Amsal · Proverbs

6:25
Jangan bernafsu hendak kecantikannya dalam hatimu; dan jangan biar dia menawanmu dengan kelopak matanya.

Mata lelaki dapat melihat kecantikan perempuan dalam sesaat sahaja. Setakat itu belum lagi ada dosa. Tetapi tiga peringkat dosa berikutan dan itu merupakan permulaan kepada perzinaan. Mata perlahan memandang dan maju pula kepada ketertakjuban dengan kecantikannya, hati bergerak daripada mengagumi secara mulia kepada mengingini perempuan itu, dan jiwa itu siap menjadi rela kepada undangan mata perempuan itu. Di sinilah tiga langkah ke neraka!

Hati yang rosak dalam manusia suka berpoligami. Ia selalu tidak berpuas hati. Perempuan yang lain selalunya lebih diingini, sama seperti buah terlarang di Taman Eden melampaui segala buah yang lain dari segi daya tarikan. Apa yang tidak diketahui selalunya dianggap lebih unggul daripada apa yang sudah biasa. Manusia yang rosak ini adalah rentan kepada perempuan yang cantik, kerana kenikmatan yang jelma di dalam perempuan itu melampaui apa pun kenikmatan di dalam kehidupan ini. Oleh sebab itu, orang berhikmah haruslah menguasai mata dan hati mereka untuk menolak kecantikan dan perdayaannya yang berbahaya.

Salomo dan isterinya ingin menyelamatkan anak lelakinya daripada perzinaan (Ams 6:20-35). Di sini dia memberi peraturan, kesan-kesan, dan amaran untuk melindungi anak lelakinya daripada dosa yang keji dan yang sungguh buruk ini. Orang berhikmah akan mempertimbangkan hal-hal ini siang dan malam (Ams 6:21-23), supaya jangan ia membinasakan harta milik, reputasi, dan jiwa mereka dengan terjerat kepada kecantikan dan jalan perempuan jalang (Ams 6:24-35).

Dosa menuruti jalan yang sungguh mudah. Setiap lelaki ada nafsu. Ketika nafsu itu diberi suatu objek dan diberi izin untuk mempertimbangkannya, objek itu akan dengan sungguh berkuasa menggoda lelaki itu. Nafsu-nafsu itu akan merancangkan dosa itu, dan lelaki itu pula melaksanakannya. Kemudian dosa itu membawa kesan-kesan pedih dan akhirnya maut. Inilah hakikat-hakikat kehidupan yang benar yang patut diajar kepada setiap teruna (Yak 1:13-16).

Daya tarikan perempuan yang menarik adalah sungguh berkuasa. Ia telah membinasakan anak-anak Allah dan membawa masuk Banjir (Kej 6:2), dan itu menumbangkan Daud dalam sesaat sahaja (2Sam 11:2). Tidak seorang perempuan pun dapat memahami dengan sepenuhnya daya tarikan serta-merta yang dimiliki seorang perempuan ke atas jiwa lelaki melalui mata lelaki itu. Perempuan menarik merupakan objek keinginan yang sungguh mengatasi diri, kecuali lelaki itu sedang berjalan di dalam Roh dan menguasai rohnya. Maka perempuan Kristian haruslah berpakaian senonoh (1Tim 2:9-10).

Hai lelaki! Ketika kamu melihat perempuan yang cantik, dan kamu pasti akan menemuinya, jangan biar hatimu mentaati nafsumu untuk berkhayal tentang betapa banyak kamu mengingininya dan betapa bahagianya asmara dengan perempuan itu. Kamu sesekali pun tidak boleh memikir akan butir-butir perempuan itu dalam hatimu. Memang ia perkara yang dapat diterima kalau menyatakan, “Perempuan itu sangat cantik”, seperti ketika melihat rumah, kereta, atau taman. Tetapi ia perkara yang tidak dapat diterima untuk memikir, “Aku suka susuk badannya, dengan tanpa baju, dia akan memberiku kesenangan yang tidak pernah dialamiku”.

Mata merupakan tingkap ke dalam jiwa; ia dapat meluahkan lebih yang dapat diluahkan perkataan. Salomo mengenal kuasa mata (Kid 4:9). Perempuan yang tidak senonoh mewarnakan muka mereka untuk menyerlahkan mata mereka, seperti yang dibuat Izebel (2Raj 9:30). Mata yang merajalela merupakan alat para pelacur (Yes 3:16). Ketika seseorang perempuan memakai matanya untuk mengampu seorang lelaki dan menawarkan dirinya secara intim kepadanya, iaitu godaan yang paling tidak menonjol dan yang paling berkuasa yang akan dihadapi seorang lelaki, maka jerat sudah siap dipasang. Maka perempuan Kristian harus mengekalkan wajah segan-segan dan keterkawalan (1Tim 2:9-10).