30:4
Siapakah yang telah naik ke syurga, atau turun? siapakah yang telah mengumpulkan angin ke dalam genggam tangannya? siapakah yang telah mengikat lautan dalam pakaian? siapakah yang telah memantapkan seluruh hujung bumi? siapakah namanya, dan siapakah nama anaknya, jika kamu dapat tahu?
Siapakah yang dapat mencari hikmah? Tak seorang pun! Tak seorang yang mungkin! Allah yang harus menyatakan hikmah kepada orang. Paulus telah berkata, “ Sebab siapa gerangan yang mengenal hal-hal seorang manusia, kecuali roh manusia itu yang ada di dalamnya? demikian juga hal-hal Allah tidak dikenali manusia, kecuali Roh Allah” (1Kor 2:11).
Rasionalisasi atau kaedah saintifik adalah tidak bernilai bagi hikmah atau kebenaran. Pengetahuan sejati dan pemahaman hanya adalah melalui wahyu yang diilhamkan Allah. Manusia tidak tahu apa pun yang penting tanpa Allah menyatakannya kepada dia. Janganlah percaya kepada manusia. Taruh seluruh kepercayaanmu kepada TUHAN. Pergi kepadaNya dan firmanNya untuk hikmah yang tersembunyi dan untuk misteri-misteri alam semesta (1Kor 2:6-10).
Amsal 30 ialah lampiran kepada amsal-amsal Salomo. Agur, seorang ahli hikmah, telah mengajar Itiel dan Ukal (Ams 30:1). Pelajaran-pelajarannya ialah hikmah yang diilhamkan Allah, sebab ia dipanggil sebagai “nubuatan” (Ams 30:1; 31:1). Dia telah memperkenalkan pelajaran-pelajarannya dengan awal-awal mengakui kejahilannya yang besar (Ams 30:2-3), dan kemudian membuktikan ketidakmampuan manusia untuk mencari Allah dan hikmah (Ams 30:40), dan akhirnya mentakrifkan keperluan dan kecukupan mutlak Alkitab (Ams 30:5-6).
Tujuh soalan retorik dalam amsal ini membuktikan bahawa tidak seorang pun yang dapat mencariAllah atau hikmah dengan usaha manusia. Jawapan kepada setiap soalan sudah tentulah negatif. Tidak seorang pun yang pernah ke syurga, atau kembali semula, atau pernah menakluki unsur-unsur alam semula jadi untuk belajar jalan-jalan dan hikmah Allah. Agur telah mengepung Itiel dan Ukal untuk memperakui oleh penaakulan benar bahawa tidak ada seorang pun yang berupaya. Mereka tidak dapat menamakan sesiapa pun yang pernah melakukan hal sedemikian, dan mereka tidak dapat menamakan anak lelakinya.
Agur kemudian maju untuk mengajar bahawa setiap firman yang diilhamkan Allah adalah murni dan perlu (Ams 30:5). Sepatah perkataan pun tidak boleh dipadamkan atau dikurangkan. Menaruh percaya kepada Allah dan firmanNya ialah pertahanan yang pasti terhadap bahaya-bahaya di dalam dunia ini atau dunia yang akan datang. Lagi pula, kata-kata manusia tidak harus ditambahkan, sebab ini akan merosakkan firman Allah, dan Dia akan beroleh marah (Ams 30:6). Jika kamu tiada keyakinan dalam Alkitab yang sempurna sampai ke tahap perkataan, kamu benar-benar buta dan sesat.
Tujuh soalan yang retorik itu ialah alat untuk mengajar ketidakmampuan manusia untuk menemui kebenaran benar dan hikmah alam semesta. Sementara pengetahuan dan pemahaman ada bersama Allah, siapakah gerangan manusia yang pernah naik ke syurga untuk mempelajarinya, atau kembali semula ke bumi untuk mengajarnya? Tidak seorang pun! Setelah mengakui kejahilannya sendiri (Ams 30:2-3), Agur memakai soalan-soalan tersebut untuk mengutuk semua manusia sebagai jahil (Ams 30:4). Hikmah adalah di luar pencapaian manusia yang fana.
Pertimbangkan tiga soalan yang sungguh serupa. “O, alangkah dalamnya kekayaan kedua-dua hikmah dan pengetahuan Allah! betapa tidak terselidiki penghakiman-penghakimannya, dan jalan-jalannya tidak terselami! Sebab siapakah yang pernah mengenal minda Tuhan? atau siapakah yang pernah menjadi penasihatnya? Atau siapakah yang pertama-tama memberi kepadanya, dan supaya mendapatkan pampasan semula? Sebab daripada dia, dan melalui dia, dan kepada dia, adalah segala sesuatu: Baginyalah kemuliaan untuk selama-lamanya. Amin” (Rom 11:33-36).
Tujuh soalan tidak dengan sembarangan dijawab dengan jawapan, “Allah”. Dua soalan yang pertama berada dalam kala sempurna, yang menghalangnya daripada menjadi suatu nubuat tentang Kristus. Dan ia juga tidak dapat merujuk kepada Allah, sebab Dia mengisi syurga dan bumi (Yer 23:24). Dia tidak pernah naik atau turun, sebab Dia sama sekali hadir di kedua-dua tempat itu serentak. Dan apakah kaitan kenaikkanNya atau penurunanNya dengan pengetahuan, pemahaman, dan hikmah? Langsung tiada kaitan!
Dua soalan yang pertama juga dihubungkan dengan kata penghubung setara, “atau”, yang dengan positif menandakan suatu pengandaian alternatif. Adakah Allah naik? Atau adakah Allah turun? Mengaitkan soalan-soalan itu kepada Allah menimbulkan kekeliruan. Soalan-soalan itu lebih berkaitan tentang manusia secara retorik. Tidak pernah seorang manusia ke syurga untuk mendapatkan hikmah, dan tidak pernah juga seorang manusia datang dari syurga dengan itu. Agur telah mengajar Itiel dan Ukal kebergantungan besar manusia kepada Allah untuk hikmah.
Dia maju lebih lanjut untuk memalukan manusia di depan ciptaan Allah yang megah sekali. Siapakah, yang seperti Allah, mempunyai hikmah dan kuasa di tangannya untuk mengawal dan memakai angin? Tidak seorang pun! Allah telah menguji Ayub punya hikmah dan kuasa yang lemah itu dengan memakai pertimbangan angin (Ayb 37:14-24). Dan Daud dan Yeremia juga memakai ketidakmungkinan yang sama itu (Maz 135:5-7; Yer 10:13; 51:16).
Siapakah yang seperti Allah mempunyai hikmah dan kuasa untuk mengumpulkan sukatan air yang besar di awan? Tidak seorang pun! Allah menguji Ayub punya hikmah dan kuasa yang lemah itu dengan memakai pertimbangan air di dalam awan (Ayb 36:24-33; 37:11-24; 38:33-37). Dan Daud dan Yeremia memakai ketidakmungkinan yang sama untuk meninggalkan manusia kebinggungan bagi hal hikmah (Maz 135:5-7; 147:7-8; Yer 10:13; 51:16).
Siapakah yang seperti Allah yang mempunyai hikmah dan kuasa untuk memantapkan seluruh hujung bumi, yakni untuk meletakkan dasar dan membina atasnya? Tidak seorang pun! Allah menguji Ayub punya hikmah dan kuasa yang lemah itu dengan memakai pertimbangan-pertimbangan yang serupa dengan itu (Ayb 38:4-7). Dan Salomo membentangkan hujahannya tentang nilai hikmah yang besar dengan menyatakan Allah memakai hikmah untuk menciptakan dunia dan mendirikan gunung (Ams 8:25-26).
Mungkinkah adanya orang sedemikian? Tidak, seorang pun langsung tidak! Agur menekan lebih lanjut. Jika adanya manusia sedemikian, apakah nama anaknya? Jika seseorang sudah naik ke syurga dan menemui hikmah, maka sudah tentulah dia naik bersama anak lelakinya. Mereka harus menjawab soalan itu dengan jawapan yang negatif. Tidak seorang pun baik lelaki mahupun anak lelaki yang tahu atau faham hal-hal demikian. Ia terlalu tinggi dan terlalu ajaib bagi manusia (Maz 131:1).
Tujuh soalan itu tidak harus dijawab sembarangan dengan jawapan, “Allah”. Tiga soalan di tengah-tengah memang benar tentang Allah, tetapi itu bukan maksud hujahan Agur. Kamu dapat melihat di atas bahawa dua soalan yang pertama membentuk suatu pengandaian alternatif. Dua soalan yang terakhir menimbulkan suatu kesukaran yang tidak dapat dijawab. Apakah yang dipelajari dengan memasang “Allah” dan “Yesus” sebagai jawapan? Tidak ada apa pun yang dipelajari! Agur mengajar bahawa tidak perna seorang manusia atau anak lelaki yang mempunyai hikmah Allah Yang Maha Bahagia, Yang telah menciptakan segalanya oleh pemahaman.
Manusia tiada pengetahuan atau hikmah bagi dirinya sendiri, dan dia tidak dapat menemui pengetahuan Allah atau hikmah oleh dirinya sendiri (Yes 8:20). Agur tahu itu benar bagi dirinya sendiri dan bagi segala manusia, maka dia meyakinkan murid-muridnya dengan soalan-soalan retorik tersebut. Hikmah ialah hal wahyu: Allah harus memberinya oleh ilham (Ula 29:29). Dan Agur akan menamatkan pengenalannya dengan mengenalpasti hikmah yang sempurna itu ada di dalam kata-kata ilham Allah yang terkandung di dalam firman (Ams 30:5-6).
Hikmah Allah terlalu tinggi untuk dicapai manusia (Ayb 11:5-12). Meskipun manusia mencari dan menyelami di banyak tempat, dia tidak akan menemuinya dengan apa pun cara yang alamiah (Ayb 28:12-28). Hikmah Allah dinyatakan secara luar biasa melalui ilham, dan kemudian manusia tidak memerlukan perjalanan ke syurga atau melintasi lautan untuk mencari hikmah (Ula 30:11-14; Rom 10:6-8). Oleh sebab itu, ia tidak hairanlah bahawa Daud menganggap firman Allah begitu menyukakan dirinya dan begitu berharga kepada dirinya (Maz 19:7-11).
Orang yang nampak bayangan bahasa tentang hal penjanaan Anak dari kekekalan di sini hanya telah menemui suatu khayalan. Usaha-usaha mereka yang terdesak untuk menyokong khayalan Origen sekali lagi di sini didapati kekurangan. Allah belum lagi mempunyai seorang anak lelaki, sebab Firman belum lagi dijadikan daging (Luk 1:35; Yoh 1:14). Daud dan Yesaya tahu bahawa Anak Allah berada di masa depan (Maz 89:19-37; Yes 7:14; 9:6). Seperti di dalam personifikasi hikmah (Ams 8:22-31), banyak orang yang mencari bayangan-bayangan bahasa mistik atau ilusi rohani sementara memang tiada peruntukkan untuk itu di sini.
Soalan-soalan retorik sudah tidak masuk akal jika ia dijawab semata-mata dengan jawapan, “Allah”. Allah dan namaNya Jehovah sungguh benar dikenali oleh ketiga-tiga orang itu (Ams 30:5,9). Agur tidak mengajar Itiel dan Ukal bahawa Allah telah menciptakan angin, awan, dan bumi. Mereka sudah tahu itu. Dia mengajar mereka bahawa tidak ada seorang manusia pun yang ada hikmah yang menandingi Allah Pencipta. Ia suatu keistimewaan dan tugas kita untuk melihat kata pujangga yang ada dalam amsal ini (Ams 1:6), dan bukan soalan-soalan yang kebudakan.
Sementara Allah sahaja yang ada hikmah yang tidak terhingga yang dimaksudkan amsal kita ini, orang yang berhemat akan menghargai dan mencintai setiap perkataan FirmanNya yang berilham (Ams 30:5-6; Mat 4:4). Sementara setiap perkataan adalah murni, kamu tidak boleh menolak mana-mana satu perkataan pun (Ams 30:5). Dan kamu diberitahu supaya tidak menokok tambah dengan kata-katamu sendiri (Ams 30:6). Jangan menolak perkataan daripada firman atau menambah perkataan kepada firman (Ula 4:2; 12:32; Wah 22:18-29). Pegang teguhlah kepada Alkitab yang sempurna ke tahap perkataan dan peganglah setiap ketetapan yang ada di dalamnya (Maz 119:128).
Tidak seorang pun yang boleh naik ke syurga, atau turun dari situ, untuk memperoleh hikmah. Tetapi Yesus telah turun dan kemudian naik untuk duduk di sebelah tangan kanan Allah (Yoh 3:13; Efe 4:9). Dia menjadikan segalanya oleh kuasaNya; olehNya segalanya wujud; dan Dia mengekalkan segalanya oleh firman kuasaNya (Yoh 1:3; Kol 1:17; Ibr 1:3). Di dalamNya tersembunyi segala harta berharga hikmah dan pengetahuan, dan Dia telah dijadikan hikmah bagi setiap orang pilihan (Kol 2:3; 1Kor 1:30-31).