5:21
Sebab jalan-jalan manusia ada di depan mata TUHAN, dan TUHAN merenung semua penjelajahannya.
Mata Allah berada di merata-rata, dan melihat segala perilaku (Ams 15:3; Maz 11:4; 139:1-12). Setiap fikiran, perkataan, dan perbuatan adalah telanjang dan terdedah kepada mata Allah Yang Maha Tahu yang melihat segalanya. Dia melihat dan mempertimbangkan segala perbuatanmu, maka kamu patut takut akan Dia dan membenci dosa. Kamu patut mengaturkan kehidupanmu, kedua-dua di tempat sunyi dan di tempat awam, untuk menyenangkanNya di dalam segala jalan, pada setiap masa.
Tetapi amarannya jauh lebih teliti – kamu patut takut kepada Allah Yang melihat dosa-dosa seksualmu. Di sini ayah berhikmah Salomo telah memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan asing dan mengajar rawatan baginya. Dia pahit, pedih, dan mengheret lelaki ke maut dan neraka (Ams 5:4-5); dia membinasakan kehidupan (Ams 5:9-11); dia membawa belenggu (Ams 5:22-23). Keselamatan yang berilham adalah untuk sepenuh-penuhnya mengasihi isterimu dan berpuas hati dengan tubuhnya dan asmara cintanya (Ams 5:15-19).
Dosa-dosa seksual dilakukan dengan rahsia. Para penzina bertemu di tempat sunyi atau di tempat gelap (Ams 7:9; Ayb 24:15). Para penagih pornografi menyorok bahan-bahan lucah dan membuat alasan untuk bersendirian (Yeh 16:17; 23:14-16). Orang yang berkhayalan percaya akan fikiran, bayangan, dan keinginan sepenuh-penuhnya tersembunyi daripada semua orang (Ams 24:9; Maz 10:11; Yeh 8:12). Isteri yang mungkir nikah fikir bahawa dia benar dan selamat untuk mengelak seks dengan suaminya (1Kor 7:3-5).
Tetapi Tuhan Allah melihat dan mengenal segala perbuatan dan fikiran demikian. Tiada apa pun yang tersembunyi daripada mataNya. Kegelapan adalah seperti terang tengah hari kepadaNya. Dia mengisi syurga dan bumi; di manakah tempat yang akan kamu pergi sembunyi? Dia menanggapi sampai kepada fikiran dan niat hatimu. Dia tahu dan mempertimbangkannya dengan baik-baik. Dan Dia membenci dan menghakimi dosa-dosa seksual (Kel 20:14; Ima 18:6-25; 20:10-21; Mat 5:28; Ibr 13:4). Ia tidak memberi apa kesan bagi Dia kalau kamu telah berjaya menyembunyikan jenayah seksualmu daripada orang lain.
Ayah itu menanya anak lelakinya, “Mengapa mahu menyentuh seorang perempuan asing?” (Ams 5:20). Perempuan itu membawa kepedihan dan kebinasaan yang sungguh dahsyat (Ams 5:4-11); perempuan itu menyebabkan pembelengguan dan maut (Ams 5:22-23). Tetapi ayah itu paling mahu anak lelakinya untuk tahu bahawa Allah melihat segala aktiviti seksual dan fikiran, dan Dia mempertimbang dan menimbang-nimbang segala itu. Tuhan di syurga akan memberi berkat-berkat kepada orang yang suci dan setia secara seksual; Dia akan mengutus penghakiman yang pedih, dan penghakiman yang menghukum kepada orang yang najis dan yang bebal.
Orang mengerah banyak usaha untuk menyembunyikan dosa-dosa seksual daripada orang lain kerana rasa salah, takut, dan malu, tetapi satu-satuNya Hakim yang patut mereka takut itu dapat melihat setiap perbuatan dan fikiran di sebaliknya dengan cukup jelas. Mengapa mahu takut akan orang lain mengenal dosa-dosa seksualmu, sementara Allah Yang Maha Kudus itu ialah Hakim yang lebih besar? Ini membuktikan perdayaan dan ketidakwarasan hati manusia yang rosa dan yang degil, iaitu jenis yang memakai daun ara untuk menutupi ketelanjangan, sementara hanya darah nyawa yang tidak bersalah dapat benar-benar melindungi.
TUHAN melihat dan tahu rahsia-rahsia seksualmu, dan kamu lebih baik mengekalkan kehidupan seksualmu suci dan kudus, sebab itulah kehendak Allah (1Tes 4:1-8). Dia melihat segala aktiviti seksualmu, fikiran seksualmu, dan perkataan seksualmu. Dia akan pasti memberkati orang benar dan menghakimi orang durjana. Kamu tidak dapat menyembunyi atau melepasi pandanganNya yang tajam menembus, dan kamu tidak dapat mengelak kesan-kesannya.
Tuhan Yesus Kristus telah dicubai dari segala cara yang kamu sedang dicubai, tetapi Dia kekal setia kepada AllahNya, lebih baik daripada Yusuf. Dia bujang, dan diikuti perempuan-perempuan yang mengabdikan diri kepadaNya, dan Yesus lebih diingini dan lebih menyayangi daripada mana-mana lelaki, namun Dia hidup dengan sama sekali setia dan suci kepada Allah BapaNya. Akuilah dan sangkalkanlah dosa-dosa seksualmu yang sudah diserahkan kepadaNya, dan kemudian ikutilah teladanNya yang kudus pada hari ini juga. Dia akan memberimu kekuatan yang semakin bertambah sementara kamu mentaatiNya.