6:24
Untuk memeliharamu daripada perempuan jahat, daripada pengampuan lidah perempuan asing.
Lelaki suka pujian seorang perempuan. Lelaki mendambakan pengampuan perempuan. Tambahan pula, ia lebih mengujakan lelaki ketika pengaguman itu datangnya daripada seorang perempuan yang baru, perempuan yang cantik atau perempuan yang popular. Perempuan durjana memakai kerentanan lelaki ini untuk menggodanya untuk berzina dan berkendak.
Lelaki muda haruslah diajar menentang kuasa godaan dan bahaya benar pujian seorang pelacur. Dengan jalan moden untuk mengampu melalui emel, mesej, ciapan, atau panggilan, bahaya itu lebih besar daripada dahulu. Sementara banyak perempuan kekurangan hati nurani atau daya kesekatlakuan seks pada zaman kini, misalnya mereka mudah nak melakukan seks mesej, kaum teruna harus belajar untuk menjauhi sepenuhnya gadis dan wanita sedemikian.
Raja Salomo, sementara seorang ayah yang baik dan yang berhikmah, berharap untuk menyiapkan anak lelakinya untuk takhta Israel. Sementara mengenal bahawa kuasa ialah salah satu afrodisiak [penggalak syahwat] dan dorongan kepada perempuan yang rosak, dia memberi amaran kepada anak lelakinya kerap kali tentang bahaya kata-kata godaan daripada seorang perempuan asing – mana-mana perempuan yang dia tidak kahwin (Ams 2:16; 5:3; 7:5,13-21; 22:14; 29:5). Dia tahu keseronokan untuk dipuji perempuan, yang membawa maksud tersirat untuk keinginan perempuan itu untuk keintiman, merupakan ancaman yang sungguh besar.
Seorang perempuan yang jahat akan meniduri seorang lelaki yang tidak dikahwininya; dia seorang penzina dan pelacur. Dia seorang perempuan asing, kerana dia tiada hak kepada petiduran lelaki itu (Ibr 13:4). Ada perempuan, dan lebih banyak pada zaman kini berbanding semua zaman yang lain, yang menganggap remeh kesucian seksual atau kesetiaan seksual. Keperawanan di perkahwinan diperolok-olokkan, dan asmara luar nikah sesudah bernikah diperbenarkan. Perempuan sebegitu menjadikan sasaran mereka lelaki yang mulia dan yang berjaya, terutamanya anak lelaki raja (Ams 6:26; 7:26; 23:27-28).
Perempuan yang jahat ini hanya ada beberapa teknik, yang lelaki berhikmah belajar untuk mengenalpasti dan mengelak. Pertama, mereka mendedah dan menekankan kecantikan dan kelangsingan tubuh perempuan mereka melalui pakaian atau perangai yang tidak senonoh untuk menarik mata lelaki (Ams 6:25; 7:10; Yes 3:16). Sementara lelaki dirangsangkan mata, ini merupakan godaan besar dan meninggalkan dasar permulaan untuk dosa. Lelaki berhikmah mengelak kehadiran perempuan yang tidak senonoh dan menolak apa pun nafsu bagi perempuan yang tidak dapat dielaknya (Ams 5:8).
Kedua, perempuan ini memakai matanya untuk bermain mata dengan lelaki dan menunjukkan kerelaannya untuk menjadi pasangan seks lelaki itu. Pemakaian mata dengan cara ini kerap kali dipanggil mata “bilik tidur”. Perempuan jahat tahu bagaimana untuk memberi tanda kepada lelaki bahawa dia mengingininya, dan kurang lelaki dapat menahan pandangan perempuan itu (Ams 6:25; Yes 3:16). Budak lelaki belajar pada awal-awal hidup betapa senangnya bagi seorang perempuan memandang kepadanya dengan mata yang rindu. Lelaki mulia tidak akan mengizinkan tentangan mata sebegitu dengan mana-mana perempuan kecuali isteri sendiri.
Tipu daya ketiga ialah pertuturan yang mengampu untuk menurunkan daya pertahanan lelaki lalu mendekatinya untuk sembelih seksual. Pakaian yang tidak senonoh menggoda lelaki dari jauh-jauh tanpa keterlibatan mereka. Tentangan mata biasanya hubungan peribadi pertama yang memulakan godaan itu. Tetapi kata-kata intim mengesahkan kerelaan itu, meluahkan keinginan dengan lebih teliti, dan memujuk lelaki itu untuk berserah. Jika seorang lelaki sudah mengizin dengan bebal seorang perempuan untuk mencapai takat ini, kurang mungkin lelaki itu akan mampu menghentikannya.
Berapakah hebatnya kuasa perkataan daripada seorang perempuan? Jauh lebih daripada apa yang dapat dibayangkan kebanyakan orang! Pertimbangkanlah Simson. Walaupun dia tahu Delila berniat untuk membinasakannya, kerana tiga ujiannya kepada Delila yang telah Delila gagal dengan teruk sekali, Simson masih tidak dapat menahan Delila yang menekannya dengan kata-kata yang menggoda (Hak 16:1-21). Ia sukar untuk percaya bahawa lelaki yang paling kuat di dunia telah disembelih dengan sebegitu mudah oleh seorang pembohong yang terbukti pembohong dan dari kalangan bangsa kafir. Kata-kata manisnya di telinga Simson tidak pernah menyebut masa depannya sebagai seorang penolak buta roda pengisar!
Keselamatan daripada pengampuan adalah mudah – jangan berbual lebih daripada yang perlu dengan perempuan. Putuskanlah perhubungan dengan mana-mana perempuan yang terlalu suka memuji atau mesra dengan kata-katanya. Ini termasuk teks, emel, dan panggilan telefon, di mana lelaki dapat digoda dengan kata-kata tanpa melihat tubuh wanita atau bertentangan mata. Jika ini mewajib untuk mengelak sahabat-sahabat karib, mengubah kerja gaji, atau langkah-langkah lain yang mendadak, ia patut dipertimbangkan (Mat 5:28-30; Rom 13:14; 2Tim 2:22).
Lelaki muda harus diajar untuk tidak menyukai dan untuk mengelak perempuan yang rewel dalam pertuturan atau perangai. Pakaian yang tidak senonoh dan yang berani biasanya mengenalpastikan jenis mereka itu, tetapi bukan selalu. Dari sejak umur kecil, kedua-dua ibubapa patut memberi amaran kepada anak-anak lelaki mereka bahawa perempuan rewel adalah jahat dan berbahaya. Contoh-contoh spesifik dari sekolah, kawasan jiran, saudara mara, atau mana-mana sumber lain patut dipakai untuk menggambar dan melatih anak-anak lelaki untuk membenci ancaman tersebut kepada nilai murni dan kejayaan mereka.
Ibubapa yang berhikmah sedar daripada amaran amsal ini bahawa mengehad dan/atau mengawasi perbualan dengan perempuan adalah penting untuk melindungi anak daripada perbuatan berkendak. Telefon ialah penggalak kepada hal niaga dan hal komunikasi, tetapi ia boleh menjadi ancaman yang baru kepada lelaki muda. Telefon bimbit dalam banyak kes, membekalkan wadah untuk komunikasi yang lebih sukar untuk mengehad atau mengawasi. Hai kaum ibubapa, berwaspadalah!
Hanya ibubapa bebal menumpukan perhatian kepada dating yang tidak bercaperon atau peluang-peluang nyata untuk keintiman seksual. Ibubapa yang berhikmah akan berusaha untuk memutuskan perbualan mengampu yang menggoda hati dan yang memberi bahan api kepada api keberahian sebelum pasangan itu ada peluang pun berada bersendirian bersama. Mereka tahu bahawa rangsangan seksual dan daya tarikan emosi perbualan yang panjang, emel, atau mesej teks dapat merampas hati dan moral jauh sebelum dua orang muda mencari jalan untuk bersendirian bersama.
Perempuan muda haruslah diajar supaya langsung jangan bermain cinta dengan kata-kata, kad, surat, panggilan telefon, emel, atau mesej teks sehingga mereka berkahwin. Mereka patut tahu bahawa kata-kata mengampu adalah untuk suami mereka, bukan helah untuk memancing, menggoda, atau menggeramkan lelaki. Mereka harus diajar akhlak yang suka menurut, tenteram, dan segan-segan yang diwajibkan Alkitab (1Tim 2:9-10; 1Pet 3:3-4). Ibu yang salih akan juga menggambar dan mengajar bagaimana untuk memakai perkataan untuk menyenangkan suami mereka.
Lelaki juga mengampu dan memakai perkataan untuk menurunkan pertahanan perempuan lalu mengambil kesempatan atas mereka. Ia terjadi berjuta-juta kali sehari. Penekanan dalam Amsal ialah bahaya perempuan durjana, kerana ia ditulis oleh seorang ayah bagi keselamatan dan kejayaan anak lelakinya. tetapi untuk memakai hikmah itu sepenuh-penuh di sini, kaum gadis dan wanita haruslah lebih berhati-hati, sementara lelaki yang bermulut manis yang memberi sedikit pun tanda untuk mendapat seks haruslah dielak dan dibenci.
Isteri yang salih belajar daripada amsal ini bahawa mereka boleh memakai perkataan berbudi dan pujian untuk membina suami mereka dan menjadi kekasih yang lebih baik. Banyak isteri Kristian terlalu jahil, terlampau senonoh, atau berpahit hati untuk mampu mengagumi suami dengan mulut, dan itu meninggalkan suami rentan kepada perempuan duniawi yang mudah memakai pengampuan secara naluri. Seorang isteri Kristian patut ada kemampuan dan cita-cita untuk mengalahkan perempuan asing dalam permainan cintanya ketika ia berkenaan dengan suaminya.
Perkataan yang baik dan pertuturan yang muluk-muluk dipakai lebih daripada tujuan dosa seksual. Paulus telah memberi amaran bahawa ia juga dipakai untuk menggoda orang Kristian kepada doktrin-doktrin yang palsu (Rom 16:17-18). Guru-guru palsu tidak akan memberitahumu bahawa mereka mahu menyesatkanmu daripada kebenaran. Mereka buat apa yang bertentangan. Mereka berbunyi tulus dan seakan-akan alkitabiah sebanyak semungkin. Dan mereka kerap kali menjanjikan banyak berkat rohani dan manfaat agama mereka. Apakah perlindunganmu yang paling baik? Ujilah segala sesuatu dengan firman Allah dan tolaklah segala gagasan yang palsu (Maz 119:128; Kis 17:11; 1Tes 5:21).