6:26
Sebab melalui perempuan lacur seseorang lelaki direndahkan kepada sepotong roti: dan perempuan zina akan memburu nyawa yang berharga itu.
Apakah jalan yang paling cepat untuk seseorang lelaki merosakkan kehidupannya? Bersetubuh dengan perempuan yang bukan isterinya! Itu akan membinasakan akhlaknya, reputasinya, dan kekayaannya secepatmana-mana bahaya yang lain. Lelaki jenis apakah yang dicari-cari perempuan zina? Bukan lelaki bebal atau lelaki pencemuh, tetapi sebaliknya lelaki dengan akhlak, reputasi, dan kekayaan. Dia tahu kenikmatan dan ganjaran akan menjadi lebih besar.
Salomo tahu lebih tentang perempuan daripada mana-mana sepuluh lelaki. Dia ada 700 isteri dan 300 gundik (1Raj 11:1-3). Dia menaakuli prempuan dengan teliti dan menyaksikan hasil yang kejam akan perempuan lacur kepada lelaki (Pkh 7:26-29). Dia telah belajar pelajaran-pelajaran pedih akan apa yang perempuan licik dapat buat kepada lelaki. Dia malah pernah menyaksikan masalah yang perzinaan telah bawa kepada ayahnya sendiri. Ketika Salomo memberi amaran tentang perempuan, orang berhikmah akan betul-betul mengambil perhatian.
Sudah tentulah, generasi yang cabul ini percaya sebaliknya. Mereka menuntut bahawa seorang perempuan yang suka bersetubuh sembarangan ialah perempuan yang mengujakan: dia menyertai lelaki untuk kenikmatan tanpa kos dan tanpa tanggungjawab. Lelaki tidak perlu takut akan kesan-kesan, kerana keintiman mereka itu hanya seks bersahaja, suatu jalan kenikmatan yang sudah dibiasakan di masyarakat yang merdeka. Perempuan itu bukan seorang penzina; tiada pemburu; dan tiada nyawa yang berharga yang akan dilukakan. Biar Allah benar, dan setiap manusia pembohong (Rom 3:4)!
Apakah perempuan yang lacur? Seorang perempuan yang berperangai seperti pelacur – orang yang melakukan seks di luar nikah, sama ada sudah berkahwin ataupun tidak. Kelacuran ialah keintiman seksual dengan mana-mana lelaki yang dia tidak pernah kahwin (Bil 5:11-31; Ula 22:13-21; Ibr 13:4). Seorang perempuan yang lacur ada hati nurani yang sudah mati dan tidak merasakan apa pun kesalahan untuk tindakan seksual dengan orang yang asing (Ams 30:20; Yer 3:3). Dia hanya dapat sampai ke tahap itu dengan meninggalkan Tuhan dan mengisi jiwanya dengan input-input yang jahat.
Ada pelacur di setiap kota, tetapi perempuan yang paling berbahaya ialah perempuan yang menghadiri gereja (Ams 7:6-21). Para penzina ini menghasilkan godaan jauh melebihi para perempuan jalang di kawasan sesak kota. Kebanyakan lelaki dapat menahan diri daripada godaan para pelacur untuk banyak sebab, tetapi sedikit sahaja dapat menahan godaan perempuan yang menarik dan yang beragama yang ada niat lacur melalui pakaian, pertuturan, kebiasaan dan kerelaan. Ia sesuatu hal yang teruk sekali yang banyak perempuan Kristian semata-mata adalah lacur melalui roh atau perangai, malah di rumah Allah pun.
Tetapi kerugian-kerugian melampaui kerugian kewangan. Lelaki juga kehilangan jiwanya (Ams 6:32; 5:11-14), reputasinya (Ams 6:33; 5:9), damai sejahteranya (Ams 6:34; 5:23), aset-asetnya (Ams 6:35; 5:10), perhubungannya dengan Allah (Ams 5:20-21; 22:14), kesihatannya dan nyawanya (Ams 2:17-18; 5:4-5; 7:23,27; 9:18), kebebasannya (Ams 2:19; 5:22; 23:27), isterinya dan keluarganya, kerjanya, tumpuannya, keyakinannya, kemampuan seksualnya, kekuatannya, dan harapannya bagi hidup yang kekal (Wah 21:8; 22:15).
Adakah kamu salih dan mulia? Ada para penzina yang sedang memburu untukmu, seperti yang diwaspadakan Salomo (Ams 7:26; 23:27-28). Mereka memburu untuk kehidupan yang berharga, kerana mereka kurang minat lelaki yang tidak salih dan yang cabul. Mereka mahu yang terbaik, seperti Salomo sudah tentu temui (1Raj 11:1-3). Isteri Potifar tidak kisah akan hamba-hamba rendah orang Mesir atau para pengawal yang selalu ada; dia mahu Yusuf yang diredai, berohani, dan yang berakhlak mulia (Kej 39:1-12).
Apakah pelajaran yang langsung dan yang praktikal? Setiap lelaki harus berjauhan daripada mana-mana perempuan yang condong pun kepada pakaian, pertuturan atau perlakuan seperti pelacur. Bahayanya terlalu besar untuk bermain-main dengan ancaman teruk itu (Ams 2:16-19; 5:1-14; 6:20-35; 7:1-5,24-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28). Dia harus cam bahawa para penzina akan memburu untuknya, dan dia harus mengambil apa pun langkah pencegahan, tidak kira betapa mahal atau betapa pedihnya langkah itu (Mat 5:28-30).
Apakah tanda-tanda amaran? Perempuan lacur, meskipun di kalangan orang yang kononnya kawan Kristian di gereja, selalu main kurang kain dengan kesenonohan pakaian mereka. Mereka lebih peduli penampilan luaran dariapda roh yang suka menurut dan yang tenteram. Mereka amat bersungguh-sungguh di dalam perbualan atau bahasa gerak-geri mereka dengan lelaki. Mereka tidak puas hati dan tidak gembira dengan suami mereka dan keluarga mereka. Mereka lebih peduli akan benda alamiah daripada bahagian rohani kehidupan mereka, mereka tertumpu kepada aktiviti-aktiviti badaniah, dan tidak suka duduk diam di rumah.
Apakah pelajaran yang tidak langsung dan yang praktikal? Pornografi dan khayalan-khayalan seksual dapat merosakkan seorang lelaki secepat dan dengan sama telitinya seperti perzinaan, walaupun mengelak tindakan terang-terangan berkendak dengan pelacur. Para pelakon perempuan yang dipakai untuk pornografi ialah perempuan yang teramat lacur, dan lelaki yang ketagihan pornografi dan khayalan-khayalan seksual ialah lelaki yang bernilai kurang daripada sepotong roti! Para perempuan ini juga memburu untuk insan-insan yang berharga juga, dengan bantuan Syaitan, dan membawa mereka kepada belenggu yang tidak dapat dibantu.
Apakah pelajaran rohaninya yang tidak langsung? Perzinaan rohani, iaitu kompromi agama berkenaan doktrin dan amalan, adalah seteruk perzinaan fizikal (Kel 34:15-16; Ima 20:5-6; Hak 2:17; Maz 73:27; 106:39; Yer 3:6-11; Yeh 15:1-59; 2Kor 6:14-18). Agama palsu, terutamanya gereja Roman Katolik, ialah perempuan perzinaan rohani (Wah 17:1-6). Dia ibu gereja-gereja lacur. Bersama-sama para penzina perempuannya ini mereka mengurangkan orang kudus kepada sepotong roti, dan mereka memburu nyawa yang berharga untuk menggoda bagi Syaitan (2Kor 11:3-4,13-15; 2Tes 2:9-12).
Adakah kamu komited sepenuh-penuhnya kepada doktrin dan amalan Wasiat Baru di luar sejarah, dan tradisi-tradisi Rom (1Tim 4:1-6)? Kamu patut komited, sebab kalau tidak, kamu sedang berbuat zina terhadap Tuhan Yesus Kristus, yang Dia tidak akan bertahan dengan lama (Yeh 16:35-43; Yak 4:4; Wah 2:20-23). PanggilanNya kepada umatNya yang sejati di gereja Rom dan para perempuannya haruslah ke pangkuannya, supaya mereka tidak mengambil bahagian di dalam dosa-dosa gereja Rom atau menyambut penghakiman Tuhan terhadapnya (Wah 18:4). Kamu harus mengelak godaan agama palsu dengan teramat banyak seperti yang kamu patut mengelak perempuan lacur, sebab jiwamu dan orang-orang di dalam keluargamu sedang dipertaruhkan.