Amsal · Proverbs

31:14
Dia bagaikan kapal-kapal saudagar; dia membawa makanannya dari jauh.

Isteri yang hebat adalah kreatif dan tekun. Dia tidak akan berdiam untuk kemudahan, ekonomi, atau tabiat. Dia mencari hidangan-hidangan yang lebih baik untuk melayani keluarganya dan jalan-jalan yang lebih baik untuk memenuhi peranan-peranan rumah tangga yang lain. Dia dengan rela mengerahkan usaha untuk memperoleh apa yang cemerlang dan yang istimewa bagi suaminya dan anak-anaknya. Dia tidak tawar hati bahawa kreativiti mewajibkan tambahan kerja dan masa.

Amsal-amsal Solomo termasuk penjelasan yang paling panjang dan yang paling teliti akan peranan isteri yang ditemui dalam Alkitab. Sementara ditulis oleh ibu permaisuri, ia merupakan hikmah berilham bagi lelaki supaya berkahwin dengan perempuan yang rajin dan berhasil. Sesudah takut akan TUHAN, yang merupakan ciri yang paling penting untuk perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:30), dia haruslah menjadi tekun dalam kehidupannya. Di sini dia harus menjadi kreatif.

Sementara ketagihan kemudahan dan kesenangan, dunia ini telah menghasilkan suatu generasi perempuan malas yang sudah kehilangan kemampuan dan dorongan untuk menjadi kreatif dan tekun di rumah tangga. Mereka kerap kali mementingkan kemudahan persiapan makan malam daripada merancang suatu kejutan yang menyenangkan bagi keluarga. Ini suatu kerugian! Inilah pelajarannya!

Kecemerlangan mengenalpastikan perempuan yang berakhlak mulia. Dia tidak mencari jalan pintas; dia mencari apa yang terbaik. Kemudahan kurang bererti kepadanya. Pemakanan yang baik dan yang berkhasiat dan kesenangan yang besar bagi keluarganya jauh lebih penting. Dia tidak peduli apa yang perempuan lain buat; dia mahu mengganjari dan memuliakan suaminya dan anak-anaknya dengan layanan yang istimewa.

Dia tahu dengan baik bahawa suatu hidangan baru dengan satu dua hidangan yang inovatif ialah peristiwa yang istimewa bagi setiap orang. Sementara dinikmati di ketenteraman, kemesraan, dan keselamatan rumah yang sejahtera dan yang mengasihi, ia membekalkan kesenangan dua kali ganda kepada orang yang berada di meja itu (Ams 15:17; 17:1). Jiwa dan tubuh dikhasiatkan dan disegarkan di sana, dan dia naik ke tahap-tahap sanjungan yang lebih tinggi di mata keluarga.

Kapal-kapal saudagar tidak membuat penjelajahan yang singkat untuk mencari apa yang tersedia dan yang sedang dijual; mereka menjelah jauh-jauh untuk mencari barangan istimewa dan barang-barang istimewa yang akan dapat dijual pada harga yang lebih mahal. Kapal yang kembali ke pelabuhan dengan barangan yang paling tersendiri dan yang paling menarik akan mendapat sambutan yang ghairah dan membina suatu nama baik bagi saudagar itu.

Perempuan yang berakhlak mulia dan yang rajin secara am tidak terlanjur tidur, tidur awal, tidur sekejap, berborak-borak di telefon, bermain setiap hari, menghantar teks kepada kawan-kawan, menengok-nengok barang di kedai, menonton televisyen, main hobi, main permainan berpapan dengan lama bersama kanak-kanak, atau membuang masa dengan cara yang lain. Dia hidup dengan keterdesakan masa, daripada mengejar kesenangan.

Seseorang lelaki akan dipecat, atau tidak pernah maju, jika dia bekerja dengan cara yang sama – harap untuk mengelak sebanyak kerja semungkin untuk menjamin rutin-rutin hariannya yang mudah. Dia diharapkan untuk menjadi kreatif, tekun, berhasil, dan untuk bekerja dengan keterdesakan masa sendiri, setiap hari! Sesetengah perempuan Kristian, yang dengan sandiwara alim menuntut sendiri sebagai, “penjaga di rumah”, menjalani suatu kehidupan kesenangan yang perempuan di sejarah tidak dapat bayangkan. Kehidupan perempuan demikian selalu nak menghampiri cuti yang selamanya.

Perempuan yang sederhana beberapa generasi dahulu dapat bekerja melebihi dua perempuan generasi ini, dan dia tidak pernah mengadu bahawa suaminya kurang membawa keluarganya keluar untuk makan. Dia tidak tahu apa maksudnya untuk makan di McDonald’s atau mana-mana restoran yang lain, dan dia tidak pernah merayu, merasuah, atau memaksa suaminya untuk memesan piza. Kamu harus percaya bahawa dia bekerja keras. Apakah akhlak utama Amsal 31:10-31?

Perempuan yang berakhlak mulia tahu bahawa dia dapat menciptakan makanan yang lebih istimewa dan yang lebih menarik dengan lebih murah daripada keluar makan. Dia juga tahu bahawa suasana di rumah adalah lebih sesuai untuk perpaduan keluarga dan kesayangan perkahwinan. Kehormatan suaminya dan anak-anaknya jauh melebihi kehendak malas untuk melangkaui persiapan dan pembersihan hidangan-hidangan. Dan dia juga tahu bahawa hidangannya lebih berkhasiat daripada kebanyakan makanan segera restoran. Dia dengan gembira memilih kecemerlangan melebihi kemudahan.

Masakan yang lebih lazat memakai lebih masa daripada mee segera, pesanan piza melalui telefon, ayam goreng beku, kentang goreng beku, dan bebola rebus beku. Inilah apa yang para penuntut sekolah siswazah mungkin menyiapkan sebagai makanan, tetapi bukan seorang perempuan yang mengasihi suaminya dan anak-anaknya dan yang percaya kepada amsal ini.

Daging, kuah, telur, kentang segar, biskut, dan buah-buahan untuk sarapan pagi mungkin memakai lebih masa daripada menghidangkan kotak-kotak bijiran sarapan yang padat disaluti gula. Perempuan yang berhikmah akan ingat fakta yang mudah bahawa apa yang kononnya makanan di dalam kotak hanya bernilai sebahagian kecil daripada bungkusan, iklan, dan pengedaran kotak itu!

Kebanyakan lelaki kurang mengadu sementara isteri-isteri mereka menjadi kurang kreatif dan kurang tekun. Untuk mengkritik apa yang sedemikian mengutuk isterinya dan prestasi isterinya, yang mungkin mengacau aspek-aspek perkahwinan yang lain. Oleh sebab itu, lelaki tersebut mengenang hidangan-hidangan masakan emaknya yang kreatif dan yang cemerlang dan menganggap hidangan yang tawar atau hidangan makanan segera yang dia dapat sekarang berpunca daripada perubahan zaman.

Perempuan yang kekukangan tahu bagaimana untuk bertindak keliru atau letih pada waktu makan supaya dapat memancing simpati suami untuk membungkus makanan balik, maka suami bertahan dengan rutin kekukangan rumah tangga yang semakin mudarat sehingga dia menjadi biasa dengan itu atau menjadi bebas daripada itu melalui kematian. (Atau seorang kawan, yang telah berkahwin dengan perempuan yang berakhlak mulia, mengundang mereka ke rumah untuk makan hidangan yang wajar!)

Hai suami, jika isterimu bekerja sepenuh masa di luar rumah, kamu telah membuat pilihan untuk memperuntukkan sumber-sumber masa dan tenaga yang kesuntukan itu dan itu ada kesan-kesannya. Kamu tidak boleh mengharapkannya untuk menjadi permaisuri rumah tangga seperti perempuan yang berakhlak mulia dengan tambahan kerja gaji 50 jam seminggu. Jika kamu harap kedua-duanya, maka bilik tidurmu, besar kemungkinan adalah hanya untuk tidur sahaja!

Hai suami, jika isterimu mengajar anak-anakmu di rumah daripada menghantar mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah swasta, maka kamu harus dengan bijaksana dan dengan baik hati membenarkan kurang daya kreativiti dan usaha untuk mempersiapkan makanan, sebab kamu telah meminta dia untuk melabur lebih banyak tenaga, emosi, kesabaran, dan masa ke dalam projek yang kebanyakan lelaki tidak boleh kendali untuk seminggu pun. Allah mengasihi orang yang suka berbelas kasihan. Ingat bahawa beban yang kamu telah taruh ke atasnya dan tolonglah dia dalam sarapan sebanyak semungkin.

Hai perempuan Kristian, tahap piawai Allah untuk isteri berakhlak mulia adalah sungguh tinggi. Tetapi ingat bahawa seorang perempuan, salah seorang daripada kaum jantinamu sendiri, yang sedang mengajar anak lelakinya, telah menulis amsal ini (Ams 31:1). Inilah jenis perempuan yang lelaki yang berhikmah harus cari untuk berkahwin, dan inilah jenis perempuan yang akan dimuliakan oleh suaminya dan anak-anaknya (Ams 31:28). Dapatkah kamu menjadi lebih kreatif dan tekun sebagai seorang isteri? Seorang perempuan dengan hati nurani yang suci dan sikap takut akan Allah yang kuat akan dengan serius mempertimbangkan hal-hal ini.

Sebagai pengantin perempuan Yesus Kristus, apakah yang akan kamu beri kepadaNya pada hari ini? Akankah kamu condong kepada kemudahan, seperti isteri yang kekukangan – pembacaan Alkitab yang sepintas lalu dan doa yang ringkas? Atau akankah kamu merenung dengan teliti, berdoa dengan membara, memuji dengan mulia, dan mentaati dengan setia? Belajar untuk membenci rutin-rutin keagamaan – suatu bentuk kesalihan. Jangan menjadi pengasih kenikmatan lebih daripada pengasih Allah. Kerjakanlah keselamatanmu sendiri dengan takut dan gementar (Flp 2:12; 2Pet 1:10).

Allah telah menolak keinginan Daud untuk membina bait suci. Sementara Daud mengasihi TUHAN, dia tidak memakai jawapan Allah sebagai alasan menenteramkan hati nuraninya, yang berdamba untuk melakukan sesuatu yang istimewa. Dia dengan ghairah mengumpulkan dana untuk membayar untuk bait suci Solomo, supaya ia dapat menjadi teramat tersergam megah (1Taw 22:5; 29:2). Ikutilah teladan Daud yang kreatif dalam hal mengasihi dan melayani Allah. Apakah yang dapat kamu buat untuk menjadi seperti lelaki ini dalam keghairahannya bagi sembahyang kepada Allah Yang Maha Hidup?