Amsal · Proverbs

31:12
Dia akan melakukan kebaikan dan bukan kejahatan kepada suaminya untuk sepanjang hayatnya.

Di sinilah perempuan yang berakhlak mulia! Di sinilah perempuan sempurna yang seorang ibu jelaskan kepada anak lelakinya yang raja untuk membantunya memilih isteri yang sempurna (Ams 31:1). Dia melayani suaminya dengan baik setiap hari hayat hidupnya. Dia tidak berbuat salah terhadapnya. Dia mengabdikan dirinya untuk selalu berbuat baik kepadanya.

Perempuan yang berakhlak mulia tahu tujuan kehidupan, yang merupakan dasar bagi perangainya dan perilakunya. Dia tahu dia telah diciptakan untuk menjadi pembantu suaminya, malahan juga sebelum dosa ada di dunia (Kej 2:18). Dia tahu bahawa dia diciptakan untuk suami, dan bukan suami untuk dia (1Kor 11:9). Dia mendekati kehidupan setiap hari dengan niat untuk menjadi perempuan yang baik untuk suaminya.

Dengan mempertimbangkan konteks dalam amsal ini, kamu akan menemui bahawa ia menuruti suatu penjelasan suaminya yang percaya kepadanya dengan selamat (Ams 31:11). Suami perempuan yang berakhlak mulia boleh selalu percaya kepada isterinya, kerana dia tahu bahawa isterinya selalu berbuat apa yang baik dan yang betul terhadapnya. Dia tidak pernah perlu bimbang mendapat kurang daripada yang terbaik daripada isterinya ketika di depan orang ramai atau ketika bersendirian. Dia percaya kepadanya sepenuh-penuhnya.

Konteks yang berikut menuruti perempuan yang tekun, berjimat cermat, cekap, dan yang berhasil. Dia tidak hanya menyeimbangkan tugas-tugas rumah dan tugas-tugas kewangan, tetapi dia juga maju di dalam kedua-dua itu. Suaminya dan anak-anaknya memuji dia dalam hal pengurusan rumah (Ams 31:28), dan dia cukup berhasil dengan kerja-kerjanya sendiri yang juga memujinya (Ams 31:31). Dia melebihi semua perempuan yang lain (Ams 31:29).

Bagaimanakah seseorang perempuan dapat menjalani kehidupan yang sempurna perempuan yang berakhlak mulia? Sehari demi sehari! Setiap hari seseorang perempuan harus ingat tujuannya, memakai dirinya dengan sepenuhnya kepada matlamat, dan dengan cepat memperbetulkan apa-apa pun kesilapan. Kehidupan yang berjaya ialah suatu rangkaian hari yang berjaya. Seseorang perempuan yang berakhlak mulia akan mentaati amsal ini pada hari ini, dan berbuat yang sama pada hari esok, akan menjadi perempuan yang berakhlak mulia.

Perempuan yang berakhlak mulia dinyatakan oleh perilaku – dia berbuat baik kepada suami; dia tidak berbuat jahat kepadanya. Tiada apa pun yang bermanfaat untuk seseorang isteri hanya kekal dalam perkahwinannya; dia tidak berbuat apa pun yang layak untuk pujian. Tiada apa pun yang bermanfaat untuk seseorang isteri untuk berfikir atau bercakap baik tentang suaminya; dia sendiri harus berbuat apa yang suami mengingini dan memerlukan. Perempuan yang berakhlak mulia aktif dalam pelayanannya kepada suami.

Bacalah surat pencapaiannya [resume]. Dia dengan rela bekerja buruh (Ams 31:13). Dia mengelak jalan-jalan pintas yang bebal (Ams 13:14). Dia bangun awal pagi (Ams 31:15). Dia kreatif secara kewangan untuk menambahbaikan kekayaan keluarga (Ams 31:16). Dia mengusahakan dirinya sendiri dengan usaha-usaha yang giat (Ams 31:17). Dia dengan yakin berjaga pada waktu malam untuk menyiapkan projek (Ams 31:18). Dia akan dengan gembira membina sesuatu dari permulaannya (Ams 31:19).

Dia memakai masa lapangnya untuk membantu orang miskin (Ams 31:20). Keluarganya disiapkan dengan pakaian yang sewajarnya setiap musim (Ams 31:21). Dia menghiasi rumahnya dengan cantik dan sungguh berhati-hati untuk nampak paling elok (Ams 31:22). Reputasinya mengharumkan lagi suaminya (Ams 31:23). Dia memulakan suatu perniagaan untuk membantu dengan pendapatan (Ams 31:24). Dia bekerja keras dan berbuat apa yang betul (Ams 31:25). Dia hanya ada ucapan yang berhikmah dan yang bermurah hati (Ams 31:26). Dia melakukan segalanya yang diperlukan keluarga (Ams 31:27).

Perempuan yang berakhlak mulia berbuat baik kepada suaminya secara romantis. Dia tidak pernah menipu suaminya dalam hal seks untuk sehari pun. Dia tahu peraturan yang berilham untuk memuaskan suaminya dengan segala cara (1Kor 7:1-5), dan dia suka Kidung Agung Solomo untuk pembacaan yang berilham. Dia tahu cinta persetubuhan termasuk jiwanya dan pembalasannya, dan bukan hanya penundukkan; daya kreativitinya, dan bukan hanya kehadirannya. Dia fikir tentang seks, merancang untuk seks, memulakan seks, dan menjadi lebih baik dalam seks untuk berbuat baik kepada suaminya.

Dia berbuat baik kepadanya secara lisan, dengan memakai kata-katanya untuk memuji dan menghormatinya (Efe 5:33; 1Pet 3:6). Dia tidak akan berjuang, mengadu, menyoal, atau merungut (Ams 19:13; 21:9,19; 27:15). Dia memakai kata-kata yang sayang dan yang murah hati untuk membina jiwa suaminya dan menghiburkan hatinya. Dia tidak perlu berbuat cadangan-cadangan yang tidak perlu, menimbulkan soal, atau meleteri suaminya. Dia tidak berjawab balik kepadanya, dan dia tidak mengungkit-ungkitkan kesilapannya (Tit 2:9; Ams 10:12).

Dia berbuat baik kepada suaminya secara kewangan dengan bekerja dengan rela dan mencari peluang untuk mendapat pendapatan lebih dan mengurangkan perbelanjaan. Dia akan berjimat cermat. Dia tidak akan membazir, membeli belah dengan bebal, atau mengadu tentang hal menabung atau hal menjimat lagi badjet keluarga. Dia akan dengan ceria membenarkan suaminya untuk belanja bagi dirinya sendiri. Dia tidak akan berdengki dengan suaminya memakai wang sendiri. Dia dengan ceria bekerja lebih keras daripada rakan-rakan sebayanya supaya membantu suaminya membina harta milik.

Dia akan berbuat baik kepada suaminya di antara anak-anaknya dengan memuji suami kepada mereka dan menyokong keputusan-keputusannya dengan persetujuan yang ceria. Dia tidak menjejaskan kekuasaannya atau membantah kepada tahap disiplinnya yang salih. Dia membina suatu perpaduan perkahwinan yang membina perkahwinan dan menunggangbalikkan kanak-kanak yang memberontak. Dia menjadikan ayah mereka objek utama kasih dan kehormatan (Ams 17:6). Dia mengarahkan keluarga kepadanya pada waktu dia harus berada jauh.

Dia akan berbuat baik kepada suaminya dalam hal pakaian supaya menarik dan senonoh semungkin untuk menjadi kebanggaan dan permata suami. Dia tidak akan membiarkan penampilannya merosot tanpa berjuang! Dia banyak bersenam untuk jaga bentuk tubuh, kelangsingan, dan kekuatan untuk kedua-dua hal penampilan dan persetubuhan. Dia menolak untuk menjadi serbah-serbih oleh sebab umur atau melahirkan anak. Dia tidak memakai pakaian untuk dilihat atau diangkat-angkat lelaki yang lain. Dia mengambil berat tentang perhatian olehseorang lelaki sahaja.

Dia akan berbuat baik kepadanya dengan roh yang ceria dan yang suka bersetuju, meskipun suami ingin dia berbuat sesuatu yang dia tidak suka (Efe 5:22-24; Kol 3:18). Dia tidak akan mengadu, memuncung bibir, menyeret kaki, atau membantah kepada sesiapa pun terutamanya suaminya. Dia tahu bahawa penundukkan yang sejati hanya boleh diamalkan ketika suaminya menyuruh dia berbuat sesuatu yang dia tidak ingin buat.

Dia akan berbuat baik kepadanya dengan memuji dia kepada orang lain, terutamanya keluarganya, kawan-kawannya, dan anak-anaknya. Dia tidak akan mengadu atau mengkritik suaminya, kecuali kepada para penasihat yang berhikmah untuk hal kewajaran. Dia menumpukan perhatiannya kepada kekurangannya dan kesilapannya sendiri, daripada mengumpulkan dan menyiarkan suami punya. Dia mengerjakan balaknya daripada selumbarnya (Mat 7:1-5). Dia tidak berkumpul bersama isteri-isteri lain yang tidak berpuas hati untuk mengongsikan hal negatif tentang suami-suami mereka.

Dia tidak akan berkhayal tentang lelaki lain atau main cinta untuk mendapatkan perhatian. Dia tidak akan membaca novel-novel romantis atau menonton gambar bersiri atau wayang untuk kenikmatan berkhayal dengan lelaki yang lain. Dia tidak akan mendekat dekapan lelaki yang lain, atau menerima apa pun pandangan yang berkaitan. Dia akan berbuat baik kepada dia sepanjang hidup dengan menimbulkan kepercayaan mutlak dan penuh tentang kesetiaan seksualnya.

Perempuan yang berakhlak mulia tidak mengabaikan hal mengagumi dan membantu suaminya meskipun sudah mencapai pertengahan umur atau uzur. Dia memandang ke depan kepada anak-anak yang berpindah keluar sesudah berkelamin, supaya ada lebih masa dengan suami. Dia menolak gagasan-gagasan bahawa seks berakhir pada umur 50, 70, atau 90 pun. Dia bersukan untuk apa pun yang dia ingin cuba, dan mungkin lebih lagi. Dia tidak membiarkan perkahwinan pun jadi uzur. Dia tahu bahawa kasih pertama memerlukan kenangan akan saat-saat yang paling menyukakan, bertaubat untuk apa pun kecuaian, dan mengulangi kesenangan masa dahulu.

Dia juga tidak memberi alasan untuk meninggalkan segala tugas-tugasnya, hanya kerana dia telah mengenal kesalahan-kesalahan suaminya. Dia tahu kesalahan-kesalahan suaminya tidak memberi kesan kepada perempuan yang berakhlak mulia sama sekali. Dia melayani suaminya dengan baik tidak kira kesalahan-kesalahan itu, kerana dia tahu bahawa perangai ini ialah apa yang benar-benar menyenangkan Tuhan (1Pet 2:18-23). Dan dia tahu dia ada banyak atau lebih banyak kesalahan dalam dirinya sendiri untuk diusahakan untuk sepanjang kehidupannya. Dia juga tahu Allah dengan berdaulat telah memilih suaminya sebelum dia dilahirkan untuk dia.

Dia akan peka kepada keperluan-keperluan suaminya dan memuaskan keperluannya dengan pelayanan yang membantu, daripada mengutuk suaminya kepada dirinya sendiri, kepada orang lain, atau kepada dia. Dia akan belajar pembawaan suaminya dan beban-beban jiwanya untuk menghiburkan dan menggalakkannya, daripada memandang hina, meleteri, atau mengkritiknya (Ams 12:25). Dia akan berbuat kepada suami apa yang baik, meskipun saat suaminya kecewa atau murung. Dia akan ingat bahawa dua lebih baik daripada satu, terutamanya pada waktu keperluan (Pkh 4:9-12).

Dia akan menjadi kreatif dan menunjukkan daya inisiatif untuk melakukan segalanya yang dia boleh buat untuk menjadikan dia bahagia. Dia akan memakai segala sarapan sebagai peluang kebahagiaan untuk menghormati suaminya di hadapan keluarga atau kawan-kawan. Dia akan berbuat sedaya upaya untuk memberi semangat kepada suaminya dan menggalakkan dia dalam usaha-usahanya dan masalah-masalahnya. Waktu sarapan yang dia sediakan bagi suami ialah saat-saat ketenangan dan kenikmatan yang menyenangkan untuk mencergaskan suaminya dalam tubuh dan jiwa. Dia akan menjaga supaya rumah bersih, teratur, dan aman untuk memberi suaminya suatu tempat perlindungan yang menyegarkan daripada kesukaran kehidupan.

Dia tidak akan memakai sikap berdiam untuk menghukum suami. Dia menolak apa pun fikiran peperangan dingin dengan suaminya. Dia tidak akan memakai air mata untuk mengelirukan atau menghukum suaminya. Dia berusaha untuk menjadikan peranan suami bagi suaminya menjadi semudah semungkin. Dia selalu ingin meminta maaf dahulu, daripada menunggu untuk dia berbuat demikian. Dia tidak percaya bahawa perpisahan menjadikan hati lebih mengenang pasangan.

Dia akan berusaha untuk melebihi suaminya dalam hal bekerja dengan menolak gagasan suri rumah yang dimanjakan seperti isteri santai yang bangun lambat, membeli-belah untuk masa lapang, bertemu dengan kawan di Starbucks,main tenis, membesar-besarkan cerita dalam media sosial, kerap kali mengarang teks mesej, dan beromong-omong kosong menerusi telefon (Yeh 16:49). Dia tahu bahawa ciri utama perempuan yang berakhlak mulia ialah usahanya yang tekun baik di rumah mahupun di luar rumah (Ams 31:13-27).

Dia tidak akan membiarkan tugasan atau anak untuk bersaing dengan suaminya. Dia tahu bahawa dia diciptakan sebagai seorang isteri dahulu, dan baru kemudian sebagai emak. Dia akan selalu memanjakan suaminya lebih daripada anak. Dan tidak kira betapa berjaya dalam kerjayanya, itutidak menjadi sepenting suaminya. Dia lebih mengingini untuk berada dengan suaminya dan melakukan apa pun yang dapat dibuat untuk menyenangkannya.

Perempuan yang berakhlak mulia berbuat baik kepada suaminya secara rohani. Dia menyokong aktiviti-aktiviti rohani suaminya dengan keghairahan paling besar semungkin. Dia bekerjasama sepenuhnya dalam apa pun saat teduh keluarga atau aktiviti agama. Dia tidak menyoal, mengadu, mengkritik, atau membuat cadangan yang dengan sedikit pun mengemekkan peranannya sebagai guru keluarga. Dia memandang hina Daud punya Mikhal dan menganggap hukuman Mikhal sebagai sempurna (2Sam 6:14-23).

Perempuan yang hebat ini ialah mahkota kepada suaminya (Ams 12:4). Setiap orang tahu bahawa dia diberkati, kerana perempuan yang hebat tidak dapat disembunyikan (Ams 11:16; 31:23). Dia memperlakukan dirinya dengan paling cermat, supaya jangan dia membenarkan lalat untuk terbang masuk ke dalam minyak apotekarinya yang akan merosakkan mahkota suaminya (Pkh 10:1). Dia dengan sungguh-sungguh rela untuk menjadi Puan suaminya, pembantunya, pencari pendapatan sampingannya, pengasihnya, perhiasan di sisinya, dsb.

Mungkinkah perempuan sedemikian mungkin? Bagaimanakah kamu menemui perempuan sedemikian? Ada satu syarat yang mudah dan yang jarang, dan ia tidak akan gagal. Seseorang perempuan yang benar-benar takut akan Allah akan menjalani kehidupannya dengan cara tersebut, kerana di dalam Alkitab Allah telah mengarahkan isteri untuk hidup sedemikian (Ams 31:30). Hai teruna, belajarlah takut akan Tuhan dan biar ini kewajiban sepenuhnya di dalam mana-mana perempuan yang kamu berani fikir untuk mahu kahwin.