Amsal · Proverbs

5:18
Biar mata airmu itu diberkati: dan bersukacitalah dengan isteri masa mudamu.

Lelaki yang sudah kahwin ada mata air. Mereka patut bersyukur kepada Allah untuknya, melindunginya, menghormatinya, dan memakainya. Ia isteri masa mudanya yang melahirkan anak-anaknya. Seorang isteri adalah seperti mata air dengan maksud dia mengutus anak-anak untuk menyebarkan pengaruh suaminya. Orang berhikmah menilai setinggi-tingginya kelebihan seorang isteri yang sah ini berbanding seorang pelacur. Dia patut dengan sungguh-sungguh menikmati kehidupan dengannya.

Membapai anak-anak dengan seorang isteri ialah hal yang sungguh mulia dan yang indah. Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya supaya menentang perzinaan dengan menyanjungi pula keistimewaan dan kenikmatan akan keluarga yang sah (Ams 5:15-18). Mata air ialah kuasa penjanaan anak dengan seorang perempuan, yang telah dihadkan Salomo bagi anak lelakinya kepada isteri. Dan dia menyanjungi sebuah keluarga bahagia sebagai berkat dan sukacita yang layak untuk dirayakan.

Perzinaan membinasakan hal yang baik ini. Pelacur tidak dapat memberi itu. Mereka mengelak menjadi hamil, supaya jangan mereka didedahkan. Ketika seorang anak dilahir luar nikah, ia menyebabkan lebih masalah daripada berkat. Dan perzinaan meremukkan hati isterimu. Ia hanya anak-anak yang sah hasil perkahwinan monogami yang membawa berkat dan sukacita kepada pasangan ibubapa yang menyayangi.

Anak-anak lelaki patutlah diajar awal-awal bahawa kahwin muda – isteri masa mudamu – dan memiliki keluarga bahagia dengan anak-anak ialah matlamat seksual dan matlamat sosial yang besar. Gadis-gadis patut percaya bahawa menjadi seorang isteri dan ibu ialah peranan mereka yang paling bahagia dan yang paling mulia. Melahirkan anak, menyusu anak, dan anak-anak yang bahagia ialah berkat-berkat (Ams 17:6; Ayb 21:11; 42:16; Maz 107:41; 127:3-5; 128:1-6). Semua itu juga menjadi penghalang kepada perbuatan berkendak atau zina yang singkat dan yang mematikan.

Generasi yang cabul ini menghina dan mengolok-olok keluarga besar dari beberapa generasi dahulu. Saiz keluarga di Amerika telah jatuh dari purata 7.0 anak pada 1800 kepada 3.5 pada 1900 kepada 1.6 pada 2000. Kemerosotan ini berpunca separuh daripada perubahan masyarakat pertanian/perkampungan kepada masyarakat perkhidmatan/bandar, tetapi ia juga mencerminkan gaya hidup yang mementingkan diri dan yang lacur kebanyakan orang dewasa.

Sementara menyangkal hikmah keluarga bahagia, generasi yang gasang ini menggalakkan gaya hidup seks bersahaja, berpasangan banyak, kasih yang tiada tanggungan, perempuan profesional, perkahwinan tanpa anak, dan gaya hidup berdikari pasangan suami isteri. Unit keluarga yang telah ditahbis dan diberkati Allah, yang sepatutnya bagi kenikmatan, kemakmuran, dan perlindungan manusia, sudah menjadi bahan cemuh.

Penceraian, keibubapaan tunggal, bersekedudukan, dan perkahwinan sejenis sudah menjadi aliran semasa. Banyak anak dibesarkan di rumah yang hanya beribubapa tunggal. Ketika adanya dua orang sebagai ibu dan bapa pula, anak tunggal mereka dimanjakan dengan tidak terhingga. Kehidupan disfungsi anak-anak tersebut mengutuk aliran-aliran generasi yang jahat ini dengan hasil-hasilnya yang terang-terang nyata. Hikmah Allah akan unit keluarga langsung tidak akan ketinggalan zaman.

Orang benar, yang takut akan Allah dan percaya akan firmanNya, haruslah memulihkan kemuliaan dan kemakmuran keluarga – seorang lelaki dan perempuan yang setia seumur hidup, mengasihi anak-anak mereka yang seberapa banyak, dan bersukacita di dalam perlanjutan keluarga mereka melalui cucu cicit. Kamu dapat melakukan itu dengan membina perkahwinan dan keluarga kamu sendiri untuk menjadi contoh akan berkat dan kenikmatan, dengan mengutuk dan mengelak segala bentuk seks bersahaja di luar perkahwinan, dengan mengajar anak-anakmu hal-hal itu, dan dengan menegur dan mengolok-olok segala aliran sosial yang menentang ordinan-ordinan keluarga Allah.