4:3
Sebab aku dahulu anak ayahku, lemah dan satu-satunya yang tersayang di pandangan ibuku.
Kanak-kanak merupakan berkat, tetapi mereka membawa tanggungjawab. Jika seorang lelaki menghamilkan seorang perempuan, dan perempuan melahirkan seorang anak, dan mereka membesarkan anak itu, mereka tidak melebihi apa yang dilakukan binatang – mereka telah melakukan pembiakan spesies mereka. Seorang ayah dan ibu yang sejati akan mengasihi setiap anak. Dan mereka akan memastikan mereka mengajar hikmah kepada setiap anak dengan teliti.
Ibubapa Solomo ialah Daud dan Batsyeba. Allah mengasihi Solomo, dan demikian juga Daud. Allah memilih Solomo dari kalangan anak-anak lelaki Daud untuk dijadikan raja yang kemudian Israel. Solomo tahu ayahnya mengasihinya dengan istimewa - “Aku dahulu anak ayahku” - dan ayahnya mengajar dia banyak perkara (Ams 4:1-9). Nasihat Daud di upacara kemahkotaan Solomo sungguh mulia (1Taw 28:1-21), dan nasihatnya pada waktu meninggal pun sungguh berhikmah (1Raj 2:1-9; 2Sam 23:1-7).
Batsyeba juga sungguh mengasihi Solomo. Dia dengan lemah lembut mengasihinya setiap saat kehidupannya, meskipun dia ada empat orang anak lelaki. Lelaki yang paling hebat ada ibu sedemikian – perempuan yang sungguh mengasihi mereka dan melakukan apa pun dan segalanya untuk mempersiapkan mereka untuk kelelakian dewasa. Batsyeba juga telah mengajar Solomo (Ams 1:8; 6:20; 31:1), dan dia merayu kepada Daud untuk Solomo, ketika ternyata bahawa mahkota itu mungkin diberi kepada seorang pesaing yang adik-beradik dengannya (1Raj 1:11-40).
Solomo berhujah daripada kasih yang besar ibubapanya terhadapnya untuk menjelaskan dorongan arahan yang diberi kepadanya (Ams 4:3-9), sebab dia mahu anak-anaknya untuk memahami kemahuannya yang besar untuk mengajar mereka juga (Ams 4:1-2). Sebahagian besar kitab Amsal ialah nasihat ayah kepada anaknya, terutamanya anak lelakinya. Dan pemakaian praktikal kasih ibubapa dalam hal mengajar hikmah ialah pelajaran yang kamu harus belajar daripada amsal ini.
Binatang melahir anak. Binatang menyusu anak mereka. Binatang membawa balik makanan. Binatang mengajar anak-anak kecil mereka untuk hidup. Binatang-binatang juga membantu untuk membunuh mangsa untuk makanan. Binatang mati dan meninggalkan sarang atau gua mereka diwarisi anak-anak kecil mereka. Tetapi kamu bukan binatang! Jika kamu punya keibubapaan hanya untuk membiak, memberi makan, memberi pakaian, hantar mereka ke sekolah, dan menyokong mereka secara kewangan, kamu tidak melakukan apa pun yang melebihi apa yang dilakukan binatang. Dan kamu tidak melakukan apa pun yang melebihi apa yang dilakukan ibubapa kafir bagi anak-anak mereka. Allah telah menugaskanmu dengan lebih banyak lagi.
Seorang anak ialah jiwa yang kekal, yakni suatu pinjaman daripada Penciptanya. Kamu harus mengajar setiap anak hikmah Allah – hikmah Amsal dan Alkitab. Kerja rumah bukanlah hikmah – kebanyakannya hanya bebelan. Membayar bagi mereka melangsungkan pelajaran mereka di universiti mungkin lebih teruk – kamu sedang merosakkan minda mereka menjauhi hikmah Allah. Ijazah kesenian liberal ialah lesen untuk fikiran yang gila. Jadilah benar! Ajarlah mereka sesuatu yang bernilai! Daud berkata, “Marilah, anak-anak sekalian, dengarkanku: Aku akan mengajar kalian takut akan TUHAN” (Maz 34:11).
Daud dan Batsyeba mengasihi Solomo, dan oleh itu, mereka mengajar dia. Adakah kamu mengasihi anak-anakmu? Ia tidak ada apa pun kaitan dengan perasaan sentimental dan membekalkan makanan, pakaian, tempat teduh, dan pendidikan bagi mereka. Adakah kamu memperlengkapkan bagi mereka supaya ada kejayaan moral di hadapan Allah dan orang baik dengan mengajar mereka takut akan Tuhan dan hikmah Allah yang terkandung dalam kitab ini?
Hai ayah, ini bukanlah suatu pilihan. Jangan hiraukan keletihan fizikal dan mental selepas kerja sepanjang hari. Bahagian-bahagian setiap hari dapat dianggap sebagai peluang-peluang didikan. Musa telah memerintahkan kaum bapa Israel untuk mendidik anak mereka dengan tekun, ketika mereka duduk di rumah mereka, berjalan di jalan, bangun pada waktu pagi, dan masuk kamar untuk tidur pada waktu malam (Ula 6:4-9). Jika kamu memenuhi tugas ini dengan teliti dan dengan sejati, kamu akan menjadi kemuliaan anak-anakmu (Ams 17:6).
Berapakah serius hal ini? Hidup atau mati atau neraka! Didikan yang wajar boleh menyelamatkan anakmu daripada kematian yang pramasa atau suatu kehidupan yang disfungsi dengan neraka di bumi (Ams 23:13-14). Pengabaian didikan ini akan membawamu malu yang selama-lamanya (Ams 29:15). Hai ibubapa, kamu menguasai masa depan anakmu di bumi ini (Ams 22:6,15). Apakah jenis kehidupan masa depan yang akan kamu beri kepada mereka pada hari ini?
Berapakah serius hal ini? Ayah diperintahkan untuk mengajar hikmah kepada anak-anak mereka (Efe 6:4), dan balu tidak harus disokong jika mereka tidak memegang bahagian utama ini untuk menjadi seorang ibu (1Tim 5:9-10). Perempuan hebat melaksanakan tugas ini dengan serius, dan mereka memiliki anak-anak yang ajaib, seperti Samuel dan Timotius (1Sam 1:24-28; 2Tim 1:3-5; 3:15). Seorang perempuan yang memelihara tugas ini dengan teliti dan dengan tulus akan dipuji oleh anak-anaknya (Ams 31:28).
Adakah kamu mengasihi anak-anakmu? Maka kamu akan menegur dan merotan mereka, untuk menyelamatkan mereka daripada kebebalan, masalah, dan kebinasaan dalam kehidupan mereka (Ams 3:12; 13:24; 19:18; 29:17). Lakukanlah itu sekarang, sementara adanya harapan. Lakukannya awal-awal, sebelum mereka belajar tabiat yang buruk. Jangan melepaskan mereka kerana tangisan. Allah di syurga mengisytiharkan bahawa kamu membenci anak-anakmu, jika kamu tidak bergiat dalam usaha-usaha yang serius untuk mengajar mereka takut akan Tuhan dan pengetahuan Alkitab.
Hal ini tidak berhenti ketika anak-anakmu berpindah keluar, sebab cucu juga adalah suatu tanggungjawab (Maz 71:18; 78:1-8; Yoe 1:1-3). Mereka hanya boleh jadi mahkota orang tua, jika mereka berjalan dalam jalan kewajaran dan hikmah (Ams 17:6). Seorang anak yang bebal ialah kecelakaan dan malu kepada seluruh keluarganya (Ams 10:1; 17:21,25; 19:13), dan seorang cucu yang bebal ialah sebahagiannya salah seorang datuk yang malas, yang tidak mendidik anak lelakinya untuk menjadi seorang ayah yang salih.
Dunia punya gagasan bagi didikan anak ialah Benjamin Spock, kereta mainan, memanja, Dr. Seuss, Sesame Street, rombongan ke zoo awam, MTV, telefon bimbit pintar pada umur 10 tahun, berdating pada umur 14, kereta pada umur 15, suatu biaya penuh 4 tahun di pusat jagaan anak bagi yang sudah akhil baligh dengan penuh hormon di negeri yang lain, dan suatu kenduri besar bagi pernikahan mereka kepada suatu orang yang mereka “cinta”.
Gagasan mereka tentang pendidikan ialah suatu skop dan babak yang telah direkakan oleh orang yang membenci Allah, memandang hina kebenaran, mengolok-olok ibubapa, memperkecilkan Alkitab, menolak doa, tidak bermoral, dan yang dari keturunan monyet yang rosak minda. Dengan membasuh otak muda mudi untuk 20 tahun dari pra-sekolah sampai kepada ijazah master, mereka menghasilkan suatu generasi siswazah yang paling muflis secara moral dan yang paling disfungsi secara sosial di sejarah dunia.
Adakah kamu mengasihi anakmu? Jangan sukat kesayanganmu dengan tahap generasi yang kebinatangan ini; sukat kasihmu dengan tahap Kitab Allah yang kudus dan yang berilham. Jika kamu semata-mata membesarkan anak dan membekalkan dengan lembut bagi mereka, kamu tidak melebihi apa yang dibuat binatang gerbil dan skunk bagi anak-anak mereka. Pelajarilah pelajaran hikmah di sini. Ajarlah mereka takut akan TUHAN, hikmah Amsal, kemuliaan Yesus Kristus, rahmat Allah yang berharga dalam keselamatan orang pilihanNya, dan harapan kekekalan yang mengubahkan hidup.
Adakah kamu memiliki ibubapa sedemikian? Maka puji dan sanjungi Allah syurga dan berterima kasih kepada ibubapamu jika mereka masih hidup. Allah ada belas kasihan yang besar bagimu dengan memberimu ibubapa yang baik, dan kamu harus bersyukur kepada Allah dan mereka. PilihanNya adalah menurut rahmat dan kemurahan sejati, kerana Dia tidak pernah mencarimu atau mereka. Pujilah namaNya yang mulia dan yang berdaulat!
Kalau kamu tidak memiliki ibubapa sedemikian, bersyukur kepadaNya untuk amsal ini dan hentikan kitaran keibubapaan yang tidak salih dan keluarga disfungsi dalam salasilah keluargamu. Kamu tidak perlu mengulangi sejarah dan mengutus anak-anakmu dengan kurang kasih dan kurang perlengkapan untuk menghadapi kehidupan. Kamu boleh memulakan suatu salasilah keluarga baru dan menciptakan suatu gambar yang hidup bagi kasih dan hikmah dalam keluargamu.
Ada hanya satu Ayah yang sempurna – Allah Bapa. Sementara memandang kepada anak-anak yatim kaum manusia yang berdosa, Dia tidak dapat mencari satu pun orang yang memahami atau mencariNya (Maz 14:1-3). Jadi, Dia pilih untuk menjadikan sesetengah daripada mereka sebagai anak angkat melalui hanya belas kasihannya, membayar untuk mereka dengan kematian AnakNya, menciptakan suatu sifat yang baru di dalam mereka oleh RohNya, dan menyediakan suatu warisan kekal di syurga bagi mereka (Mat 25:34; Rom 8:29-39; Efe 1:3-12). Apakah injil? Berita baik hal menjadi anak angkat!