kamu berada bersama majoriti besar yang sedang berasak-asak melalui pintu gerbang lebar untuk mengembara di jalan luas yang membawa kepada kebebalan dan kebinasaan. Hanya ada segelintir orang yang memakai rahmat Allah untuk merendahkan diri dan menjadi betul-betul berhikmah lalu memenuhi panggilan mereka yang tertinggi dalam kehidupan.
Jika adanya orang yang ada keyakinan besar atau fikiran tinggi tentang dirinya sendiri, Allah yang Maha Besar akan menjatuhkannya ke paras orang dungu yang bebal, iaitu tempat yang dia berada sepanjang masa itu, tetapi belum lagi sedar akan itu. Kerendahan hati ialah pengakuan akan kebenaran hakikat-hakikat yang serius dan yang penting ini – kamu kosong sahaja dan bukan apa-apa, dan Yang Maha Tinggi ialah segala-galanya. Di sinilah garis permulaan untuk hikmah dan kehebatan.
Amsal ini mengandungi kata-kata orang yang paling berhikmah di dunia – kata-kata berilham yang hebat. Dambakanlah kata-kata ini dan erti yang mendalam ke lubuk hati yang ada di sebaliknya. Tanggalkanlah daripada jiwamu keyakinan diri sendiri sehingga kamu percaya akan kata-kata ini tentang dirimu sendiri. Jadilah seorang bebal! Lagi jahil dirimu lagi baik! Semakin kamu merendahkan dirimu dengan jujur, semakin tinggi Allah akan mengangkatmu.
Kerendahan hati ialah kunci untuk membuka gudang-gudang perbendaharaan Syurga bagi hikmah. Jika kamu tidak dengan tulus menurun dan merendahkan dirimu di hadapan Allah dan manusia, maka secebis sisa hikmah pun tidak akan ditemuimu. Kamu akan membazir kehidupanmu yang sia-sia itu dengan menarik nafas wasap kebebalan manusia, yang akan membius dirimu sehingga merosot ke dalam kehitaman kegelapan untuk selama-lamanya (Ams 26:12).
Pertimbangkan hikmahmu. Kamu sampai ke bumi secara mengotorkan diri. Tempoh 4 tahun dipakai sehingga kamu pandai mewarna di dalam garisan, tujuh tahun untuk menunggang basikal, enam belas untuk memandu kereta, dua puluh satu supaya dapat dipercayakan minuman wain, empat puluh tahun untuk sedar dirimu tidak abadi, enam puluh tahun untuk tahu kamu sudah membazir tempoh hayatmu. Kamu akan menemui Allah yang marah dengan keadaan yang tidak sedia. Dan kamu masih memikir dirimu sendiri berhikmah? Ia mungkin lebih baik jika kamu tidak pernah dilahirkan.
Belajarlah pelajarannya! Rendahkan diri! Sekarang! Hapuskanlah dirimu. Anggap cemar pendapat-pendapatmu. Kutukilah keyakinanmu. Binasakanlah fikiranmu. Buang kepandaianmu. Hafal amsal ini dan ulanginya kepada Allah dan kepada semua manusia. Ia satu-satunya harapanmu. Rayulah kepada Allah yang berbahagia untuk belas kasihan.
TUHAN, yang namanya Cemburu, ialah Allah yang cemburu (Kel 34:14). “Allah cemburu, dan TUHAN membalas dendam; TUHAN membalas dendam, dan meradang; TUHAN akan membalas dendam terhadap para penentangnya, dan dia menyimpan murka bagi musuh-musuhnya” (Nah 1:2). Dia membenci sikap mengasihi dirimu sendiri; Dia membenci keangkuhanmu yang bongkak dan pendapat-pendapatmu yang tinggi; Dia akan menjatuhkanmu.
Apa pun perbezaan yang ada di antara dirimu dengan orang lain adalah melalui pilihanNya. Apa pun yang ada pada dirimu, yang sebenarnya bukan apa pun kecuali kesia-siaan, telah diberi kepadamu oleh Allah sendiri. Mengapakah kamu berfikir dan berucap tentang itu seakan-akan dirimu sendiri yang telah memilih atau mengusahakannya (Ams 25:27; 1Kor 4:7)? Rendahkanlah dirimu! Fikir secara terkawal tentang dirimu! Jangan fikir sebegitu tinggi tentang dirimu (Rom 12:3; Gal 6:3; 2Kor 10:12).
Daud berkata, “TUHAN, hatiku tidak bongkak, dan mataku tidak menyombong: aku juga tidak menggiatkan diri dalam hal-hal yang besar, atau dalam hal yang terlalu tinggi bagiku” (Maz 131:1). Orang yang mengejar hati Allah, iaitu orang yang penuh dengan kecemerlangan pencapaian dan sanjungan sedunia, telah menyangkal hikmahnya sendiri. Jadi, Allah memberinya hikmah sejati dengan kelimpahan (1Sam 18:5; 14-15, 30; 2Sam 14:20).
Salomo yang muda berkata, “Aku hanya seorang budak kecil: Aku tidak tahu bagaimana beralih keluar dan beralih masuk”. Dia sebenarnya berumur dua puluh tahun dengan adanya pendidikan dan para penasihat yang paling hebat di dunia. Tetapi dia tahu kebenaran hakikatnya – dalam sifat semula jadinya, dia seorang bebal dalam segala hal yang penting, kerana pengaruh dosa yang membutakan dan yang memperdayakan dirinya dalam hatinya (Yes 44:20; Yer 17:9).
Kerendahan hati ialah kunci kepada apa yang utama. Agur mula mengajar hikmah dengan mengaku kejahilan yang genap. Kunci kepada hikmah ialah kerendahan hati – penolakan fikiranmu untuk menerima arahan Allah sepenuh-penuhnya. Cara yang kamu terima arahan ialah salah satu tanda yang paling elok untuk mengenalpastikan kejayaan masa depanmu (Ams 15:31-32). Selidikilah dirimu sendiri. Apakah keadaan dirimu?
Kalau kamu bersandar kepada pemahamanmu sendiri, kamu akan diputuskan daripada cebisan-cebisan sisa pun. Jika kamu membinasakan fikiranmu yang tinggi hati dan jatuh tersungkur di hadapan Allah, Dia akan mencurahkan berkat hikmah dengan murah hati kepadamu (Yak 1:5). Hikmah sejati adalah semata-mata untuk menolak segala pendapat – termasuk pendapatmu – untuk mengabdikan diri sendiri kepada FirmanNya (Ams 3:5-6; Maz 119:128; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17).
Yesus telah mengajar bahawa orang yang paling besar ialah orang yang merendahkan dirinya sampai ke tahap kanak-kanak (Mat 18:1-4). Allah menentang sesiapa pun yang tidak akan berbuat sedemikian (Yak 4:6). Di hadapan Yesus Kristus, perbuatan merendahkan dirimu patutlah mudah sahaja. Ucaplah dengan tulus bersama Yohanes Pembaptis, iaitu manusia yang paling hebat yang pernah dilahirkan perempuan, “Dia harus semakin bertambah, tetapi aku harus semakin berkurang” (Yoh 3:30).