5:20
Buat apa, hai anakku, kamu terpesona dengan perempuan yang asing, dan mendakap dada orang asing?
Buat apa kamu ingin nak fikir pun tentangnya? Seorang perempuan yang menawarkan keintiman seks ialah godaan yang besar. Pengampuannya berbunyi sayang dan tubuhnya yang menarik melemahkan banyak lelaki. Tetapi kesan-kesan yang buruk merosakkan kenikmatan itu! Buat apa kamu ingin nak fikir tentangnya? Ia akan membinasakanmu.
Ayah yang baik memberi amaran kepada anak-anak lelakinya dengan terus terang tentang perempuan yang lacur, sama seperti yang kerap kali dilakukan Salomo (Ams 2:16-19; 5:1-23; 6:20-35; 7:1-27; 9:13-18; 22:14; 23:26-28,33; Pkh 7:26). Perempuan lacur merupakan salah satu bahaya untuk lelaki muda, terutamanya untuk para pemerintah. Adakah kamu mengenal bahayanya yang besar?
Tidak kira betapa menarik perempuan itu, tidak kira betapa mengangkat-angkat pertuturannya, dan tidak kira betapa pasti kamu tidak akan ditangkap, berkendak dengan seorang perempuan yang asing ialah jenayah yang teruk sekali. Kesan-kesannya lebih pedih daripada maut, lebih kekal daripada kehidupan, mendalam seperti neraka, dan jarang adanya orang yang dipulihkan untuk kembali kepihak orang yang hidup.
Perempuan yang asing ialah mana-mana perempuan yang tidak kamu kahwin. Kalau kamu tidak berkahwin dengannya, kamu tiada hak untuk menjamahnya. Isterimu ialah teman sepanjang hidupmu, dan mana-mana perempuan yang lain adalah asing. Sesudah memberi sebab-sebab yang negatif (Ams 5:1-14) dan yang positif (Ams 5:15-19) terhadap mengelak perempuan yang asing, Salomo telah menyoal mengapa anak lelakinya mahu pertimbangkannya pun.
Rawatan bagi hal perempuan asing ialah perkahwinan yang hebat bersama isterimu (Ams 5:19; 1Kor 7:1-5; Ibr 13:4). Dengan menyanjungi isterimu dalam mindamu, dengan memilih untuk berpuas hati dengan tubuhnya, dan dengan memilih untuk menjadi terpesona dengan kasihnnya, tiada ruang dalam hati untuk mana-mana perempuan yang lain. Kamu tidak boleh membenarkan apa pun kepahitan atau kesilapan untuk merosakkan kasih sayangmu bagi isterimu (Kol 3:19).
Kesan-kesan seks dengan perempuan asing adalah buruk sekali. Salomo pernah menyebut mereka sebagai maut dan neraka (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18). Kehidupan yang maut dan yang neraka, dan neraka sesudah maut! Jarang ada orang yang pulih (Ams 2:19). Hai lelaki muda, lupakanlah wajah dan tubuh yang cantik. Jangan peduli akan kata-kata yang mengampu. Tolaklah mana-mana undangan. Jangan biar dia menyentuhmu atau menciummu. Lari diri jauh-jauh daripadanya.
Kamu akan menyakiti hati isterimu, yang Allah nampak (Mal 2:13). Kamu akan menghilangkan temanmu yang pasti (Mal 2:14). Kamu akan kehilangan wangmu (Ams 5:10) dan reputasimu (Ams 5:9). Kamu akan ada seorang suami atau ayah yang membencimu (Ams 6:34-35). Tidak seorang pun yang akan memahami mengapa kamu melakukannya (Ams 6:30-33). Allah akan melihatnya dan menghukummu (Ams 5:21; 15:3; Ibr 13:4).
Kamu akan menimbulkan suatu ketagihan seksual yang akan membinasakan dirimu (Ams 5:22-23; 23:27). Hati nuranimu akan menghukummu dengan kepedihan (Ams 5:11-14). Kamu akan kehilangan peluang sebuah keluarga yang makmur dengan anak-anak di dalam nikah (Ams 5:15-18). Kenikmatan itu hanya untuk seketika; kepedihan itu untuk selamanya (Ams 9:17-18). Kamu akan memberi peluang bagi musuh-musuh Allah mengkufurimu (2Sam 12:14). Doa-doamu tidak akan didengar (Maz 66:18), dan kamu akan menghadapi lautan api (Wah 21:8).
Allah dengan belas kasihan besar telah mencipta Hawa untuk Adam, dan Dia telah mentahbiskan perkahwinan untuk dirimu supaya dipuas secara seksual dengan seorang isteri yang setia dan yang membantu (1Kor 7:1-5; Ibr 13:4). Dia menciptakan kasih, perkahwinan, dan seks. Buat apa kamu nak fikir pun untuk mengabaikan peraturan-peraturan Sang Pencipta bagi ciptaanNya ini? Rendahkanlah dirimu di hadapan hikmahNya yang tidak terhingga dan maksimakan perkahwinanmu.
Jika kamu telah menjadi si bebal dan mendakap dada seorang perempuan asing, masih ada harapan untuk pulih. Tetapi ia memerlukan dukacita yang salih dan pertaubatan yang banyak tidak faham apatah lagi untuk melakukannya (2Kor 7:11). Daud merupakan kesukaan Allah sebelum dan selepas peristiwa perzinaan dan pembunuhan, kerana Daud merendahkan dirinya sepenuh-penuhnya di hadapan Allah dan mengakui dengan betul jenayahnya yang buruk itu (Ayb 33:27-28; 2Sam 12:13; Maz 51:1-19). Allah tidak akan memandang hina hatimu yang remuk dan yang sesal.