6:15
Oleh sebab itu, bencananya akan tiba-tiba datang; tiba-tiba dia akan dihancurkan tanpa pemulihan.
Orang yang nakal, orang yang durjana, akan dihukum dengan tiba-tiba dan dengan keras-keras. Tiada pemulihan atau pelepasan baginya. Allah akan menghakiminya bagi kebebalannya dan dosanya. Allah membenci orang demikian, dan Dia akan meremukkannya di bawah pembalasan ilahi. Ada kesan-kesan bagi pilihan-pilihan, meskipun kamu menyembunyikan fikiran di dalam hatimu yang orang lain tidak mudah melihat.
Raja Solomo menulis untuk menentang orang yang nakal dan orang yang durjana (Ams 6:12-19). Orang-orang yang jahat ini ada mulut yang rewel (Ams 6:12), memakai bahasa gerak-geri untuk memperdayakan dan untuk menyakiti (Ams 6:13), mempunyai hati yang rewel, merekakan kenakalan selalu, dan menabur perbalahan (Ams 6:14). Mereka bersalah untuk tujuh dosa yang Allah benci (Ams 6:16-19). Amsal ini ialah apa yang Allah berjanji untuk buat kepada orang-orang ini.
Pertimbangkan generasi Nuh. Suatu bencana datang dengan tiba-tiba! Tiada pemulihan! Tiba-tiba setiap orang dilemaskan! Allah nampak bahawa manusia sungguh durjana dan fikiran hati mereka hanya jahat terus-menerus (Gen 6:5). Oleh sebab itu, Dia menyampaikan air banjir sedunia yang menyesakkan nafas setiap lelaki, perempuan, anak, dan bayi sampai mati. Percayalah itu!
Guru-guru palsu berbohong bahawa Allah Alkitab mengasihi setiap orang, maka ia sukar untuk orang Kristian pun untuk percaya apa yang diceritakan Alkitab. Tetapi Allah yang kudus di syurga membenci semua dosa dan para pendosa, kerana sifatNya yang penuh kewajaran membenci orang-orang bebal dan kedurjanaan mereka. Solomo menyatakan ini di dalam konteks ini juga (Ams 6:16-19). Ayahnya, Daud berkata demikian di tempat yang lain (Maz 5:5; 11:5).
Allah tidak akan bersabar dengan pemberontakan untuk lama-lama. “Dia, yang kerap kali ditegur tetapi berkeras batang leher, akan tiba-tiba dibinasakan, dan itu dengan tanpa pemulihan” (Ams 29:1). “Orang durjana akan diubahkan kepada neraka, dan juga segala bangsa yang melupakan Allah” (Maz 9:17). “Dan barang siapa yang tidak ditemui tertulis di dalam kitab kehidupan dilemparkan ke dalam lautan api” (Wah 20:15).
Korah fikir dirinya sendiri cukup kudus untuk bersaing dengan Musa, tetapi Allah menguburkannya dan keluarganya hidup-hidup (Bil 16:1-33). Haman seorang bintang yang membangkit di kerajaan Parsi, tetapi Ahasyweros dengan tiba-tiba menggantungmatikannya dan anak-anaknya kerana kenakalan (Est 7:9; 9:25). Yudas Iskariot bersubahat untuk mengkhianati Yesus dari Nazaret, tetapi dia isi perutnya terlimpah ke atas tanah dengan kematian yang ganas (Kis 1:18). Jika kamu mahu nakal di dalam kehidupanmu, bersiap sedia untuk menerima kesan-kesannya daripada syurga.
Bacalah berita-berita dan lihatlah amsal ini digenapi sehari-hari. Pertimbangkan Princess Diana, Anna Nicole Smith, Marilyn Monroe, Janis Joplin, Clyde Barrows, John Lennon, James Dean, Jimi Hendrix, Jikm Morrison, dan sebagainya. Hukum amsal ini sebenar seperti hukum graviti. Berapa lama lagi akan Allah bersabar dengan generasi ini? Berapa lama lagi akan Dia bersabar dengan kebebalanmu dan pemberontakanmu? Kamu sedang diberi amaran! Jangan mengeras batang lehermu (Ams 29:1)!
Ia tidak terlalu lambat, hai pembaca, jika kamu boleh membaca komentar/ulasan ini dengan pemahaman dan merasakan apa pun kesalahan, malu, dan keinsafan dalam hatimu. Jika kamu bertaubat dan berpaling daripada dosa-dosamu, mengakuinya kepada Allah bagi tindak laku hina yang durjana itu, Dia boleh dan akan mengampunimu. Bagaimana? Melalui kematian gantian Pengantara yang mulia dan yang sempurna – Yesus Kristus (Yes 55:6-9; Luk 13:1-5; Kis 2:38)! Kalau masih ingin degil, itu kebinasaanmu sendiri!