Amsal · Proverbs

31:18
Dia menanggap bahawa barang niaganya adalah baik: lilinnya tidak terpadam pada waktu malam.

Perempuan yang berakhlak mulia adalah yakin dan terdorong. Ibu raja Lemuel menerangkan perempuan yang sempurna dengan teliti, supaya anak lelakinya akan tahu apa untuk dicari di dalam seorang isteri (Ams 31:1-2,10-12). Takut akan Tuhan ialah kewajiban yang pertama (Ams 31:30), dan ketekunan ialah ciri akhlak yang paling penting (Ams 31:13-31). Amsal ini menunjukkan keyakinan dan dorongan seorang perempuan yang hebat.

“Dia menanggap bahawa barang niaganya adalah baik”. Perempuan yang berakhlak mulia tahu pencapaiannya, keberhasilannya, dan hasilnya adalah baik. Pembelian ladang dan pelaburan di kebun anggur ialah gagasan-gagasan yang baik (Ams 31:16); dia setia untuk berbuat apa yang diperlukan untuk menjadikan pelaburan pendapatannya suatu kejayaan (Ams 31:17). Dia yakin akan rancangannya dan masa depannya.

Kerendahan hati tidak bererti perangai yang mengalah tentang hal kemampuan. Kerendahan hati ialah menjadi kuat dan yakin akan rancangan, kerana kamu percaya akan Tuhan, dan bukan kepada dirimu sendiri (Yak 4:13-15). Paulus ialah rasul Yesus Kristus yang rendah hati dan yang bersikap suka menunduk, tetapi dia juga mengisytihar bahawa dia bekerja lebih keras daripada para rasul yang lain, oleh rahmat Allah (1Kor 15:10; 2Kor 11:5; 12:11-12).

Perempuan yang hebat tidak menyombong tentang kemampuan, dan mereka juga tidak bercakap besar akan pencapaian mereka. Tidak sesekali pun! Tetapi mereka tahu mereka ada rancangan yang baik, apa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas itu, dan mereka dapat melakukannya. Pendekatan yang yakin dan yang kuat kepada kerja rumah dan usaha di luar rumah ini mengutuk ketakutan dan kelemahan banyak perempuan Kristian (Ams 20:4; 22:13).

Perempuan yang berakhlak mulia adalah yakin dan kuat. Yael merupakan salah satu perempuan yang paling hebat di dalam Alkitab (Hak 5:24). Mengapa? Mudah ditakuti, kerendahan hati yang palsu, mengecut dan ketakutan bukanlah akhlak mulia Kristian, tidak kira betapa alimnya penampilan mereka. Seorang puan rumah yang mahir dan yang berbudi baik tahu ketika suatu hidangan disediakan dengan baik. Untuk memikir sebaliknya adalah kebebalan atau kekukangan.

Keyakinan dalam kemampuan peribadi dan manfaat kepada orang lain ialah punca dorongan kuat untuk bekerja keras dan kerja dengan tambahan tenaga. Sementara tahu bahawa daya usahanya menghasilkan banyak, dia rela memakai lebih tenaga dan masa. Sementara tahu bahawa keberhasilannya memanfaatkan keluarganya dan orang lain, dia gembira bagi peluang melayani lalu memakai dirinya dengan penuh kesungguhan dan kesabaran.

Perempuan yang berakhlak mulia adalah berani, sementara masih rendah hati dan sederhana sebagai perempuan Kristian (Ams 28:1; 1Tim 2:9-10). Cuba kamu fikir akan Ester, Rut, perempuan hebat Sunem, perempuan Kanaan, dan orang lain (Est 5:1-2; Rut 3:1-5; 2Raj 4:8-10; Mat 15:21-28). Keberanian dan keyakinan yang salih ini menjadikannya seorang kekasih yang lebih baik (Kid 1:12; 2:3-7; 3:1; 7:10; 8:10; 1Kor 7:1-5).

“Lilinnya tidak terpadam pada waktu malam”. Perempuan yang berakhlak mulia adalah terdorong. Dia tahu bahawa adanya untung dalam segala jerih lelah (Ams 14:23). Dia tidak membazir masa berborak. Sesudah dia berputus dalam sesuatu rancangan, dia melaksanakannya. Ketika dia ada tugas untuk diselesaikan, dia menyelesaikannya. Usaha tambahan dan masa tambahan tidak menawar hatinya. Dia menyelesaikan projek-projeknya. Dia melengkapkan tugas-tugasnya. Dia berjaya, kerana dia tidak berhenti sehingga matlamatnya tercapai. Dia tidak lemah (Ams 24:10).

Dia tahu bahawa keluarganya akan menjadi miskin, jika dia tidak tekun dalam tugas-tugasnya (Ams 10:4; 13:4; 21:5). Dia tahu kebebasan dan peluang-peluang masa depan bagi keluarganya juga bergantung kepada ketekunannnya (Ams 12:24; 22:29). Segalanya yang dibawah kawalannya dipakainya dengan berhikmah (Ams 12:27), tidak membazir apa pun (Ams 18:19), dan mengambil kesempatan penggandaan usaha dengan alat-alat dan kaedah-kaedah yang menjimat daya usaha (Ams 14:4).

Perempuan yang hebat ini membenci dan menolak gaya hidup termanja-manja kebanyakan isteri, yang menjalani gaya hidup yang santai dalam kemewahan oleh kerana ketekunan dan kesabaran suami. Dia tidak memberi alasan kepada diri sendiri dengan memikir suaminya satu-satunya pencari nafkah atau orang yang utama untuk berhasil dan bersabar. Dia akan memastikan usahanya adalah sepadan atau melebihi suaminya dengan ceria dalam tanggungjawabnya sendiri.

Sudah tentulah ini sebuah amsal. Ia tidak bermaksud bahawa dia tidak pernah tidur, meskipun perkataan amsal ini menyatakan dia bekerja sepanjang malam. Ini merupakan hiperboleh – sudah tentulah membesar-besar cerita. Dia menggiatkan barang apa usaha yang diperlukan untuk melaksanakan tugas. Dia bersabar dengan penuh tenaga. Tetapi dia tidak melintasi garis jerih lelah yang munasabah, walaupun nampak seperti ekstrem berbanding kepada para perempuan malas di sekelilingnya, sehingga usaha keterlaluan itu menyangkal peranan yang dimainkan Tuhan (Maz 127:1-2).

Apakah tujuan Amsal 31:10-31? Ia tertulis oleh seorang ibu permaisuri dengan tujuan memberitahu anak lelakinya bagaimana untuk mencari seorang perempuan yang hebat dan yang berakhlak mulia (Ams 31:1-2,10-12). Ayah dan anak lelaki harus belajar petikan ini dengan sebaik-baiknya dan hanya mencari gadis-gadis yang sepadan dengan akhlak dan perangai yang ditemui di sini. Ibu dan anak perempuan harus melihat tahap piawai yang berilham lalu memilih untuk mengikuti teladan itu. Segalanya tersebut merupakan sebahagian daripada perpustakaan Allah yang berilham untuk memberi hikmah kepada anak-anakNya untuk kehidupan yang paling unggul.

Apakah pemakaian amsal ini untuk hal rohani? Gereja Yesus Kristus ialah pengantin perempuanNya dan isteriNya. Gereja patut menanggap bahawa berkat-berkat rohani, kebenaran, dan hikmah telah diserahkan kepada jagaannya untuk dipertahankan dan sungguh besar nilainya (1Tim 3:15-16). Dia patut mengerahkan segala usaha yang diperlukan untuk mempertahankannya dan menyanjunginya menentang agama Kristian yang badaniah (2Tim 4:1-4; Yud 1:3). Dia patut rindu dan rela untuk mengasihi dan melayani orang lain tidak kira apa pun kosnya (2Kor 12:15).