Amsal · Proverbs

5:17
Biar semuanya itu hanya milikmu sendiri, dan bukan milik bersama orang asing.

Anak gampang ialah masalah yang besar, terutamanya kepada para raja. Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya untuk mengelak para pelacur, supaya jangan dia mencemarkan salasilah keluarganya. Seorang yang berhikmah bersuka dalam sebuah keluarga yang di dalam nikah, tetapi salah satu kesan dosa seksual yang boleh terjadi ialah kesukaran pedih akan anak gampang atau anak-anak tiri.

Seks utamanya adalah untuk kenikmatan, walaupun sebuah gereja di Rom berkata lain. Seks juga adalah untuk menggandakan diri, seperti seorang suami dan isteri boleh menciptakan sebuah keluarga oleh Allah yang memberkati cinta amsara mereka. Perkahwinan yang sedemikian dipanggil sebagai di dalam nikah, sebab semua pasangan dan anak yang lain adalah dianggap luar nikah dan tidak dibenarkan di dalam nikah!

Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya tentang dosa-dosa seksual (Ams 5:1-23). Walaupun dunia memanggilnya seks bersahaja, Allah memanggilnya perbuatan berkendak, perzinaan, dan pelacuran, dan Dia akan menghakimi setiap pelanggar (Ibr 13:4). Sebagai sebahagian pelajaran ini, dia telah menggesakan anak lelakinya untuk memaksimakan kenikmatan seksualnya dengan isteri sahaja (Ams 5:15,19-20). Dia kemudian menambahkan insentif berharga untuk memiliki sebuah keluarga yang sah tanpa apa pun pengeliruannya oleh perempuan-perempuan lain atau anak-anak lain (Ams 5:16-18).

Kata nama jamak, “mereka” dalam klausa pertama, “Biar semuanya itu hanya milikmu sendiri”, ialah mata air dan aliran-aliran sungai dalam ayat yang sebelum ini, yang merupakan anak-anak dan keturunan dalam nikah oleh lelaki yang baik dan yang mulia (Ams 5:16). Anak-anaknya harus sah oleh isterinya untuk memaksimakan kenikmatan, damai sejahtera, reputasi, dan kuasa oleh sebuah keluarga yang besar.

Lelaki yang salih, dan lelaki yang hebat, memahami nilai sebuah keluarga yang besar, yang bahagia, dan yang makmur (Maz 107:41; 127:3-5; 128:1-6). Mereka tahu bahawa ia merupakan salah satu berkat dan matlamat kehidupan. Mereka bukan seperti zaman kini punya lelaki cabul, yang memilih lelaki yang lain untuk dijadikan kekasih atau memakai perempuan untuk seks tanpa mengingini perkahwinan atau anak. Sebuah keluarga yang besar ialah dorongan yang bernilai untuk lelaki salih mengelak perempuan yang lacur. Ibubapa yang berhikmah akan melibatkan hal ini dalam didikan anak mereka.

“Orang asing”, dalam klausa kedua ialah para perempuan yang lacur (Ams 23:27). Para raja memiliki perempuan simpanan dari awal-awal, kerana kuasa dan kekayaan yang dimiliki raja. Raja Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya untuk mengehadkan seks kepada isterinya (Ams 5:19-20). Dia kerap kali memakai eufemisme [kata yang lebih lembut untuk menggantikan kata yang lebih kasar], “perempuan asing” (Ams 2:16; 5:3,20; 6:24; 7:5; 23:27; Hak 11:1-2). Perempuan tersebut merupakan seorang asing kerana dia asing kepada katil perkahwinan; dan lelaki tidak ada hak untuk berintim dengannya, sebab dia telah menjanjikan segala cinta asmaranya kepada isterinya. Walaupun dia mungkin mengenal perempuan asing dengan baik secara peribadi, perempuan tersebut adalah di luar hak seksual.

Allah telah membenarkan poligami kerana kekerasan hati manusia (Mat 19:8). Walaupun Dia boleh dengan mudah menciptakan banyak isteri untuk Adam, Dia telah memilih seorang isteri bagi setiap lelaki bagi alasan yang sungguh elok (Mal 2:14-15) – anak-anak yang salih. Poligami mencemarkan keluarga, seperti yang sejarah Wasiat Lama tunjukkan, meskipun poligami sebenarnya melibatkan perkahwinan yang sah.

Sara menggalakkan suaminya, Abraham, untuk mengambil isteri kedua yang bernama Hagar. Tetapi sebaik sahaja Hagar mengandung, sebelum sahaja mana-mana anak dilahirkan, iri hati dan masalah mula timbul (Kej 16:1-6). Sesudah setiap isteri melahirkan seorang anak bagi Abraham, tonjollah perseteruan secara terbuka, dan keluarga Abraham yang berpoligami dipecahbelahkan dengan kekal (Kej 21:1-11).

Anak-anak lelaki Daud berbalah di kalangan sesama diri, kerana Daud telah mencemarkan salasilah keluarganya dengan poligami (1Taw 3:1-9). Solomo telah sendiri menyaksikan percanggahan yang mematikan ini ketika Absalom membunuh Amnon kerana mencabuli kehormatan adik perempuan tirinya (2Sam 13:1-39). Dan dia telah mengalaminya sendiri, ketika Adonia cuba mencuri takhtanya (1Raj 1:1-53; 2:12-25).

Perzinaan adalah lebih teruk daripada poligami, kerana tiada kesetiaan atau perkahwinan sama sekali. Anak-anak yang dikandung dalam perzinaan tiada kedua-dua ibubapa yang mengasihi, kerana salah satu menghilang di rumah tangga, dan bapa tiri atau ibu tiri mungkin ketiadaan kasih sayang yang besar untuk anak tiri itu. Masalah-masalah demikian, yang muncul daripada perempuan simpanan, itulah yang sedang diwaspadakan Solomo kepada anak lelakinya dan juga kepada dirimu.

Tetapi betapa lebih teruknya ketika anak yang dihasilkan oleh pasangan yang lelaki-perempuan dirampas untuk membekalkan anak kepada dua lelaki atau dua perempuan dalam perkahwinan palsu yang sejenis? Sifat semula jadi pun mengutuk perkahwinan demikian dan menyangkal mereka kemampuan untuk menghasilkan anak (Rom 1:24-27,31; 1Kor 6:9; 1Tim 1:10; 2Tim 3:3), namun orang-orang cabul tersebut mahu hasil cinta asmara pasangan yang lelaki-perempuan. Solomo tidak pernah melihat percabulan yang sebegitu teruk. amsal ini dipakai dengan lebih berkuasa terhadap ciptaan-ciptaan demikian, kerana ia mengisytiharkan, “Biar [anak-anakmu] hanya milikmu sendiri, dan bukan milik bersama orang asing” (Ams 5:17).

Allah Yang Maha Hidup dan Yang sejati, Yang telah mengehadkan perkahwinan dan seks kepada satu lelaki dan satu perempuan, juga mengutuk kebanyakan penceraian – jenis penceraian yang kadarnya semakin tinggi pada zaman kini. Dia membenci penceraian yang demikian (Mal 2:16), dan Dia mengisytiharkan bahawa ia semata-mata suatu perundangan yang tipu yang dipakai dalam usaha membersihkan dosa perzinaan yang teruk sekali (Mat 5:31-32; 19:3-9). Penceraian demikian juga melanggari amsal ini, sebab ia memecahbelahkan perkahwinan dan mengelirukan keluarga dengan anak-anak tiri.

Anak-anak Allah patut berkahwin dengan pasangan yang salih dan yang berakhlak mulia jantina yang wajar dan membina keluarga besar dengan anak-anak yang sah, yang akan didik pasangan ini untuk mengasihi kesalihan dan membenci kekejian dunia ini. Semoga anak-anak melihat kemuliaan, merasakan sukacita, dan mengenal untung sebuah keluarga yang salih dan yang benar. Semoga mereka belajar untuk membenci perbuatan berkendak, perzinaan, liwat, dan penceraian yang tidak alkitabiah dan menganggap semua itu sebagai musuh-musuh keluarga. Semoga mata air dan aliran-aliran sungai anak-anak yang salih itu bertambah lagi (Ams 5:15-18; Maz 144:11-15).

Allah di syurga memiliki anak-anak keluargaNya dengan nikah yang mulia kepada Tuhan Yesus Kristus (Efe 3:14-15; 5:25-27; Ibr 2:10-13). Semua orang lain di luar rahmat pilihan Allah ialah anak gampang, dan dia menyangkal mereka kasihNya dan hukumanNya (Ibr 12:5-8; Efe 1:3-6; Rom 8:28-33; 9:21-24). Yesus Kristus menjamin hidup yang kekal kepada setiap satu anak-anak yang tersebut (Yoh 6:38-39; 10:27-28; 17:1-4), dan mereka di akhirat akan bersukacita di syurga dan bumi baru bersamaNya dan bersama Bapa mereka (Maz 16:11; 36:8; Yoh 14:1-3; Rom 8:17-23; Efe 2:4-7).