4:7
Hikmah ialah apa yang utama; maka perolehlah hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu perolehlah pemahaman.
Di sinilah kunci kepada Amsal. Di sinilah kunci kepada kehidupan. Ini semua merupakan kata-kata Daud kepada anak lelakinya, Salomo (Ams 4:1-9). Ia menjelaskan tujuan kitab Amsal. Ia menjelaskan matlamat yang paling besar untuk kehidupanmu – pencarian hikmah dan pemahaman yang sangat penting.
Kebanyakan orang menjadi tidak tertumpu kerana mencari pelbagai benda yang lain. Ia kebebalan dan masalah manusia ketika apa pun cita-cita lain bersaing dengan hal memperoleh hikmah. Ia tugasmu dan keistimewaan bagimu untuk mempertimbangkan peluang yang ajaib akan hikmah dan mencarinya dengan segala kekuatanmu.
Hikmah ialah apa yang utama – apa yang paling penting dalam kehidupan. Apakah itu hikmah? Ia daya untuk menghakimi dengan betul – kemampuan untuk memilih penyelesaian yang betul bagi apa pun situasi. Ia tahu bagaimana untuk berfikir, bercakap, dan bertindak untuk menyenangkan kedua-dua Allah dan manusia sepanjang kehidupan.
Hikmah ialah dasar untuk kehidupan kemenangan. Tanpa hikmah, manusia membuat pilihan yang membawa kepedihan, kemiskinan, masalah, bahkan maut. Dengan hikmah, orang membuat pilihan yang membawa kesihatan, damai sejahtera, kemakmuran, kejayaan, dan kehidupan. Masa depanmu bergantung kepada kadar hikmahmu.
Pemahaman berhubung kait dengan hikmah, ia juga matlamat yang penting. Pemahaman ialah daya berbudi bicara – untuk melihat menerusi apa yang dinampak oleh mata dan mengenalpastikan kesilapan-kesilapan yang sebenar atau kesahihan sesuatu hal. Ia kemampuan untuk menanggapi sesuatu hal atau situasi dan menaakulinya dengan betul.
Tanpa pemahaman, manusia dengan mudah dapat diperdayakan dan disesatkan. Tanpa pemahaman, manusia mejadi keliru dan bingung. Dengan pemahaman, manusia dapat melihat apa yang orang lain ketinggalan, dan mereka dapat mengelak jerat dan perangkap kebebalan dan dosa-dosa yang menarik. Dengan pemahaman, kesukaran kehidupan menjadi amat mudah.
Di sinilah jalan ke arah kejayaan. Apakah yang akan kamu buat dengan aksiom ini? Jika kamu mengabaikan hikmah, kamu akan membawa kepedihan dan masalah kepada dirimu dan kepada keluargamu. Jika kamu menjadikannya suatu keutamaan untuk memperoleh hikmah dan pemahaman, kamu akan bersantai dalam kemakmuran yang penuh kesenangan. Penemuan hikmah membawa kehidupan dan keredaan Allah; tetapi pengabaiannya menyalahi jiwamu sendiri dan membawa maut (Ams 8:35-36).
Dunia ini belanja bertrilion-trilion dolar untuk pendidikan, tetapi mengabaikan hikmah dan pemahaman. Ibubapa berkorban supaya anak-anak dapat “memperoleh pendidikan”, seakan-akan itu merupakan matlamat manusia yang paling mulia. Mereka tidak sedar bahawa belajar tanpa hikmah atau pemahaman adalah berbahaya, sebab ia memberi keyakinan yang palsu di dalam pengetahuan. Si bebal yang berpendidikan adalah lebih teruk daripada si bebal yang jahil (Ams 26:12)!
Ia tidak penting untuk tahu siapa yang telah menemui Bolivia, atau jika ia memang ditemui. Kecuali kamu bekerja untuk NASA, tahap matematik calculus kurang kegunaannya, walaupun ia boleh dipakai untuk alasan suatu purata markah yang rendah. Kepandaian untuk mencurah semula fakta-fakta yang kamu tidak akan pakai di dunia yang sebenar ialah salah satu tipu helah paling besar yang pernah disebarkan. Paulus memberi amaran akan pembelajaran banyak yang tidak akan mencapai kebenaran atau hikmah (2Tim 3:6-7).
Hikmah ialah apa yang utama, tetapi ia tiada di dalam skop atau mata pelajaran di mana-mana pun tingkatan sekolah, di mana-mana daerah, atau di mana-mana negara. Suatu ijazah sarjana muda di Amerika memakan masa 17 tahun untuk pendidikan yang rasmi, tetapi ijazah itu diberi tanpa apa pun penilaian akan hikmah. Surat pencapaian/resume dengan rasmi menyenaraikan pendidikan dan pengalaman profesional, tetapi kekosongan apa pun hal tentang hikmah.
Hikmah dan pemahaman memerlukan pengetahuan dan takut akan Allah (Ams 1:7; 9:10; Ayb 28:28; Maz 111:10). Nak mula berhikmah pun tidak boleh jika kamu tidak takut akan Sang Pencipta dan mengasihiNya – Jehovah Alkitab. Tetapi syarat-syarat penting ini dan sumbernya di dalam kitab suci adalah terlarang dan diperolok-olok di institusi-institusi “pengajian tinggi” di Amerika dan di negara-negara lain.
Apakah pengajian tinggi yang sedang para pendidik bicarakan? Fakta-fakta yang tidak berkaitan dan penaakulan yang tidak waras! Fakta-fakta tanpa konteks yang betul dan tanpa tujuan yang berguna adalah tidak berkaitan dan sangat mengalihkan perhatian. Penaakulan tanpa Sebab Pertama yang betul dan tanpa moral yang mutlak ialah suatu khayalan. Para pendidik ini perlu belajar kisah The Emperor’s New Clothes, Pakaian Baru Raja, yang dikarang oleh Hans Christian Andersen.
Apakah matlamat-matlamat yang utama bagi negara-negara yang kononnya maju? Kenikmatan! Yang bukan lebih baik daripada kegilaan kepuasan diri orang Yunani (Kis 17:16-34). Wang! Yang merupakan akar segala kejahatan dan melemaskan manusia di dalam kebinasaan (1Tim 6:6-10). Kesihatan! Yang adalah amat tidak bernilai, jika kehidupanmu yang lebih kuat dan yang lebih panjang umur dipakai untuk melanjutkan lagi kehidupanmu yang disfungsi/rosak (Ams 13:15).
Hai ibubapa! Apakah yang kamu buat dengan atau untuk anak-anakmu? Adakah kamu mengajar mereka daya menghakimi dengan betul dan budi bicara yang betul? Adakah kamu memiliki kemampuan-kemampuan ini pada dirimu sendiri? Atau adakah kamu fikir bahawa kamu seorang ayah atau ibu yang hebat dengan membekalkan tiga sarapan sehari, beberapa jam aktiviti menonton televisyen, dan menjemput mereka daripada sukan bola sepak selepas sekolah? Kehidupan memang lebih daripada itu.
Hai ibubapa! Hikmah ditemui di dalam Alkitab, dan apa pun fikiran yang bercanggahan dengannya ialah kejahilan yang gelap (Maz 119:128; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5,20). Kamu harus belajar hikmah daripada Alkitab, dan kamu harus mengajarnya kepada anak-anakmu (Ula 6:4-9; Efe 6:4; 2Tim 3:15). Cik Huckleberry di sekolah rendah tidak akan melakukannya. Kebanyakan pastor dan gereja pun tidak akan melakukannya pada zaman kini.
Hai ibubapa! Hikmah ialah pandangan dunia yang Alkitabiah. Manusia mabuk dengan kepercayaan nihilisme, naturalisme, humanisme, panteisme, dan sebagainya. Anak-anakmu harus diyakini akan seorang Sang Pencipta, Yang telah menyatakan kebenaran mutlak di dalam Alkitab, yang sempurna di dalam setiap bahagiannya, dan mengandungi fakta-fakta tentang Yesus Kristus, si iblis, asal usul dan masa depan manusia, hukuman yang kekal, dan peraturan untuk kehidupan.
Hai ibubapa! Hikmah mungkin dapat dilihat dengan jelas dengan membandingkannya kepada kebebalan, sepertimana yang dilakukan banyak amsal Salomo. Kamu ada peluang sehari-hari di dunia yang keliru dan yang cabul ini untuk mengenalpastikan kebebalan manusia dan menunjukkan jawapan untuk hikmah – langsung daripada Firman Allah. Ia berkat keistimewaan bagi orang benar untuk mengolok-olok dan mempersendakan kejahilan orang bebal.
Hai ibubapa! Allah tidak meninggalkanmu tanpa bantuan. Dia telah memberimu suatu perpustakaan berilham yang mengandungi enam puluh enam buku yang melingkupi seluruh skop hikmah dan pemahaman. Dia memberi ilham kepada Daud dan Salomo untuk memberimu amsal yang ada di depanmu ini. Kitab Amsal harus dijadikan pembelajaran yang wajib bagi setiap anak. Dia juga telah menganugerahkan dan mentahbiskan pastor dan guru untuk membantumu.
Hikmah memerlukan kesetiaan (Ams 18:1) untuk menolak fikiranmu (Ams 3:5; 17;16; 18:2). Ia tidak boleh menjadi suatu kegiatan setengah masa, sebab ia mewajibkan ketekunan yang teliti untuk menyelam mencari harta-harta yang tersembunyi (Ams 2:1-9). Kamu harus menebus masamu untuk pencarian itu (Efe 5:15-17). Namun ia mudah untuk orang yang mengasihinya dan mencarinya dengan kesediaan yang rendah hati (Ams 8:17; 14:6).
Semoga Allah memberkati anak-anakNya untuk memudahkan kehidupan mereka – membuang segala kebisingan dan peralihan perhatian – untuk menumpu perhatian kepada hal-hal yang utama – hikmah dan pemahaman. Jangan biar dunia atau iblis mengalihkan perhatianmu dengan kegiatan-kegiatan yang remeh dan yang tidak bernilai. Jangan sertai kebanyakan orang yang kononnya Kristian pada zaman kini sementara mereka berpaling daripada kebenaran untuk dongeng seperti yang sudah Paulus nyatakan sebagai amaran (2Tim 4:3-4).
Yesus membesar dalam hikmah dan dalam keredaan dengan Allah dan manusia (Luk 2:52). Itulah matlamat-matlamat yang sempurna untuk dirimu dan keluargamu. Di dalamNya ada tersembunyi segala harta berharga akan hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Allah menaruh orang-orang pilihanNya di dalam Kristus Yesus dan menjadikan Yesus hikmah, kewajaran, pengudusan, dan penebusan bagi mereka (1Kor 1:30). Hikmah yang paling besar adalah untuk percaya itu dan hidup sepertinya.