31:13
Dia mencari bulu domba, dan pokok flaks, dan rela bekerja dengan tangannya.
Perempuan yang berakhlak mulia tidak terkecuali untuk menjadi ringan tangan dan bermandi peluh dalam kerja yang buruh. Dia tidak bersandiwara atau berpura-pura dalam peranannya. Dia tahu bahawa keberhasilan dan kekayaan bermula dengan tangannya, dan bukan dengan mulutnya. Walaupun berupaya memakai akalnya untuk menggandakan lagi keberhasilan aset-asetnya dan jerih lelahnya, dia langsung tidak ragu-ragu untuk menambahkan titik peluhnya kepada kekayaan keluarganya. Biar setiap perempuan yang malas atau yang dimanjakan merendahkan dirinya di hadapan hikmah Allah ini.
Di sinilah ciri-ciri perempuan yang sempurna, yang Raja Lemuel belajar daripada ibunya bagi usaha mencari isteri yang hebat (Ams 31:1,10). Kaum perempuan harus menerima hakikat bahawa seorang perempuan yang telah mengarang penjelasan yang bertahap tinggi ini (Ams 31:10-31), iaitu kalau-kalau kaum perempuan memikir bahawa tahap piawai itu terlalu tinggi, ciri-cirinya kekurangan glamor, atau ia menekankan seorang isteri sebagai pembantu suaminya. Allah telah menjadikan perempuan untuk lelaki, dan pembelajaran pelajaran ini ialah langkah pertama untuk menjadi perempuan yang hebat (Kej 2:18; 3:16; 1Kor 11:9).
Perempuan yang berakhlak mulia tidak memerlukan banyak bantuan. Dia sendiri mencari bahan-bahan mentah untuk membuat benda-benda yang berguna dan yang bernilai bagi keluarganya. Dia seorang pekerja yang rela – ceria dan puas hati – dia ada daya inisiatif untuk bekerja keras sendiri. Dia tidak perlu ditujah. Dia nampak keperluan lalu menggulungkan lengan bajunya dan menyerang projek itu. Dia tidak mengharapkan suaminya ketika suami balik dari tempat kerja; dia menyiapkan kerja-kerja tersebut supaya dapat meluangkan waktu petang dengan suaminya.
Seorang perempuan yang termanja-manja, sementara mudah melompat daripada kegiatan minum teh, kepada kegiatan membaca, dan kepada kegiatan melukis melanggari perintah Allah dan peranan perempuan. Sikap itu tidak dapat ditemui di dalam firman Allah atau di mana-mana masyarakat yang berhemat. Allah menciptakan perempuan untuk bekerja, dan mereka merealisasikan salah satu matlamat utama peranan mereka dengan memakai masa mereka dengan berguna. Setiap perempuan Kristian harus memastikan dirinya lebih berakhlak mulia daripada sikap zaman Victoria. Peranan “penjaga di rumah” langsung tiada kaitan dengan kehidupan bersantai dan menjadikan suami satu-satunya pekerja utama.
Sesetengah perempuan memikir diri mereka dikasari kalau harus bangun dengan suami mereka dan diharapkan untuk menyiapkan kerja rumah harian sementara suaminya bekerja. Mereka lebih suka bangun lewat, berlengah-lengah dalam beberapa kerja rumah, berborak-borak dengan handfon, melayari Internet, membaca buku, melawat pusat kecantikan, menggilap kuku-kuku jari mereka, dan kemudian memanggil suami untuk membungkus makan malam balik ke rumah. Ia teruk sekali kerana banyak daripada jenis perempuan tersebut ialah kononnya Kristian. Kaum perempuan yang hebat bekerja keras atau lebih rajin daripada suami mereka, dan mereka berbuat demikian dengan rela dan dengan ceria, malah dengan lebih bersungguh-sungguh.
Sementara bertugas mencari jodoh isteri bagi Ishak, hamba Abraham menemui Ribka yang cantik yang sedang menimba air dari perigi (Kej 24:15-16). Adakah Ribka berbakat memain biola? Janganlah nak peduli akan itu! Bagaimanakah hamba Abraham menilai Ribka? Dia menunggu untuk melihat jika Ribka akan dengan berbudi baik merelakan dirinya untuk menimba air bagi sepuluh ekor untanya (setiap unta boleh minum 90 liter air dalam 10 minit!). Apakah yang dibuat Ribka? Dia lari untuk mendapat air secepat semungkin untuk unta-unta yang dahaga itu (Kej 24:18-20)! Ishak beruntung! Jika kamu memikir ini suatu kekecualian, maka bacalah di mana tempatnya Yakub bertemu dengan Rahel (Kej 29:9-18).
Perempuan cerewet boleh hidup dan mati bujang di samping perempuan yang malas, atau mereka boleh bermimpi untuk lelaki kaya yang keperempuanan yang akan memanjakan mereka seperti anak patung sepanjang hayat boring mereka yang tidak berguna. Perkahwinan tidak bertujuan untuk perempuan mencari suatu kerja mudah dengan gaji tinggi supaya dia dapat membaca, membeli-belah, dan tidur sepanjang hari sebelum berjaga untuk memanipulasikan suaminya untuk membungkus makan malam ke rumah. Perkahwinan adalah untuk lelaki memperoleh seorang kekasih yang akan membantunya membangunkan keluarga dan kekayaan dengan melahirkan anak dan bekerja keras.
Gereja ialah pengantin perempuan Tuhan Yesus Kristus, Raja kemuliaan. BapaNya tidak memilih pengantin perempuanNya, dan Yesus juga tidak mati bagi gereja, supaya gereja dapat menjalani kehidupan yang bersantai. Orang yang merupakan anggota keluarga Allah telah dipilih untuk melayani dan bekerja untuk memuliakan Allah dan untuk membantu satu sama lain (Mat 20:25-28; Rom 14:8; 1Kor 10:31-33; 2Kor 5:13-15; 12:15). Hai orang Kristian, berapakah ceria dan rajin telah kamu bekerja pada hari ini untuk menyenangkan Suamimu?