Amsal · Proverbs

5:15
Minumlah air daripada tangkimu sendiri, dan air yang mengalir daripada perigimu sendiri.

Sayangilah isterimu! Bersetubuh hanya dengannya! Biarlah perkahwinanmu itu yang paling hangat di dunia! Kamu tiada hak atas sesiapa perempuan yang lain. Kamu tidak harus memandang kepada sesiapa perempuan yang lain, berfoya-foya dengan perempuan lain, atau menjamah seorang perempuan lain secara seksual.

Berasmaralah dengan isterimu pada hari ini! Inilah rancangan Allah dan kehendakNya bagi hidupmu. Dia mahu supaya kamu memiliki kehidupan seksual yang hebat dengan isterimu yang hebat. “Biarlah dia seperti rusa bentina yang mengasihi dan kijang yang menyenangkan; biarlah payudaranya memuaskanmu pada setiap masa; dan jadilah terpesona selalu dengan kasihnya.” (Ams 5:19).

Allah yang benar tahu bahawa kehidupan boleh menjadi kekosongan dan mengecewakan, jadi Dia telah memberi suatu anugerah yang paling besar di dalam ciptaanNya: “Hiduplah bersukacita dengan isteri yang dikasihimu sepenuh hari-hari hayat kesia-siaanmu, yang telah diberi Tuhan kepadamu di bawah matahari, kesemua hari-hari kesia-siaanmu: sebab itulah bahagianmu di dalam hayat ini, dan di dalam kesemua jerih-lelahmu yang kamu buat di bawah matahari.” (Pkh 9:9).

Allah telah menciptakan cinta, seks, dan segala aspek wanita yang diperlukanmu – isterimu. Dia tahu kamu memerlukan dan mengingini seks, maka Dia telah memilih perempuan iaitu isterimu untuk berlatih sampai kamu berdua menjadi pakar. Semua perempuan yang lain terlarang. “Perkahwinan adalah mulia dalam segalanya, dan katil adalah tidak tercemar: tetapi pencari pelacur dan penzina akan Allah hakimi” (Ibr 13:4).

Alkitab ialah buku panduan yang sempurna akan cinta, perkahwinan dan seks. Allah telah menciptakan seks, maka Dia mempunyai pengetahuan sempurna akannya. Pernahkah kamu membaca Alkitab dan mendengarkannya dikhutbahkan supaya kamu dapat memaksimakan perkahwinanmu? Jika kamu pernah membaca dan mendengar ia dikhutbahkan, sudahkah kamu tunduk kepada pilihan berdaulat Allah dan takdir Allah akan isterimu dan tunduk kepada perintahNya tentang cara kamu harus melayani isterimu?

Air, suatu berkat berharga bagi cuaca kering di Timur Tengah, telah dipakai di sini sebagai kiasan bagi kenikmatan seks dengan seorang wanita. Air memuaskan dahaga, perlu bagi kehidupan, dan sungguh menyenangkan jiwa yang dahaga (Ams 25:25). Orang pada masa itu mengambil air daripada perigi; mereka menyimpan air di dalam tanki. Setiap orang memerlukan bekalannya sendiri untuk melindungi keluarganya dan dirinya sendiri.

Kaum lelaki memerlukan air kenikmatan seks, sebab Allah telah meletakkan keinginan besar di dalam diri mereka untuk seks (Kej 2:18; Ula 21:11; 1Kor 7:2,5,9). Apapun kekecualian yang ada akan mengesahkan peraturan ini dan tidak mengubah atau membatalkannya (Mat 19:10-12; 1Tim 4:3; 1Kor 9:5). Lelaki memerlukan seks secara apapun, tetapi Allah telah melarang semua makhluk yang lain kecuali satu – iaitu isterimu.

Kaum lelaki juga mendambakan makanan kerana Allah menciptakannya sebegitu, dan mereka mengingini dan menikmati berkat Allah ini (Maz 104:14-15; Peng 9:7), tetapi minum dan makan tanpa mengehadkan diri atau tanpa berdisiplin merupakan dosa dan kebebalan (Ams 23:20). Manusia harus benci dan menolak kerakusan dan kemabukan, dan mereka seharusnya tidak lupa bahawa melanggari peraturan Allah bagi air kenikmatan seks adalah berdosa dan layak untuk dihakimi.

Isteri seseorang lelaki ialah anugerah besar daripada Allah yang harus dinaiksyukurkan lelaki (Ams 18:22; 19:14). Pertimbangkan Yakub: “Dan bekerjalah Yakub tujuh tahun demi Rahel; dan bagi Yakub ia bagaikan beberapa hari sahaja, oleh sebab cintanya terhadap Rahel” (Kej 29:20). Seseorang lelakiboleh minum puas-puas kenikmatan seksual daripada isterinya sendiri sahaja, bukan daripada sesiapa perempuan yang lain, baik perempuan itu belum kahwin mahupun sudah kahwin.

Barang siapa pun tidak boleh mempertimbangkan tanki atau perigi orang lain, sebab isteri yang telah dipilih Allah untuk dirinya lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan dan kebahagiaannya.Memikirkan tanki atau perigi orang lain adalah berdosa dan membuka pintu kepada kebebalan yang besar (Ams 6:25; Ayub 31:1; Mat 5:28). Mana-mana wanita lebih daripada mencukupi untuk mana-mana lelaki, dan Allah telah memilih isterimu untuk dirimu sahaja.

Adakah kamu kecewa atau tidak puas hati di dalam perkahwinanmu? Adakah kamu bersetuju dengan apa yang telah tertulis di sini, namun sendiri secara peribadi tidak mengalaminya? Adakah kamu dahaga tetapi isterimu sudah kering? Atau kamu dapat nampak air itu tetapi jarang atau tidak dapat merasakannya? Adakah air tanki dan perigimu itu suam-suam dan busuk dan tak berapa menarik?

Jika bekalan air di rumah kekurangan secara apapun, mungkin pam perlu dibela. Bagaimanakah membela pam supaya beroleh air yang mengalir? Layanilah isterimu dengan apa yang telah diarahkan Sang Pencipta cinta, seks, perkahwinan dan perempuan untuk dilakukan dirimu. Begitu mudahnya. Allah menciptakannya sempurna seperti bunga mawar tetapi kekurangan cahaya matahari, hujan, tanah, dan pemeliharaan akan menyebabkan dirinya tutup.

Allah dan Salomo mengarahkanmu supaya melayaninya secara lemah-lembut semungkin seperti rusa bentina peliharaan, untuk dipuaskan sepenuhnya dengan tubuhnya, dan memilih untuk sungguh-sungguh menikmati persetubuhan dengannya. “Biarlah dia seperti rusa bentina yang mengasihi dan kijang yang menyenangkan; biar payudaranya memuaskanmu pada setiap masa; dan jadilah terpesona selalu dengan kasihnya” (Ams 5:19). Allah mengenal isterimu. Cubailah cara Allah.

Paulus menyuruhmu untuk mengasihi isterimu dan untuk menghargai dan memeliharanya, seperti yang kamu buat bagi tubuhmu sendiri (Efe 5:25-29). Raja Salomo menulis sebuah lagu cinta yang menjelaskan keberahian dan butir-butiran antara para kekasih dan perbuatan bersetubuh. Pernahkah kamu membaca Kidung Agung? Pernahkah kamu cuba bercakap kepada isterimu dan melayaninya dengan memakai cara lelaki itu melayani isteri kekasihnya?

Amaran kuat yang diinginkan amsal ini untuk mengehadkan dirimu kepada isterimu sahaja termasuk amaran memakai bahan lucah [pornografi], yang secara bebal mencuri kenikmatan visual daripada perempuan lain, menyebabkan ketidakpuasan dengan perempuanmu sendiri, dan menyakiti keyakinan atau keinginan perempuanmu untuk menjadi kekasih yang diperlukanmu dan yang diinginkanmu. Isterimu akan menjadi sehangat pilihanmu atau bantuanmu.

Setiap isteri Kristian, iaitu setiap anak perempuan Allah, patut berhati-hati dan setia untuk memastikan suaminya minum sepuas-puasnya, kerap kali, dan dengan penuh kenikmatan, supaya jangan isteri menghalau suami ke perigi yang bukan kepunyaannya, atas sebab kepahitan atau kekeringan di dalam tanki atau periginya sendiri (1Kor 7:2-5). Biarlah suami dan isteri, sementara suami memimpin dengan kasih, memaksimakan kenikmatan perkahwinan.