6:14
Kerewelan ada pada hatinya, dia merekakan kenakalan selalu; dia menabur perbalahan.
Ada orang yang nakal di dunia, dan Allah akan menghakimi mereka. Mereka ada beberapa ciri, tiga daripadanya dijelaskan di sini, tetapi mereka akan tiba-tiba dibinasakan tanpa penawar.
Adakah kamu orang nakal – orang durjana? Dapatkah kamu mengenalpastikan orang yang sebegitu? Solomo menyenaraikan bagimu ciri-ciri lelaki dan perempuan jahat dan hukuman yang sedang datang (Ams 6:12-15).
Hikmah ada banyak kelebihan dan faset. Di sini ada dua: adakah kamu hidup melebihi ciri-ciri amsal ini? Dan dapatkah kamu mengenalpastikan orang yang mempunyai itu atau tidak mempunyai itu? Hikmah ialah daya penghakiman yang betul, dan kamu mahu mencapai kedua-dua matlamat itu- kehidupan yang salih dan budi bicara yang salih.
Solomo menjelaskan orang yang nakal dan yang durjana sebagai adanya mulut yang rewel (Ams 6:12). Ini cara yang mudah untuk mengenalpastikan orang bebal atau orang jahat – dengar! Dia akan bertengkar, bercanggah, biadap, kasar, tidak munasabah, menyakiti, dan tidak suka bekerjasama. Hikmah mengelak dosa-dosa ini (Ams 15:28; 16:23), dia ia mengajarmu untuk cam itu di dalam orang lain (Ams 9:7-8; 14:7; Pkh 10:12-14).
Orang yang nakal dan yang durjana juga berurus dengan licik dan dengan selindung-selindung bersama orang lain (Ams 6:13). Daripada pertuturan yang langsung, jujur, terus-terang, dan yang cerah, mereka menyelitkan pengaruh dan pendapat ke sekeliling, dan itu dinyatakan melalui mata yang mengenyit dan pesanan-pesanan yang dihantar melalui isyarat kaki dan tangan. Orang salih terbuka dan benar, tanpa tipu helah apa jenis pun. Niat mereka yang mulia diketahui dengan mudah sekali.
Amsal ini memberi tiga lagi ciri tentang orang durjana. Pertama, dia ada hati yang rewel. Pertuturannya yang rewel bukan suatu kebetulan (Ams 6:12); Ia berpunca daripada hatinya yang babil dan yang tidak tertib. Orang demikian ada kecenderungan yang jahat. Mereka angkuh, sukar untuk diurus, sukar untuk disenangkan, suka memberontak, dan mementingkan diri sendiri. Mereka lebih suka untuk bertengkar, mengadu, berbahas, dan berlawan daripada hidup di dalam damai sejahtera. Orang salih bertentangan. Mereka puas hati, suka bekerjasama, murah hati, dan sabar.
Kedua, dia selalu merancang kenakalan. Mindanya tiada minat untuk fikiran yang baik dan yang bernilai mulia yang ada pada orang berhikmah (Flp 4:8). Dia tidak boleh berehat tanpa berkomplot dan bersubahat untuk mengambil kesempatan atas orang lain (Ams 4:16; Maz 36:4; Mik 2:1). Allah membenci orang-orang demikian (Ams 6:18). Hati dan minda mereka yang cabul dan yang berputar-putar membayangkan yang paling teruk tentang orang lain dan merancang jalan-jalan untuk merosakkan mereka, mengambil daripada mereka, menunggangbalikkan rancangan mereka atau mengacau damai sejahtera mereka.
Ketiga, dia seorang pengacau yang menggangu damai sejahtera – dia menabur perbalahan. Harmoni, damai sejahtera, dan kesatuan ialah matlamat orang berhikmah, sebab mereka suka keamanan dan ketenteraman. Tetapi orang yang nakal berdegil untuk mengumpat, menghasut, memfitnah, membawa mulut dan membisik. Allah membenci orang-orang demikian (Ams 6:19). Mereka suka berbalah, dan tidak dapat mengekalkan ketidakbahagiaan mereka kepada diri mereka sendiri; mereka mesti mahu dengan durjana mengacau-bilaukan kepuasan dan kerjasama orang lain (Ams 16:28; 26:21).
Apakah yang akan Allah buat kepada orang yang nakal? Dia akan membinasakan mereka dengan teruk (Ams 6:15). Dia akan membawa bencana dengan tiba-tiba kepada kehidupan mereka untuk mengoyak-ngoyak mereka dan membalas mereka bagi kepedihan dan masalah yang telah ditimbulkan mereka kepada orang lain. Dia akan mematahkan rancangan mereka dan keamanan mereka, dan tiada apa pun penawar daripada kemarahanNya. Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu! Kedurjanaan membawa penghakiman.
Allah berkata kepadamu, “Lantaran itu, jauhkan segala kekotoran dan kenakalan yang melimpah-ruah, dan dengan sikap suka menurut terimalah cantuman firman itu, yang dapat menyelamatkan jiwa kalian” (Yak 1:21). Tolaklah tabiat-tabiat kenakalanmu dan kedurjanaanmu. Bertaubatlah, dan akuilah itu kepada Allah. Pergi kepada orang yang telah kamu melayani dengan buruk dan berdamai. Jangan sesekali fikir bahawa semata-mat mendengar amaran ini ada apa pun nilai. Berkat dan ganjaran ada di dalam perbuatannya (Yak 1:22-27).
Kamu boleh menjadi hebat di pandangan Allah dan manusia dengan kelakuan yang bertentangan dengan orang yang nakal dan yang durjana. Pertama, kamu boleh ada hati yang suci ayng menghasilkan ucapan yang berbudi baik yang akan dikagumi seorang raja pun (Ams 22:11; Mat 5:8). Kedua, kamu boleh menetapkan hatimu untuk merancang tindak laku murah hati kepada orang lain (Yes 32:8; Maz 112:9; Kis 20:35). Ketiga, kamu boleh menjadi seorang pendamai di kalangan keluargmu dan kawan-kawanmu (Yak 3:18; Mat 5:9). Pergi capailah itu pada hari ini juga!
Allah dan Solomo telah menawarkanmu hikmah di dalam amsal ini. Orang berhikmah akan melihat ciri-ciri orang nakal dan pergi sejauh semungkin ke arah yang bertentangan. Orang berhikmah akan belajar untuk mengenalpasti dan menanggapi ciri-ciri durjana di dalam orang lain – untuk memberi amaran dan menegur mereka atau untuk mengelak mereka. Orang berhikmah akan mendidik anak-anaknya supaya ciri-ciri ini disingkirkan daripada mereka. Orang berhikmah akan bersyukur kepada Allah untuk hikmah firmanNya dan berdoa untuk keinsafan untuk mentaati itu dengan sepenuhnya.
Yesus Kristus merupakan Manusia yang sempurna. Dia ada hati yang paling suci yang telah menghasilkan pertuturan yang paling berbudi baik (Maz 45:2; Luk 4:22). Dia selalu mengabdikan diri untuk berbuat baik bagi faedah duniawi dan faedah kekekalan orang lain (Luk 7:12-15; 9:51; Yoh 4:34). Dia meleraikan pertikaian di bumi dan mendapat pendamaian kekal di antara Allah dan orang-orang pilihanNya (Luk 9:46-48; Kol 1:20). Ikutilah Dia.