5:19
Biar dia seperti rusa bentina yang mengasihi dan kijang yang menyenangkan; biar payudaranya memuaskanmu pada setiap masa; dan jadilah terpesona selalu dengan kasihnya.
Kepuasan dengan isterimu adalah wajib untuk perkahwinan yang bahagia. Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya untuk membuat tiga pilihan yang penting – mengasihi isteri dengan lembut seperti suatu objek yang sungguh halus yang disayangi, menghargai satu-satunya tubuh dan seksualiti isteri, dan biar kesayangan dan pengabdian isteri sangat memikat hatinya. Amsal yang berilham ini mengandungi nasihat perkahwinan yang paling perlu untuk suami. Seorang lelaki dapat beroleh banyak untung dengan belajar dan melakukan hikmah yang terkandung dalam amsal ini seperti dalam Kolose 3:19.
Jika seorang lelaki membiarkan kepahitan mengeras hatinya terhadap isterinya, mengingini tubuh wanita orang lain, atau memandang hina usaha isterinya untuk menjadi kekasihnya, dia akan membinasakan perkahwinannya, seksualitinya, dan jiwanya. Ketidakpuasan, terutamanya di dalam perkahwinan, ada kesan-kesan yang sungguh buruk. Berhati-hati! Allah Yang Maha Bahagia, Yang pengetahuanNya akan kasih dan kenikmatan perkahwinan melebihi pengetahuan semua lelaki bergabung bersama. Dan Dia telah memberi arahan yang berharga kepada orang yang mahu merendahkan diri, mendengar, dan memakainya.
Seseorang yang pahit hati sungguh-sungguh tidak bahagia, kerap kali geram, dan cacat dalam daya seksualitinya. Dia akan meluka dan mengabaikan isterinya, sehingga dia tidak dapat mengasihinya, dan perkahwinan itu menjadi pura-pura. Dia akan menjadi mudah tergoda oleh perempuan asing, yang payudara mereka tidak mampu memuaskan, tidak kira betapa cantik, sebab ia dimiliki oleh perempuan kejam yang telah Allah kutuk (Ams 5:9). Salomo, ayah yang mengasihi dan yang berhikmah, dengan serius memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap bahaya ketidakpuasan.
Rusa bentina biasanya merujuk kepada jenis rusa yang merah. Kijang ialah spesies rusa dari Eropah dan Asia. Dua maksud itu bergabung menerangkan kepada kita suatu rusa yang kecil, halus, bergerak dengan cantik, dan yang lemah-lembut. Rusa sedemikian ditangkap, dijinakkan, dan dinikmati sebagai haiwan peliharaan oleh para raja dan orang lain pada zaman Salomo. Sifatnya yang halus dan lembut ialah kesukaan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Dan orang berhikmah akan merujuk kepadanya sekali lagi ketika menjelaskan kecantikkan isterinya (Kid 4:5; 7:3).
Kalau digabungkan dengan adjektif-adjektif Salomo, “mengasihi”, dan, “menyenangkan”, kamu akan melihat suatu gambaran perkataan seorang perempuan yang menyukakan dan yang sangat dihargai, yang layak untuk dikasihi dan dilindungi. Puteri Hikmah memanggil semua lelaki supaya memandang kepada isteri mereka dengan cara demikian dan melayani mereka dengan wajar. Seorang suami harus dengan prihatin melayani isterinya dengan sayang yang lembut dan dengan kelemah-lembutan yang bersabar, akan seperti dia sedang menjaga rusa yang mengasihi dan yang menyenangkan. Paulus mengesahkan peraturan ini di dalam Wasiat Baru, di tempat yang dia mengarahkan lelaki untuk membela – melayani dengan perhatian istimewa – isteri mereka (Efe 5:28-29).
Allah membentuk payudara Hawa dan segala butiran tubuhnya yang sebegitu ajaib kepada mata dan jamahan Adam. Dan tiada apa pun yang telah berubah – lelaki masih terpesona dengan tubuh wanita. Allah telah menjadikan lelaki untuk menjadi tertarik kepada tubuh wanita, dan di dalam perkahwinan, ia kekal membawa lelaki kembali untuk lebih lagi. Tubuhnya dan persetubuhannya harus dijadikan suatu sumber kesukaan yang kekal. Seorang perempuan yang berhikmah akan mengenal dan memakai kesempatan kelebihan ini untuk kebahagiaan suaminya dan kebahagiaan dirinya sendiri.
Persetubuhan seksual yang kerap, kreatif, ghairah, dan dengan pelbagai cara bukanlah cadangan, kemungkinan, atau citarasa sendiri; tetapi merupakan perintah (1Kor 7:1-5). Ia menjadi suatu tindakan buruk yang memungkiri waad, menipu, dan membenci ketika kamu menahan daripada pasanganmu perlaksanaan apa pun aspek tugas istimewamu dan kenikmatan mulia ini. Allah akan menghakimi segala pasangan yang mementingkan diri sendiri atau yang kedekut, sebab Wasiat Baru pun memberi amaran bahawa Allah mahu kedua-dua pihak dalam perkahwinan untuk puas penuh.
Sementara payudara disebut dengan jelas sekali dalam amsal ini, ia merupakan suatu kiasan sinekdok bagi seluruh tubuhnya dan kenikmatan seksualnya. Tetapi kepentingan payudara untuk daya tarikan dan persetubuhan dibawa kepada perhatian kita dengan cukup kuat melalui bahasa Salomo yang terus-terang ini. Tiada apa pun yang telah berubah; payudara masih cantik dan penting di dalam penampilan dan pencapaian seksual seorang perempuan (Kid 4:5; 7:1-10; Yeh 16:7; 23:3,8; Hos 2:2). Perempuan pada zaman Salomo mengambil berat tentang payudara mereka sama seperti perempuan pada zaman ini (Kid 1:13; 8:8-10).
Tetapi masyarakat yang durjana ini cuba mendedahkan payudara kepada pandangan umum. Tindakan itu harus orang Kristian lawan dengan keras sekali. Pakaian yang tidak senonoh yang menyerlah, menonjol, atau mendedahkan saiz atau bentuk payudara haruslah ditolak. Dan peraturan kekudusan dan kesalihan ini harus dipakai kepada segala bahagian tubuh wanita yang juga menarik perhatian dan kemahuan lelaki. Keadaan semasa dengan banyak pakaian tidak senonoh menjadikannya sukar bagi lelaki untuk berpuas hati di rumah untuk perkahwinan yang hebat. Allah membenci penampilan perempuan yang tidak senonoh (Yes 3:16-24; 1Tim 2:9-10; 1Pet 3:3-4).
Amsal ini mengikat dan mengongkong setiap lelaki supaya berpuas hati dan membahagiakan diri dengan payudara isterinya, keseluruhan tubuhnya, dan persetubuhannya. Ia merupakan pilihan. Setiap suami harus memilih untuk menumpukan perhatian kepada apa yang dimilikinya, daripada merungut akan nasibnya bagi apa yang tidak dimilikinya. Itu perintah. Amsal di sini bukanlah suatu cadangan, dan setiap lelaki dapat melakukannya, jika dia mahu mentaati Tuhan. Sudah tentulah, jika isterinya sedang membulurkannya kenikmatan seksual atau sudah membiarkan kecantikannnya merosot, ia tugasnya dan haknya untuk memperbetulkan situasi itu dengan pengurusan perkahwinan yang berhikmah dan yang mengasihi (Kej 3:16; 1Kor 7:3-5; 11:9; 14:34-35; Efe 5:22-24; Tit 2:4-5).
Pencipta yang tidak terhingga, yang telah merekakan kasih, seks, dan butir-butir tubuh kedua-dua jantina, telah mengehadkan lelaki secara seksual kepada satu wanita, dan hanya wanita itu dalam perkahwinan. Untuk mengelak monogami menjadi monotoni [jemu], Dia memberi peraturan-peraturan ini sebagai nasihat perkahwinan bagi lelaki. Jika seseorang suami memegang peraturan-peraturan ini, dia akan sedar kebahagiaan mulia dan kepuasaan yang merupakan niat TUHAN ketika menciptakan Hawa untuk Adam (Kej 2:18; 1Kor 11:9). Dia akan dengan membara berkata dengan Penciptanya, “Ia sungguh baik!” Hollywood dan Playboy ialah sampah masyarakat yang teruk bagi hal kasih dan seks, seperti yang terbukti dalam kehidupan, penceraian, disfungsi dan ketidakbahagiaan mereka. Kasih yang paling hebat khususnya untuk Kristian yang taat.
Untuk menjadi terpesona dengan sesuatu adalah untuk mengambil dan merampas dengan kuasa yang ganas, seperti merampas jarahan daripada musuh. Untuk mempesona seseorang adalah untuk menguasai mereka dan merampas diri mereka, seperti jatuh kerana cinta! Orang berhikmah memilih untuk dikuasai sayang, pengabdian, dan persetubuhan isterinya. Peraturan di sini bukanlah untuk mempesonakan isterimu, tetapi untuk dipesonakan isterimu. Tetapi sementara kaum isteri ialah jenis yang membalas, mempesona juga melibatkan kasihmu kepadanya. Ia pilihan untuk dimanjakan dengan kesayangannya, sehingga perempuan asing tidak ada jalan untuk mendekati atau menggoda pun.
Dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman, mana-mana pun perempuan ada lebih kemampuan dan kemahiran untuk kenikmatan seksual daripada mana-mana pun lelaki, yang bermaksud isterimu berkemampuan lebih daripada apa pun yang kamu dapat nikmati, jika kamu mengasihinya dengan wajar. Allah Yang Maha Benar melakukan segalanya dengan baik, termasuk fakta tentang lelaki dan perempuan ini yang kerap kali dilupakan. Walaupun perempuan diciptakan untuk lelaki (Kej 2:18; 1Kor 11:9), kenikmatan lelaki yang terbesar datangnya dengan mengutamakan kenikmatan isteri (Kid 2:6-7; 8:3-4). Bantulah isterimu untuk menjadi yang terbaik, dan bersukacita di dalam kasihnya tanpa apa pun pertimbangan kepada perempuan yang di luar keluargamu.
Ia patut sudah cukup terang bahawa pornografi dikutuk sepenuh-penuhnya oleh amsal ini. Menjadi puas dengan payudara dan tubuh isterimu pada setiap masa tidak mengizin pandangan sekejap pun kepada payudara atau tubuh perempuan yang lain. Seorang lelaki yang ingin mengamalkan amsal ini, harus juga sungguh berjaga terhadap televisyen dan majalah dan mengelakkan pantai awam atau kolam renang awam, pusat membeli belah pada musim panas, gim yang campur lelaki dan perempuan,dan pejabat dengan perempuan yang tidak senonoh. Jika peraturan-peraturan sedemikian terlalu sukar untuk dirimu, maka, jangan merungut tentang perkahwinanmu yang tidak bahagia.
Perempuan juga boleh membinasakan perkahwinan, seksualiti, dan jiwa mereka, ketika mereka harap suami mereka orang lain. Seseorang perempuan tidak harus mengingini komunikasi, emosi, kepandaian, kepimpinan, personaliti, kerohanian, kejayaan, atau apa pun ciri yang dia nampak dalam lelaki yang lain. Dia harus elak memikirkan hal-hal itu. Fikiran-fikiran demikian adalah serupa dengan suaminya yang ingin wajah, payudara, pinggang, atau kaki perempuan yang lain. Dia harus memilih untuk berpuas hati dengan lelaki yang telah dia kahwin, sama seperti dia mengingini suami supaya berpuas hati dengannya.
Buku novel romantis, yang menceritakan lelaki khayalan, godaan yang ghairah, dan emosi yang tidak realistik dalam keadaan idealistik, ialah pornografi bagi perempuan. Membaca cerita dongeng sedemikian akan membawa perempuan untuk menjadi tidak senang hati dengan suaminya, sebab tiada lelaki yang akan dapat mencapai gagasan-gagasan yang sebegitu karut. Membaca dan mengidam-idamkannya merosakkan diri sendiri dan kegilaan. Ia dosa yang serupadengan suami mengurangkan nilai isteri mereka dengan memandang kepada pornografi.
Kepuasan hati dalam perkahwinan ialah pilihan yang dipelajari, seperti di dalam hal-hal yang lain (Flp 4:11). Ia suatu perangai, dan bukan keadaan yang lebih baik (Flp 4:12). Tiada pasangan yang sempurna, dan tidak akan ada pada masa depan. Tiada pekerjaan, perniagaan, rumah, kereta atau cuti yang sempurna. Jadi, kunci kepada kejayaan dalam perkahwinan adalah untuk menjadi puas hati – bukan sahaja puas sepenuh-penuhnya, malah terpesona – dengan orang yang telah kamu kahwin. Jangan tunggu untuk orang yang kamu perlu ubah, atau berharap kamu berada bersama orang lain. Keuntungan besar ialah kesalihan bersertakan kepuasan (1Tim 6:6), dan ayat itu sudah tentu dipakai dalam hal perkahwinan juga.
Hai suami, kamu telah membaca nasihat perkahwinan yang bernilai tinggi daripada orang yang paling berhikmah yang pernah hidup di bumi ini, yang memiliki 1000 orang isteri (1Raj 11:3). Kebahagiaan perkahwinan, kasih dan seks yang memuaskan bergantung kepada dirimu. Nasihatnya mudah sahaja: pertimbangkan isteri dan layaninya dengan halus dengan kesayangan lemah-lembut, pilihlah untuk selalu berpuas hati dengan tubuhnya dan persetubuhannya, dan tumpukanlah perhatianmu kepada pengabdiannya, kasihnya, dan kesetiaannya. Kamu boleh menjadi teramat bahagia!
Jangan biar seorang perempuan yang lain mendekati mana-mana pun aspek tersebut. Kata-kata Salomo sungguh bernilai untuk menggalakkan suatu perkahwinan yang hebat, tetapi ia diberi untuk menghindari godaan-godaan perempuan asing. Dengan menyanjungi isterimu kepada pangkat yang benar, kamu akan dilindungi daripada daya tarikan perempuan lain, yang harap untuk menggoda, menggeram, dan membinasakanmu. Tiada damai sejahtera, kenikmatan, atau kemakmuran sejati untuk si penzina. Oleh sebab itu, firman Allah adalah mudah – jangan pandang atau fikir tentang perempuan yang lain (Ams 6:25; Ayb 31:1; Mat 5:28).
Hai isteri, jika suamimu harus dipuaskan, bahkan terpesona denganmu dalam tiga cara yang telah diterangkan bagi perkahwinan yang hebat, apakah yang sedang dibuat kamu untuk membantunya? Adakah kamu makluk yang lembah-lembut dan yang berbudi baik yang layak untuk kesayangan, seperti rusa yang mengasihi dan kijang yang menyenangkan? Adakah kamu berdiet dan bersenam untuk menjaga susuk tubuh yang serupa dengan seorang perempuan yang langsing? Adakah kamu memakai tubuhmu dengan berani bagi kenikmatan biasa suami? Adakah kamu mencurahkan kelimpahan sayang, pengabdian, persetubuhan, dan pujian, ke atasnya? Adakah kamu melakukannya dengan agresif, dan dengan keghairahan? Adakah kamu menawannya atau menjemukannya?
Kedatangan Tuhan yang tidak lama lagi akan memperlihatkan perkahwinan antara Pengantin Lelaki dan pengantin perempuan yang sempurna. Tiada kerinduan untuk mana-mana yang lain, sebab Dia akan menjadi ajaib dengan mulia sampai ke tahap yang tidak terhingga melebihi segalanya yang dapat kamu bayangkan, dan Dia akan sudah menyempurnakanmu dengan sempurna bagi diriNya (Maz 45:10-15; Efe 5:24-27; Wah 19:7-8). Lekas marilah, ya Tuhan Yesus!