4:2
Sebab aku memberi kalian doktrin yang baik, janganlah kalian meninggalkan hukumku.
Kaum bapa ada peranan yang sangat penting. Mereka pendidik utama keluarga. Bapa yang malas atau yang berdosa ialah punca kerugian anak lebih daripada apapun faktor-faktor yang lain. Bapa Salomo, iaitu Daud telah memberi didikan kepadanya dan Salomo selanjutnya mengajar anak-anaknya. Apakah yang dapat kamu buat untuk membangunkan bapa-bapa melalui amsal ini?
Bapa harus mengajar doktrin yang baik; mereka harus tahu bahawa doktrin mereka baik; mereka harus memberitahu anak mereka bahawa ia baik; mereka harus menekankan kepada anak mereka untuk berpegang kepadanya. Doktrin ialah didikan dan arahan; ia merupakan suatu set fakta-fakta dan prinsip-prinsip yang disampaikan sebagai kebenaran muktamad bagi sesuatu subjek. Untuk mendapatkan doktrin yang benar-benar baik, arahan atau prinsip itu haruslah berdasarkan Alkitab.
Bapa-bapa yang salih bukanlah orang yang keliru atau yang penakut. Mereka tahu bahawa mereka memiliki kebenaran dan hikmah yang tidak dimiliki dunia, dan mereka menyampaikannya dengan penuh kekuasaan kepada anak-anak mereka. Allah berfirman akan Abraham, “Sebab Aku mengenalnya, bahawa dia akan mengarahkan anak-anaknya dan rumah tangganya supaya mengikutinya, dan mereka akan menuruti jalan TUHAN, untuk melakukan keadilan dan penghakiman” (Kej 18:19).
Musa memerintahkan kaum bapa untuk mengajar anak-anak mereka. Dia perintahkan, “Dan kata-kata ini, yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini, akan ada di dalam hatimu: Dan kamu akan mengajarkannya dengan tekun kepada anak-anakmu, dan akan bercakap tentangnya apabila kamu duduk di rumahmu, dan apabila kamu berjalan di dalam perjalanan, dan apabila kamu berbaring, dan apabila kamu bangun” (Ula 6:6-7).
Yoshua mengisytiharkan kepada seluruh bangsa Israel, “Kalian pilihlah pada hari ini siapakah yang kalian ingin layani; tetapi bagi aku dan rumah tangga aku, kami akan melayani TUHAN” (Yos 24:15). Ia tidak melintas fikirannya sekalipun untuk mendapatkan nasihat dahulu daripada PIBG, SUHAKAM atau PBB, atau isterinya atau anak-anaknya tentang apa agama yang sesuai bagi keluarganya. Dia membuat keputusan itu bagi mereka. Betapa hebatnya ayah ini!
Daud berkata kepada keluarganya, “Marilah, anak-anak sekalian, dengarkanku: Aku akan mengajar kalian takut akan TUHAN” (Maz 34:11). Arahan doktrin ini daripada bapa kepada anak boleh menjangkau kesan yang sungguh jauh. “Ceritakanlah itu kepada anak-anakmu, dan biarlah anak-anakmu menceritakannya kepada anak-anak mereka, dan anak-anak mereka kepada generasi yang lain” (Yoe 1:3). Ia dapat memimpin empat generasi, ataupun lebih lagi!
Di manakah ayah? Seorang ayah duniawi membantu teman wanitanya untuk mengugurkan kandungannya yang pertama, mengahwininya selepas dia mengandung sekali lagi, bercerai dengannya apabila anak itu berumur 7 tahun, dan pada setiap selang minggu bersama-sama anak perempuannya dia meluluskan borak-borak duniawi bahawa evolusi itu benar, mengasihi diri sendiri itu hebat, dan pantang makan daging ialah hikmah dari Timur. Dia memujinya kerana anaknya itu mengakui diri sebagai lesbian pada umur 15 dan dia membiar anaknya untuk mendapat cacah pada dahinya dan menindik diri di mana-mana bahagian tubuhnya. Ayah ini seorang pembunuh dan seorang bajingan. Allah akan menghakiminya dengan keras-keras kerana merosakkan jawatan dan peribadi yang pertama dan yang paling penting bagi anak perempuannya. Dia sendiri tiada dokrin, dan dia membenarkan anaknya itu untuk menaruh percaya kepada dusta-dusta duniawi. Anak perempuan itu akan turut termasuk bersama bilangan statistik suatu generasi yang cabul.
Di manakah ayah? Seorang ayah Kristian yang tipikal [ikut majoriti] menghantar anak-anaknya ke Sekolah Minggu untuk diajar oleh seorang perempuan, menghadiri beberapa pertandingan bola sepak anaknya, mengunci semua rangkaian tidak senonoh di televisyen, bekerja sampai cukup untuk menampung dua keluarga, menghantar anak-anaknya ke universiti duniawi, dan membayar untuk perkahwinan yang besar kepada orang bukan Kristian atau orang yang bukan percayawan. Ayah ini tidak hadir dalam kehidupan anaknya!
Kaum ayah merupakan suatu spesis yang dipandang hina. Mereka diperolok-olokkan di sekolah, dijadikan bahan ketawa di televisyen, dicemuh di pawagam, dan diketepikan di mahkamah. Mereka telah dikalahkan di rumah oleh isteri yang suka menguasai dan yang selalu perlu “menyatakan sesuatu.” Merekalah sasaran lawak bagi kebanyakan pergurauan di rumah tangga. Kanak-kanak belajar supaya mengelakkan mereka, bersubahat menentangnya, mencuri daripada mereka, menyejukkan hati mereka, dan tidak mempedulikan mereka.
Ayah-ayah yang benar mengetawakan komplot itu. Mereka ada jawatan dan mandat yang diamanahkan oleh Allah, dan mereka akan melakukan tugas mereka dengan penuh yakin dan bersemangat. Mereka tidak takut akan sesiapapun, terutamanya isteri dan anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa mereka memiliki lebih kebenaran dan hikmah daripada semua cikgu di sekolah bergabung. Mereka menyatakan dengan tabah hati, “Aku memberi kalian doktrin yang baik!”
Mereka memantapkan batasan-batasan dan peraturan bagi anak-anaknya dari umur yang kecil. Mereka mengajar secara teliti kepada anak apa yang harus dibuat dan apa yang sesekalipun tidak harus dibuat. Mereka bertanya akan kehidupan anaknya, menyusul dengan arahan yang diberikan, dan menguatkuasakan pemerintahan mereka dan peraturan-peraturan mereka bagi keuntungan anak-anak mereka. Mereka menyatakan dengan tabah hati, “Janganlah kalian meninggalkan hukumku,” dan berusaha sedaya upaya untuk membantu anak mengingatinya.
Apakah buku teks atau buku panduan mereka? Firman Allah, Kitab Suci, iaitu kitab-kitab yang diilhamkan! Mereka tahu bahawa semua yang lain hanya celoteh dan bebelan, iaitu karut daripada orang tolol yang egois dan yang mengasihi diri sendiri (Yes 8:20; 1Tim 6:3-5,20-21). Mereka memandang hina akan apapun pendapat yang bercanggah dengan Firman Allah (Maz 119:98-100,128). Mereka tahu mereka memiliki hikmah, kebenaran, dan hidup untuk membangunkan lelaki dan bangsa yang hebat (Ula 4:5-10; 6:24-25; 32:46-47).
Di manakah pastor-pastor yang menjadi teladan yang kudus bagi bapa-bapa? Mereka telah melepaskan kuasa jawatan mereka untuk mengepalai pelayanan muzik, pelayanan sukan dan pelayanan program bangunan. Mereka sudah dikalahkan oleh lembaga diaken dan diberi amaran daripada ibu pejabat denominasi mereka untuk mencairkan mesej supaya bersetujuan dengan pandangan-pandangan umum dan mengekalkan kedatangan orang yang tak terjanakan semula.
Pastor merupakan suatu spesis yang dipandang hina. Tokoh-tokoh mereka, iaitu orang hebat yang mengkhutbahkan doktrin kukuh seperti guruh berderum itu, diperolok-olokkan sebagai penzalim yang ketinggalan zaman dan yang sudah terputus hubungan dengan sifat kewanitaan mereka. Dan mereka diperolok-olokkan sebagai pengkhutbah berpandangan kelelakian Allah dan sebagai pemberita konsep neraka yang dapat merosakkan psikologi orang. Pastor biasanya mendapat sepuluh minit untuk berkhutbah kepada para pendengar yang mengantuk dan yang berpakaian tidak senonoh, kerana suatu program panggung kanak-kanak, persembahan tarian, nyanyian rap tentang Yesus, dan penubuhan tabung mengambil sebahagian besar masa kebaktian itu.
Pastor-pastor yang benar mengetawakan komplot itu. Mereka juga ada jawatan dan mandat yang diamanahkan Allah, dan mereka akan meniup kuat trompet pertaubatan, reformasi dan kebenaran. Mereka tidak mempedulikan bilangan, sedangkan mereka tahu bahawa hanya lapan orang berada di dalam bahtera dan dua puluh tiga juta lagi lemas perlahan-lahan di luar! Mereka akan mengkhutbahkan firman dengan sepenuh keamatannya walaupun kaji selidik pasaran menunjukkan kebanyakan orang menuntut dongeng dan hiburan (2Tim 4:1-4).
Apakah buku teks atau buku panduan mereka? Firman Allah yang sama itu, Kitab Suci, iaitu kitab-kitab yang diilhamkan! Mereka tahu bahawa mereka diperlengkapkan dengan sempurna bagi apa pun pelayanan dan segala pelayanan dengan hanya Alkitab (2Tim 3:16-17). Mereka tidak akan digerakkan oleh manusia atau malaikat-malaikat yang menceritakan atau mencadangkan apa pun yang lain (Ayub 32:6-10; Gal 1:6-9; 2Kor 2:17; 4:1-2; 11:3-5,13-15).
Hai pembaca, adakah kamu mengasihi doktrin yang kukuh? Atau adakah kamu merupakan sebahagian daripada gerakan kewanitaan untuk menggantikan pemberitaan Alkitab dengan hiburan dan sesi-sesi berkongsi? Dapatkah kamu berdiri sepanjang hari untuk mendengar firman Allah dibacakan dengan nyata bersertakan penjelasan maknanya yang wajar (Neh 8:1-8)? Akankah kamu berbuat sebegitu? Dapatkah kamu berduka bagi dosa-dosamu, tetapi beraya kerana sukacita atas pemahaman (Neh 8:9-12)? Akankah kamu memohon bagi satu lagi kebaktian yang serupa dalam tempoh tujuh hari kemudian (Neh 8:13-18)?
Adakah kamu tahu cara mencari doktrin yang kukuh? Ia hanya dapat ditemui di dalam Alkitab. Ia tugas kamu untuk mencari kitab-kitab dengan setia untuk mengkaji jikalau apa yang kamu dengar itu betul atau tidak (Kis 17:11). Ia tugas kamu untuk menguji semua perkara dan berpegang teguh kepada apa yang baik (1Tes 5:21).Selepas itu, ia tugas kamu untuk memperjuangkan agama kerasulian itu yang dahulu disampaikan kepada orang-orang kudus Allah (Yud 1:3).
Adakah kamu tahu cara mencari doktrin yang kukuh? Ia hanya ada di dalam gereja-gereja benar Yesus Kristus, yang semakin tahun semakin kurang. Bolehkah kamu membaca 2 Timotius 3:1 – 4:4 dan cam bahawa kamu hidup pada masa yang membahayakan pada zaman akhir ini, yang kebanyakan orang Kristian dan gereja telah meninggalkan agama kerasulian untuk mengikuti ajaran duniawi yang sesat dan berkompromi?
Hai ayah, kebenaran dan hikmah Allah ada di depanmu untuk dipakai pada bila-bila sahaja. Kamu harus mendidik anak-anakmu; kamu harus melakukannya secara yakin dan dogmatik [sebagai muktamad, benar dan tidak boleh dipertikaikan]; kamu harus menguatkuasakannya. Masa depan keluargamu bergantung kepadanya. Berdirilah teguh, dan biarlah diri dihitung sebagai pahlawan perkasa Allah. Janganlah memperbetulkan anakmu dengan lemah seperti Eli yang tidak menguatkuasakan kesalihan. Dia hilang segala-galanya dengan penuh kepedihan. Tidak lama lagi, kamu akan berdiri dihadapan Allah dan memberi pertanggungjawaban bagi anak-anak yang telah diamanahkan Dia kepadamu.
Hai anak, bapamu tahu lebih daripada apa yang kamu dapat bayangkan. Jika dia mengajar kamu sesuatu, dengarkanlah dia. Jika dia tidak mengajarmu, mohon supaya dia mengajar. Apabila dia mengajar Kitab Suci Allah dan doktrinNya, ambillah perhatian! Rendahkanlah dirimu! Janganlah meninggalkan, iaitu lupa atau mengabaikan atau tidak pedulikan, hukumnya. Hormatilah dia bagi usaha-usahanya. Berterima kasih kepadanya. Ingatilah pelajaran-pelajarannya. Taatilah arahannya. Ajarlah anak-anakmu apa yang sama. Kamu boleh mengubahkan dunia!
Pastor, kamu duta Allah dan penjaga gereja-gerejaNya dan umatNya. Kamu ada doktrin yang baik, sebab kitab-kitab memanfaat dan lebih lagi. Khutbahkanlah firman (2Tim 4:1-4)! Berperanglah dengan pendengar-pendengarmu untuk merobohkan setiap fikiran yang bebal yang menentang doktrin TUHAN (2Kor 10:4-6). Jadilah api dan tukul (Yer 23:28-30). Tuhan ada bersamamu!