Amsal · Proverbs

5:16
Biar mata airmu itu tersebar luas, dan aliran-aliran sungai mengalir di jalan-jalan.

Sebuah keluarga yang bahagia dan yang berpengaruh ialah berkat dan matlamat besar. Ia tidak terjadi melalui perzinaan atau perbuatan berkendak. Para pelacur tidak boleh membantu lelaki untuk membina salasilah keluarga – mereka sebaliknya membinasakannya. Generasi yang tercemar zaman kini menolak kemuliaan dan nilai keluarga, tetapi Allah menyanjungi keluarga, dan demikian jugagenerasi-generasi dahulukala yang mulia dan yang ulung. Di sinilah suatu lagi sebab untuk mengelak perzinaan, seks bersahaja, perbuatan berkendak, perkahwinan sejenis, dan dosa-dosa seksual yang lain.

Perbuatan berkendak dan perzinaan ialah nafsu-nafsu yang sungguh kuat. Rawatan untuk godaan-godaan ini adalah untuk mempertimbangkan berkat ajaib anak-anak yang sah. Perempuan asing ialah musuh yang sungguh berbahaya. Para teruna haruslah diajar dari awal-awal kemuliaan keluarga salih daripada kenikmatan yang mulia dengan isteri mereka yang sungguh berhasil. Solomo, Pengkhutbah yang berhikmah itu, mengajar pelajaran lanjut terhadap dosa seksual. Biar setiap orang pertimbangkan nasihatnya yang berilham dengan baik-baik; biar setiap perempuan juga belajar hikmah.

Bab kelima Amsal menangani hal perempuan asing – yang merupakan apa pun perempuan selain daripada isterimu sendiri. Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap godaan besar yang dihasilkan perempuan asing (Ams 5:1-3; 6-8,20). Dia menjelaskan kesan-kesan teruk hasil berdosa dengannya (Ams 5:4-5,9-14,21-23). Di sinilah ayah yang sempurna yang memberi kewaspadaan kepada anak lelakinya tentang jerat besar kehidupan. Sebab kepahitan apsintus dan ketajaman pedang bermata dua ialah kiasan metafora yang pedih sekali (Ams 5:4).

Solomo mengusulkan beberapa hujahan praktikal terhadap dosa-dosa seksual. Dia dengan terus-terang menjelaskan kepedihan pahit, maut, dan neraka yang dibawa dosa-dosa tersebut (Ams 5:4-5). Dia memberi amaran bahawa ia akan membinasakan reputasi (Ams 5:9) dan merosakkan nafkah (Ams 5:10). Dia memberi amaran tentang kepedihan hati nurani yang dilanggari (Ams 5:11-14). Dia memerintahkan kesetiaan kepada isteri yang sah (Ams 5:15) dan sikap terpesona dengan tubuh dan cinta asmara isteri (Ams 5:19-20). Dia memberi amaran tentang penghakiman Allah bagi dosa-dosa seksual (Ams 5:21) dan sifat ketagihan kebebasan-kebebasan seksual (Ams 5:22-23). Di sinilah hikmah yang cemerlang dan yang praktikal!

Kenikmatan seksual seorang isteri ialah salah satu pemberian besar Allah kepada lelaki. Ia sikap mulia di pandangan Allah (Ibr 13:4); ia harus dipakai kerap kali dan dengan berhikmah untuk melengkapkan kesenangan seorang suami dan isteri (1Kor 7:1-5); dan ia rawatan besar terhadap nafsu yang suka merayau-rayau (Ams 5:19-20). Ia diseumpamakan sebagai meminum air dari bejanamu dan perigimu sendiri (Ams 5:15), sebab lelaki haruslah memuaskan dahaga seksual menerusi isteri sendiri sahaja.

Tetapi amsal ini mengandungi satu lagi hujahan menentang perempuan asing. Orang berhikmah akan mempertimbangkan berkat dan kemuliaan sebuah keluarga yang sah, yang pengaruhnya dan kesenangan dirinya dijadikan kenyataan melalui anak-anaknya yang berkahwin dan yang mempunyai lebih lagi anak yang sah. Ini merupakan mata air dan sungai, yang harus diingini dan dinikmati seseorang. Melalui keturunan yang sah, seseorang boleh menyebarkan pengaruh dan kemuliaan meluas di jalan-jalan kotanya.

Anak-anak hasil dosa seksual bukanlah seperti demikian. Lelaki malu untuk mengakui anak gampang ialah anaknya sendiri. Anak gampang ialah peringatan kekal akan malu. Yefta ialah contoh yang tepat sekali (Hak 11:1-2). Allah Bapa pun berucap dengan hina akan mereka (Ibr 12:5-8). Sementara seseorang mungkin mengasihi anak yang luar nikah, masalahnya dan kesukarannya sungguh besar. Contoh Ishak dan Ismael membuktikan hakikat ini meskipun Abram memang telah “kahwin” dengan Hagar.

Solomo mengejar hujahan praktikal ini terhadap perempuan asing dalam tiga ayat (Ams 5:16-18). Seseorang lelaki harus bersukacita dalam pemakaian alamiah isterinya; dia harus mengingini dan menikmati persenyawaan anak, kehamilan, dan kelahiran anak isterinya; lelaki harus bersukacita dengan isterinya menjadi ibu kepada anak-anak. Di sinilah sesuatu yang perempuan asing tidak dapat menawar – ciptaan suatu keluarga yang sah dan yang salih bagi kemuliaan Allah dan bagi kesenangan pasangan ibubapa yang mulia.

Mata air lelaki ialah anak-anaknya, yang mampu menghasilkan lebih anak bersama isterinya, yang menanggung namanya dan akhlaknya. Yakub, atau Israel, merupakan mata air – dia ada dua belas anak lelaki (Ula 33:28)! Dan Yehuda merupakan salah satu sungai air – sebab dia membesar menjadi suatu bangsa yang kuat (Yes 48:1). Bangsa Israel merupakan mata air daripada Israel, atau Yakub (Maz 68:26). Bileam juga telah memakai metafora kreatif daripada air bagi keberhasilan bilangan orang Israel (Bil 24:7).

Mata air seseorang lelaki ialah isterinya yang tunggal, yang dinyatakan dengan cukup jelas dalam konteks. Bacalah, “Biar mata airmu itu diberkati: dan bersukacitalah dengan isteri masa mudamu” (Ams 5:18). Dan perempuan ini mampu melahir baginya mata-mata air tambahan amsal ini, iaitu anak-anak yang sendiri akan menambahkan pengaruhnya di kota dan di seluruh bumi. Suatu keadaan yang diberkati adalah untuk adanya anak lelaki dan anak perempuan yang saling bermain di jalan-jalan kota, dan semuanya daripada pangkuanmu sendiri (Zak 8:5).

Kanak-kanak, dan bilangan anak yang seberapa banyak, ialah berkat Allah. “Lihatlah, kanak-kanak ialah suatu warisan TUHAN: dan buah dalam kandungan ialah ganjarannya. Seperti anak panah yang ada dalam tangan lelaki yang gagah; demikianlah anak-anak yang muda. Berbahagialah lelaki yang tabungnya berisi penuh dengannya: mereka tidak akan malu, tetapi mereka akan berbicara dengan musuh-musuh di pintu gerbang” (Maz 127:3-5). Hikmah berapa banyak anak berubah-ubah dengan keadaan, tetapi sebagai peraturan am, Allah membenarkan banyak anak.

Isteri yang subur, seperti suatu mata air dan pokok anggur yang berbuah banyak, ialah berkat Allah. “Isterimu akan menjadi seperti cabang pokok anggur pada tepi rumahmu: anak-anakmu seperti pokok zaitun yang mengelilingi mejamu. Lihatlah, bahawa sebegitulah orang yang takut akan TUHAN akan diberkati. TUHAN akan memberkatimu dari Sion: dan kamu akan melihat kebaikan Yerusalem sepanjang hayatmu. Ya, kamu akan melihat anak-anak kepada anak-anakmu, dan damai sejahtera ke atas Israel” (Maz 128:3-6).

Tetapi dunia membenci Allah dan rancanganNya yang sempurna, maka mereka menolak keluarga untuk menggalakkan dosa-dosa seksual. Mereka dengan memakai eufemisme [memaniskan perkataan] memanggil perzinaan sebagai asmara cinta, sodomi pula dipanggil gay, dan dua lelaki yang berbaring di katil sebagai perkahwinan sejenis. Pendidikan dan industri hiburan memimpin rusuhan ini yang menentang rancangan Allah bagi keluarga dan sebaliknya memuliakan pasangan-pasangan yang lebih rendah daripada binatang, yang secara naluri pun tahu bahawa membiak adalah untuk menghasilkan keturunan.

Peraturan hikmah dalam amsal ini membantu dalam hal memilih jodoh. Seseorang perempuan yang ingin menjadi ibu akan lebih kurang menemui seorang lelaki yang sepadanan; seorang perempuan yang memperkecilkan keibuan akan mendapat lelaki yang berfoya-foya. Sementara dia tidak mahu memberi suaminya anak, maka dia tidak patut terkejut ketika lelakinya pun tidak setia, sementara sebuah keluarga ialah salah satu rawatan Allah terhadap perzinaan.

Lelaki muda patut diajar kemuliaan seorang isteri yang hamil dan ibu yang menyusu. Persenyawaan haruslah dipuji, kehamilan dinikmati, kelahiran anak dirayakan, menyusu disanjungi, dan anak-anak disanjungi tinggi. Generasi yang semasa ini adalah cabul, sebab kehamilan biasanya dielakkan; ia diajar sebagai beban dan penghakiman ketika ia terjadi. Biar Allah melarangkan kebebalan demikian! Biar orang benar membangkitkan kadar kelahiran dan menambahkan bilangan mereka di dunia ini.

Jika seseorang lelaki mengambil berat akan berkat ini dengan serius, dia tidak akan ada apa pun keinginan atau masa bagi perempuan asing, yang tidak dapat membina bersamanya sebuah salasilah keluarga dengan perkenan Allah dan manusia. Pelacur harus mengelak persenyawaan atau kelahiran untuk menyembunyikan dosanya, dan anak-anak luar nikah merupakan masalah kekal daripada kenikmatan yang berhasil. Pelacuran tidak membawa penambahan (Hos 4:10). Biar setiap lelaki muda membenci kebebalan yang akan mencuri penambahannya dan kemuliaannya.

Allah Bapa telah mengaturkan bagi Tuhan Yesus Kristus supaya mengahwini pengantin perempuanNya, iaitu gereja. Dia telah mentakdirkan suatu benih yang salih melalui kesatuan itu (Rom 8:29). Anak-anak angkat itu ialah mata airNya, iaitu keturunanNya (Ibr 2:13). Mereka menjadi tanda dan keajaiban di Israel, bagi kemuliaan rahmatNya (Yes 8:18). Dia melihat benihNya dan hayatnya yang dipanjangkan (Yes 53:10). Pujilah Dia, hai anak-anak sekalian! Berilah kemuliaan kepada Allah melalui Yesus Kristus kerana dapat menyertai keluargaNya!

Ia ketelitian pemupukan perhubungan di keluarga Allah yang pertumbuhan lebih lanjut terjadi, oleh berkatNya (Kol 2:19; Efe 4:15-16). Anak-anak Allah, iaitu rakyat Sion, pengantin perempuan Kristus, harus ada pengaruh di dunia bagi kemuliaan Suami dan Bapa mereka (Mal 2:15; Mat 5:13-16). Ya Allah Yang Berbahagia, bantulah anak-anakmu memenuhi keistimewaan besar ini sebagai keturunanmu untuk menyebarkan pengetahuanmu menerusi seluruh bumi.