Amsal · Proverbs

30:2
Aku pasti lebih kebinatangan daripada sesiapa yang lain, dan ketiadaan pemahaman seorang manusia.

Kata-kata kasar dan kritikal ini merupakan kunci kepada hikmah. Inilah kata-kata seorang nabi. Akankah kamu merendahkan dirimu sendiri sedemikian untuk memperoleh hikmah? Allah tahu kamu bebal, jadi lebih cepat kamu mengakuinya, lebih cepat Dia akan memberi kamu hikmah. Inilah cara Salomo menjadi berhikmah.

Apabila Allah menawar kepada Salomo yang muda itu apa sahaja yang diinginkannya, Salomo secara rendah hati menyatakan bahawa dia seorang budak dalam pemahaman lalu mohon untuk hikmah (1Raj 3:5-9). Allah memberkati permohonan yang sempurna ini dengan berkat pemahaman dan berkat-berkat besar yang lain juga (1Raj 3:1-13).

Cara yang paling cepat untuk menjadi berhikmah adalah dengan menganggap diri sendiri sebagai seorang bebal; Allah menahan orang angkuh, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati (1Kor 3:18-20; Yak 4:6,10). Cara yang paling cepat untuk menjadi bebal adalah dengan memikirkan diri sendiri bijak, sebab Allah akan membinasakan yang angkuh (Ams 26:12; Yes 5:21; Rom 1:20-25; 1Kor 1:19-21; Gal 6:3).

Amsal ini ditulis oleh nabi Agur (Ams 30:1). Dan tulisannya ini mendedahkan semangatnya yang rendah hati dan fikirannya yang sederhana dalam hal mengajar dua muridnya, Itiel dan Ukal. Dia telah memakai perkataan “pasti” untuk memperkuatkan pengakuan kejahilannya sendiri. Tetapi apakah maksud “kebinatangan”?

Kebinatangan. Berkenaan dengan binatang yang rendah dibandingkan dengan manusia. Kekurangan kepandaian dan gagal untuk menaakul atau membuat pertimbangan: lembap, tidak rasional, tidak beradab, bodoh.

Agur membuat pengenalan arahan-arahannya kepada para muridnya dengan menuntut bahawa dia lebih jahil daripada sesiapa orang yang lain, seperti seekor binatang; dan tiada kerendahan hati yang palsu di sini, sebab dia telah menulis dengan ilham kenabian.

Nabi Agur dan Raja Salomo tidak bersendirian, sebab semangat yang sama ini juga hadir di dalam Musa (Bil 12:3), Elihu (Ayub 32:6-7), Daud (1Sam 18:23; Maz 131:1), Asaf (Maz 73:21-22), Yeremia (Yer 1:6), Daniel (Dan 2:30), Amos (7:14-15), dan Paulus (Efe 3:8).

Dapatkah kamu mengesan keseragaman itu? Hamba Allah yang hebat tidak menganggap diri sendiri berhikmah, sebab rahsia kejayaan mereka itu bergantung kepada kerendahan hati yang menyeluruh terhadap Pencipta dan Tuhan mereka. Inilah aturan Allah bagi fikiranmu (Rom 12:16), kerana inimembawaNya kemuliaan yang lebih besar (1Kor 1:27). Allah yang besar di syurga menghormati orang yang miskin di dalam roh dan yang sesal hati (Yes 57:15; 66:1-2).

Orang pada hari ini tidak dapat menangkap maksud kata-kata Agur, dan apatah lagi untuk menyebutkannya. Mereka telah mabuk dengan dusta harga diri dan mengasihi diri sendiri, sehingga mereka tidak mampu dan tidak dapat melihat kenyataan benar diri mereka sendiri. Biarlah Allah dengan Roh dan firmanNya merendahkanmu pada hari ini dan menyelamatkanmu daripada kebebalan narsisistik dan ajaran sesat sedemikian. Manusia di dalam keadaannya yang paling baik pun adalah sia-sia sepenuhnya (Maz 39:5).

Keangkuhan itu suatu jenayah dan dosa yang buruk. Allah membencikannya, tetapi Dia akan memberi hikmah kepada yang rendah hati. “Ketika keangkuhan menjelang, maka keaiban pun menjelang: tetapi bagi yang rendah hati ialah hikmah.” (Ams 11:2). “Hanya oleh keangkuhan datangnya perbalahan: tetapi yang telah dinasihati dengan baik datangnya hikmah” (Ams 13:10). Nebukadnezar, raja yang hebat itu, telah belajar dengan cara keras bahawa Allah akan merendahkan yang angkuh (Dan 4:37).

Tetapi Allah akan memberkati yang miskin di dalam roh dengan kekayaan hikmah dan berkat-berkat rohani yang lain (Mat 5:3; Luk 6:24). Orang yang berkata, “Aku tidak tahu nak buat apa” boleh berdiam dan melihat Allah bekerja baginya (2Taw 20:12,17). Pergilah kepadaNya secara sedemikian pada hari ini dan jadi berhikmah. Unsur yang paling perlu bagi kamu menjadi berhikmah adalah untuk menjadi rendah hati dahulu. Allah gemar akan kerendahan hati.

Banyak yang mengidam-idamkan tawaran seperti yang telah Allah beri kepada Salomo, tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka juga ada tawaran ini tertulis dan terkandung di Yakobus 1:5, yang menawarkan yang sama itu kepadamu oleh Allah, “Jika sesiapa di antara kalian kekurangan hikmah, biarlah dia bermohon kepada Allah, yang memberi kepada semua orang dengan murah hati, dan yang tidak marah; dan itu akan diberikan kepadanya” (Yak 1:5). Betapa ajaibnya janji ini! Adakah kamu mengingini hikmah? Bermohonlah untuk itu! Sekarang juga!

Kerendahan hati berkenaan hikmah ada batasannya. Tak sesiapa pun tahu apa pun secara sempurna seperti yang seharusnya dia tahu (1Kor 8:2), tetapi kamu harus menjawab dengan keyakinan ketika menjawab soalan atau berdepan dengan musuh (Ams 22:17-21; Ayub 32:6-14; 33:1-3; 36:1-4; Luk 1:3; 1Kor 14:20; 2Tim 3:17). Kebenaran dan hikmah kitab yang berilham itulah yang menjadi keyakinanmu, dan bukan dirimu sendiri.

Pernahkah wujud orang yang lebih rendah hati atau lebih bersikap suka menurut seperti Yesus Kristus? Tiada! Namun, Dia memiliki segala kekayaan hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Dia rendah hati, melarang usaha menonjolkan diri sendiri, dan tidak pernah meninggikan suaraNya di tengah-tengah jalan (Mat 11:29; 12:15-20). Di manakah dia sekarang? Ditinggikan dalam keagungan Maha Mulia dan kekuasaaan di tangan kanan Allah! Kasihilah dan pujilah Dia pada hari ini, dan ikutilah teladanNya yang sempurna akan kerendahan hati yang membawa kemuliaan.