Amsal · Proverbs

31:19
Dia menaruh tangannya pada spindel, dan tangannya memegang pemintal.

Tangan seorang perempuan adalah penting dan bernilai. Tujuannya lebih daripada memakai cincin batu permata. Tujuannya lebih daripada merias kuku. Tujuannya lebih daripada dipegang waktu berjalan di taman. Tujuannya adalah untuk jerih lelah buruh, dan seorang perempuan yang berakhlak mulia rela untuk memakainya dengan tekun dan dengan mahir. Dia tidak takut untuk mengotorkan tangannya untuk menyelesaikan tugas, dan dia tidak takut untuk memperoleh kemahiran dengan tangannya untuk melayani keluarganya dan membangunkan harta milik.

Salomo menyebut banyak tangan banyak kali, kerana ia merupakan bahagian tubuh yang utama untuk pekerjaan, terutamanya jerih lelah buruh. Orang tekun memakai tangan mereka dengan baik (Ams 10:4; 12:24). Orang yang kekukangan menyembunyikan tangan mereka (Ams 6:10-11; 19:24; 21:25; 26:6; Pkh 4:5). Tak hairanlah iklan-iklan kerja mohon untuk jenis orang “yang guna tangan”, yang akan “menyingsing lengan” dan menyelesaikan tugas. Seorang perempuan yang berakhlak mulia ada tangan yang sibuk supaya memperoleh ganjaran (Ams 31:13,16,19-20,31).

Tangan sungguh penting. Seorang perempuan punya kerja berat dengan memakai tangannya dengan tekun dapat membina harta milik keluarga dengan “titik peluh”. Apa pun yang dapat ditemui seorang perempuan untuk dilakukan dengan tangannya akan dia lakukan dengan sekuat tenaganya (Pkh 9:10). Seorang perempuan yang malas membinasakan harta milik keluarga dengan tidak memakai tangannya dengan tekun (Ams 14:1; Pkh 10:18). Labah-labah berada di istana raja, kerana mereka ada beberapa tangan dan tidak jemu langsung akan kerja yang berulang-ulang (Ams 30:28).

Seorang perempuan yang berakhlak mulia membenci “bantuan percuma” dan perempuan malas yang menerimanya, sama ada daripada program kerajaan ataupun kebajikan swasta, sebab dia tahu bahawa Allah mahu kaum perempuan bekerja keras kerana kalau tidak keluarganya tidak harus makan (Ams 20:4; 2Tes 3:6-12). Perempuan ini juga tidak akan hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, sebab Allah juga mengajarnya untuk mengkhususkan sebahagian pendapatan untuk keperluan masa depan – maka simpanannya selalu bertumbuh. Dengan penuh tenaga seperti yang diinginkan Allah, perempuan ini meluangkan masa untuk menghulurkan “tangan bantuan” kepada orang yang keperluan (Ams 31:20).

Walau bagaimanapun, tangan yang tekun tidak mencukupi. Seorang perempuan perlu mahir di dalam tugas yang memerlukan tangan. Allah telah menyediakan perempuan yang berhikmah dan yang mahir untuk memutar pelbagai kain untuk perhiasan yang rumit untuk khemah Tuhan (Kel 35:25-26). Seorang perempuan harus tahu bagaimana untuk melakukan tugas rumah dan tugas lain dengan mahir supaya dapat menjadi perempuan yang berakhlak mulia.

Perempuan Amsal 31 yang berakhlak mulia merupakan perempuan yang sungguh cekap dari pelbagai segi. Dia membeli dan menguruskan hartanah komersial dan perniagaan perkilangan untuk membantu membangunkan harta milik keluarga (Ams 31:16,24), dan dia juga dapat memutar benang daripada bahan-bahan mentah untuk menghasilkan kain dengan sempurna (Ams 31:15). Dia dapat melakukan kerja itu sendiri, menunjukkan bagaimana ia harus dilakukan, dan mengajar orang lain.

Seorang perempuan yang berakhlak mulia pada abad ke-21 ini tidak memutar kain untuk membuat pakaian. Itu membazirkan bakatnya dan masanya. Dia boleh membeli hasil itu dengan pembuatan dan kelihatan yang lebih unggul untuk harga yang murah kalau dibandingkan dengan masa dahulu. Dia lebih baik belajar kemahiran yang lain dan memakai pendapatannya untuk membeli pakaian dan hasil-hasil tekstil yang lain. Tetapi ketika situasi menuntut untuk kemahiran, dia dapat melakukannya tanpa sebarang asas sama ada hal kain ataupun hal dapur. Ketika perlu, dia dapat membuat kek yang layak bagi TUHAN dan hidangan savuri yang mengalahkan masakan ketua tukang masak pun (Kej 18:6; 27:9). Perempuan sedemikian layak untuk dijadikan isteri, hai kaum teruna!

Apakah yang patut seorang perempuan belajar untuk dilakukan dengan mahir pada hari ini? Rancang dan melaksanakan hidangan yang lazat baik bagi dua orang mahupun bagi banyak orang. Belajar membaiki atau mengelolakan komputer supaya tahan lama. Tahu pertolongan cemas dan mampu bercakap dengan doktor. Pakai Internet untuk kajian lekas bagi pelbagai subjek. Tahu ke mana dia pergi dan untuk apa ketika dia bertolak dari rumah. Berkomunikasi dengan cekap dan dengan lekas melalui telefon atau email. Tahu bagaimana untuk mencari makanan yang berkhasiat, perabot, dan pakaian pada harga yang paling rendah. Memakai kalkulator dan spreadsheet untuk membuat kira-kira. Pakai perisian pemprosesan kata, spreadsheet, atau akaun. Hiasi rumah untuk daya tarikan, keselesaan, dan pelaburan. Cari dan pakai perkakas dan peralatan yang terbaik di dalam rumah dan di luar rumah.

Inilah perempuan yang sempurna, seperti yang disebut ibu permaisuri bagi anak lelakinya (Ams 31:1-2,10). Dia takut akan TUHAN dengan segenap hatinya (Ams 31:30). Suaminya dapat percaya di dalamnya dengan sepenuhnya, kerana dia akan buat baik dan wajar kepada suami setiap hari hayatnya (Ams 31:11-12). Sesudah dua keutamaan itu, dia seorang pekerja yang tekun untuk menyediakan bekalan bagi keluarganya, rumahnya, dan membangunkan harta milik keluarga di dalam apa pun cara yang dapat dilakukannya. Dia tekun dan mahir dalam hal pemakaian tangannya.