6:16
Enam perkara ini dibenci TUHAN: ya, tujuh merupakan kekejian bagiNya:
Berapakah teruknya dosa? Allah membencinya dengan teramat meluat dan dengan rasa teramat jijik! Dosa ialah kekejian kepada TUHAN. Apa yang dipanggil manusia sebagai kesilapan, kesalahan atau terlanjur – Allah panggil sebagai dosa. Dia benci dan memandang keji kepada dosa – Dia memualkannya. Dengan zaman kini punya kejatuhan martabat konsep kekudusan Allah, banyak orang tidak mendengar atau tidak belajar takat sepenuhnya kebencian dan kemualan Allah bagi dosa. Dengan kejatuhan martabat konsep akhlak Allah, orang bebal membayangkan bahawa Allah adalah seperti mereka.
Jehovah punya kebencian bagi dosa ialah salah satu daripada ciri-ciriNya yang paling mulia – itu memisahkanNya daripada dewa-dewi orang pagan yang dibayangkan manusia. Kekudusan – kebebasan mutlak daripada dosa, dan kemualan dosa yang mutlak dan yang ganas – ialah apa yang menjadikan Allah indah (Maz 29:2; 96:9). Lagi suci akhlak itu, lebih mulia Peribadi itu. Tiada yang kudus seperti Tuhan (1Sam 2:2). Syurga pun tidak bersih di pandanganNya (Ayb 15:14-16). Sembahlah Dia!
Salomo di sini memperkenalkan tujuh dosa yang dibenci Allah. TUHAN Yang Berbahagia membenci segala dosa sama rata, dengan kebencian dan kemualan yang tidak terhingga, tetapi Salomo harap untuk memberi amaran kepada anak lelakinya tentang beberapa dosa yang dapat membinasakan hikmah dan meninggalkan manusia terdedah di hadapan Penciptanya yang kudus. Tujuh dosa itu ialah keangkuhan, berbohong, pembunuhan, fikiran jahat, kenakalan, saksi palsu, dan menabur perbalahan.
Takut akan TUHAN, yang merupakan dasar hikmah dan pemahaman (Ams 1:7; 9:10), melibatkan suatu kebencian yang serupa dengan Allah bagi dosa. Salomo menulis kemudian di dalam Amsal, “Takut akan TUHAN adalah untuk membenci kejahatan: kesombongan, dan keangkuhan, dan jalan kejahatan, dan mulut yang rewel, aku benci” (Ams 8:13). Daud menulis, “Hai kalian yang mengasihi TUHAN, bencilah kejahatan: dia mengekalkan jiwa orang-orang kudusnya; dia menyelamatkan mereka dari tangan orang durjana” (Maz 97:10).
Di masyarakat yang keperempuanan dan yang suka berkompromi, ia tidak mungkin untuk mendapat pandangan dosa yang wajar. Para penjenayah diampuni; dosa dijadikan glamor oleh industri hiburan dan dijelaskan sebagai benar oleh sistem pendidikan; semua peringkat kekuasaan membenarkan dosa untuk tidak disemak atau hanya dihukum dengan lembut dan dengan perlahan – sebegitu lembut dan perlahan sehingga ia tiada lagi nilai pencegahan di dalamnya (Pkh 8:11).
Berapa teruknya dosa? Allah mengutuk Syaitan ke seksaan kekal neraka kerana keangkuhan (Yes 14:12-15; Mat 25:41). Allah mengutuk manusia supaya kerosakan rohani, iaitu kematian lambat dengan kesakitan dan dengan kepedihan, dan neraka kekal bagi Adam yang telah makan buah terlarang (Kej 2:16-17; 3:1-7; Rom 5:12-14). Dan Dia melemaskan seluruh dunia di dalam air banjir, tanpa mempedulikan umur atau jantina, kerana dosa dan kedurjanaan mereka (Kej 7:21-23).
Berapa teruknya dosa? Allah membinasakan tujuh bangsa di Kanaan kerana kejahatan keji seperti perzinaan, dan liwat/sodomi, yakni dua dosa yang sedang diglamorkan di Amerika (Ima 18:1-30; Kis 13:19). Seorang lelaki direjam mati kerana mengumpulkan kayu pada Hari Sabat (Bil 15:32-36). Dan Allah membunuh seorang lelaki dan isterinya di gereja kerana menyalahgambarkan pemberian mereka (Kis 5:1-11).
Berapa teruknya dosa? Allah mewajibkan hukuman mati untuk anak yang biadap (Ams 30:17; Ula 27:16). Dia mewajibkan hukuman mati bagi perzinaan (Ima 20:10), dan sukatan TUHAN mencapai malah kepada keinginan untuk perempuan lain pun dan memanggilnya sebagai perzinaan (Mat 5:28). Dia menganggap kemarahan yang tidak wajar dan kata-kata yang kejam sebagai pembunuhan (Mat 5:21-26). Dia menghitung pelanggaran satu ketetapan sebagai pelanggaran semua hukumNya, sebab satu pelanggaran pun ialah kejahatan yang tidak terhingga (Yak 2:10-11).
Berapa teruknya dosa? Untuk memungkinkan Allah menerima sesiapa pun orang di hadiratNya, Dia perlu mengutus AnakNya yang tunggal untuk diseksa sampai mati sebagai bayaran gantian dosa. Di penyaliban Yesus, orang Nazaret, kamu mungkin melihat kebencian Allah bagi dosa, sebab Dia meninggalkan AnakNya yang tersayang, ketika dosa orang-orang pilihan ditanggung oleh AnakNya (Mat 27:46). Allah mampu dan rela untuk mengasihi orang pilihanNya, hanya kerana Dia memandang kepada mereka menerusi Kristus Yesus (Efe 1:3-6).
Ada kalanya Allah membenarkan orang berdosa terlepas untuk seketika untuk memperdayakan mereka, tetapi Dia memberi amaran tentang penghakimanNya dan murkaNya bagi sikap mereka yang memandai (Ams 50:21-22). Orang Yahudi memikir diri mereka sudah berjaya menyingkirkan Yesus, orang Nazaret, tetapi Yesus membawa angkatan askar Rom hanya 40 tahun kemudian untuk membunuh sekitar satu juta orang di kota Yerusalem sahaja dan meratakan kota mereka.
Salah satu ciri akhlak yang terbaik Tuhan Yesus Kristus ialah kasihNya bagi kewajaran dan kebencianNya bagi dosa (Maz 45:7; Ibr 1:8-9). Bagi atribut yang mulia ini, Allah Yang Terpuji menghormatiNya jauh lebih daripada mana-mana manusia. Daripada teladanNya, kita dapat melihat bahawa semangat yang terhormat dan perkenan Allah adalah langsung sekadar dengan sikap mengasihi akhlak mulia dan membenci dosa.
Hai pembaca, jika pengetahuanmu tentang Allah ialah daripada guru Sekolah Minggu yang manis, kamu mungkin memikir bahawa Allah membenci dosa, tetapi mengasihi pendosa. Cuba kamu fikir lagi! Daud telah menulis, “Sebab kamu bukanlah Allah yang ada kesenangan dalam kedurjanaan: dan kejahatan juga tidak akan berdiam bersamamu. Orang bebal tidak akan bertahan di hadapan pandanganmu: engkau membenci segala pekerja kedurjanaan. Engkau akan membinasakan mereka yang berbicara kepalsuan: TUHAN akan memandang keji orang yang menumpah darah dan yang memperdayakan” (Maz 5:4-6).
Daud menulis sekali lagi, “TUHAN berada di dalam baitNya yang kudus, takhta TUHAN adalah di syurga: matanya melihat, dan kelopak matanya menguji anak-anak manusia. TUHAN menguji orang benar: tetapi orang durjana dan orang yang suka keganasan dibenci jiwanya. Ke atas orang durjana dia akan menghujani jerat, api dan belerang, dan ribut yang dahsyat: inilah yang akan menjadi bahagian cawan mereka. Sebab TUHAN yang benar mengasihi kewajaran; wajahnya memang memandang kepada orang yang jujur” (Maz 11:4-7). Mengapakah ayat-ayat ini diketepikan? Mengapakah ia tidak dicetak dengan pelekat-pelekat gambar senyuman?
Apakah yang harus kamu buat? Atur semula sistem penilaianmu. Bencilah Hollywood dan sistem pendidikan dunia. Ajarlah anak-anakmu untuk membenci dosa dan kejahatan. Ajarlah mereka untuk mengasihi kewajaran dan kekudusan. Sanjungilah lelaki dan perempuan yang baik; bencilah lelaki dan perempuan jahat. Hukumlah dosa dengan keras; ganjarilah akhlak mulia dengan murah hati. Sayangilah seluruh Alkitab, bukan hanya ayat-ayat yang kamu suka. Pilih untuk menjadi seperti Daud, dan bencilah segala pengaruh jahat di dalam keinginan kudusmu untuk berjalan dengan sempurna di hadapan Allahmu (Maz 101:2-8).