5:22
Kedurjanaannya sendiri akan memerangkap diri sendiri yang durjana itu, dan dia akan diikat dengan tali-tali dosanya.
Salomo telah memberi amaran tentang ketagihan seks 3000 tahun dahulu. Ahli-ahli psikologi telah hanya baru-baru ini menemui kebenaran itu. Sesudah memberi amaran kepada anak lelakinya tentang dosa-dosa seksual dan hukuman allah bagi itu (Ams 5:1-21), Salomo pula menambah lagi amaran serius tentang diikat dosa-dosa itu untuk pembinasaan genap (Ams 5:22-23). Kenikmatan dosa-dosa seksual untuk suatu musim mungkin memenjarakan dirimu untuk sepanjang hayatmu.
Konteksnya cukup terang dan mudah – keintiman seksual dengan sesiapa pun kecuali pasangan nikahmu (Ams 5:1-21). Lelaki di dalam amsal ini ialah orang bebal yang telah menolak amaran-amaran dan langsung pergi untuk berdosa secara seksual dengan seorang perempuan. Dosa-dosa seksualnya akan mengikat tubuhnya dan rohnya, dan dia akan dipegang dengan apa yang seperti belenggu-belenggu rantai dosa-dosa itu.Ia akan menangkap dan berpegang kepada jiwanya sendiri.
Dosa-dosa seksual mengikat jiwa seseorang lebih daripada dosa lain. Alkohol mungkin membawa kepada kemabukan dan ketagihan kimia, tetapi hal berkendak dan berzina dapat membawa kepada kegilaan fikiran dan aktiviti tidak bermoral. Orang yang berdosa secara seksual kurang dapat dipulihkan (Ams 2:18-19; 5:5-13; 6:26-35; 7:22-27; 9:17-18). Hanya rahmat Allah yang dapat melepaskan seseorang lelaki daripada belenggu ini.
Dosa-dosa seksual juga menagihkan dari segi bagaimana ia menuntut semakin hari semakin banyak rangsangan untuk memberi keseronokan yang asal. Orang voyeur, iaitu orang yang suka melihat orang lain bersetubuh, jarang kekal sebagai orang voyuer. Kurang ada lelaki yang puas hati dengan pornografi yang sederhana; mereka mara lagi untuk mencari gambar yang lebih ekstrim dan yang lebih keterlanjuran supaya dapat menikmati tahap keseronokan seksual dan dosa yang sama dengan pengalaman-pengalaman yang awal-awal.
Pornografi sendiri boleh jadi kes kajian pada zaman kerosakan masyarakat progresif kita ini. Apa yang dahulu dipanggil pornografi 40-60 tahun dahulu jauh berbeza daripada pornografi zaman kini. Perbezaannya sungguh besar! Orang bebal yang mula dengan gambar perempuan bogel pada zaman remaja harus pada umur 40-an pula menyelami hal sodomi, berahi binatang, dan berahi kanak-kanak (pedofilia) untuk mendapat tahap keseronokan yang sama dengan apa yang awal-awal. Lagi pula, pornografi daripada nak memajukan lagi kenikmatan perkahwinan, sementara hati mereka berbohong, ia membinasakan kemampuan dan kepuasan perkahwinan.
Hai orang muda! Hai orang yang lebih tua! Amsal ini adalah benar seperti graviti. Jika kamu bermain dengan khayalan, pornografi, perbuatan berkendak, atau dosomi, kamu akan membinasakan dirimu sendiri. Dosa-dosamu sendiri akan memerangkap dan memenjarakan jiwamu. Kamu tidak akan mampu membebaskan dirimu sendiri. Kamu langsung tidak akan lagi mengasihi Allah, isterimu, atau kehidupan salih tanpa suatu mukjizat dari syurga. Dan Allah tidak berjanji kepadamu atau mana-mana penzinapembebasan yang sebegitu murah hati dan yang tidak layak.
Pertimbangkan Simson. Dia mempunyai ibubapa yang baik, merupakan orang yang bernazar untuk seumur hidup, tidak takut akan orang lain, dan menghakimi Israel untuk dua puluh tahun. Simsom bernafsu untuk perempuan Filistin kerana rupa paras mereka (Hak 14:1-3; 16:1), sehingga dia tidak berdaya menahan Delila. Meskipun niat untuk membinasakan Simson sungguh terang, perempuan itu telah memperhambakan Simson sebagai puan yang maha kuasa (Hak 16:4-21). Mengapakah Simson tidak sedar? Adakah Simson sudah tidak waras? Dia merupakan hamba kepada obsesi/kegilaan seks. Dia akhirnya menjadi orang buta dan kena membunuh diri.
Pertimbangkan Amnon. Dia mempunyai ibubapa yang baik, merupakan anak sulung anak lelaki Raja Daud, ada agama benar Jehovah, dan mampu memiliki mana-mana perempuan yang masih bujang di Israel. Namun dia berkhayal seksual tentang adiknya, Tamar, sehingga dia jatuh sakit menggila akan adiknya. Ketagihannya kepada khayalan ini membawa Amnon untuk merogol adiknya dengan kejam, yang membawa akibat kebencian terhadap adiknya, dan dengan cukup adil dibunuh oleh abang perempuan itu, Absalom (2Sam 13:1-39). Amnon merupakan hamba abdi kepada khayalan-khayalannya.
Pertimbangkan Salomo. Dia yang telah menulis kitab Amsal. Dia yang telah menulis amsal ini. Tetapi perempuan membinasakan kehidupannya (1Raj 11:4-13). Bagaimanakah itu mungkin terjadi? Dia pertama-tama berkahwin di luar Tuhan, yang langsung menentang perintah Allah (Ula 7:1-6; 1Raj 3:1). Dia kemudian menjadi lelaki yang berpoligami, yang juga bercanggah dengan perintah Allah (Ula 17:17; 1Raj 11:1-3). Kesukaannya untuk kepelbagaian wanita menjadi obsesi/kegilaan seksualnya, sehingga dia memperoleh 1000 perempuan, perempuan jenis yang eksotik [berasal dari luar negeri, asing], yang telah membinasakan kehidupannya (Pkh 7:26-29).
Hai kaum lelaki! Jika kamu main dengan khayalan, pornografi, perbuatan berkendak, atau persahabatan dengan seorang perempuan yang bukan sepenuhnya kepunyaan Tuhan, maka kamu seorang bebal yang mengampu diri. Kamu seorang bebal kerana kamu telah menolak amaran-amaran Allah. Kamu orang bebal yang mengampu diri, kerana kamu telah berbohong kepada dirimu sendiri bahawa kamu boleh melepaskan diri. Kamu tidak lama lagi akan membenci dosamu yang dianggap berharga, yang akan membinasakan dirimu (Maz 36:2).
Kamu orang bebal untuk memikir kamu dapat melepaskan diri daripada dosamu dan hukuman dosamu dengan bertaubat nanti, sebab kamu sudah betul-betul terikat kepada nafsumu; kamu tidak akan mampu dan juga tidak akan rela melepaskan diri. Jika kamu terlepas daripada kesakitan seksual, keradangan seorang suami yang cemburu, atau penjatuhan hukuman seorang hakim, maka kamu akan dengan pasti dihapuskan oleh penghakiman Allah yang benar.
Tiada pembelengguan yang lebih besar daripada seorang anak Allah yang tidak dapat bertaubat supaya menemui sukacita dan damai sejahtera dengan Tuhannya. Dengarkah kamu itu, hai pendosa? Kamu tidak dapat bertaubat! Mengapa kamu tidak dapat bertaubat? Kerana kamu sudah menjadi hamba kepada nafsumu, dan hatimu sendiri berada di dalam pergelutan maut dengan fikiran dan perbuatan berdosa. Setiap kali kamu mengizinkan fikiran berdosa atau perbuatan di dalam kehidupanmu, kamu sedang memusingkan seutas tali lagi ke dalam tali-tali yang akan mengikatmu di dalam dosa-dosa seksualmu.
Jika kamu sedang bermain dengan khayalan, pornografi, atau perhubungan yang berdosa, jauhilah dirimu sekarang juga. Lari diri dripada nafsu-nafsu orang muda, seperti yang disebut Paulus (2Tim 2:22). Jangan pergi ke mana-mana tempat atau benda yang menggodamu untuk berdosa secara seksual (Ams 4:15; 5:8; Maz 101:3; Rom 13:11). Cungkil keluar mata kananmu atau potong keluar tangan kananmu daripada mahu main dengan dosa seksual, seperti yang disebut Yesus (Mat 5:28-30).
Jika kamu sudah ketagihan dosa seksual, kes kamu tidak ketiadaan harapan, tetapi kamu langsung tidak akan dapat melepaskan dirimu dengan jalanmu sendiri atau kekuatanmu sendiri. Kamu harus memutuskan dosa dengan ganas, sepenuhnya, sekarang juga! Bertaubat dengan kata-kata ini (Ayb 33:27-28). Rayulah untuk kuasa Allah dalam nama Yesus untuk melepaskanmu daripada dosa, seks, dan Syaitan. Rendahkanlah dirimu kepada pasanganmu, atau ibubapamu, atau pastormu dengan segala butir yang terkutuk itu. Kejarlah sembahyang Allah di khalayak umum dan persendirian dengan segenap hatimu.
Tiada apa pun yang terlalu sukar bagi Tuhan Kristus! Kamu dapat membaca bahawa para pelacur memasuki kerajaan Allah mendahului orang Farisi yang alim (Mat 21:31). Paulus telah memberitahu kita akan keadaan Korintus yang ada banyak pendosa seksual, “Dan demikianlah sesetengah kalian dahulu: tetapi kalian sudah dibasuh, tetapi kalian sudah disucikan, tetapi kalian sudah diperbenarkan dalam nama Tuhan Yesus, dan oleh Roh Allah kita” (1Kor 6:11).