Amsal · Proverbs

6:27
Dapatkah seseorang lelaki mengambil api ke dadanya, dan bajunya tidak terbakar?

Seks bersahaja akan membakarmu. Tiada perlindungan terhadapnya. Perkahwinan menjadikan kenikmatan seks sungguh mulia, tetapi Allah akan menghakimi para penzina dan orang-orang yang berkendak (Ibr 13:4). Tetapi sebelum Allah menghakimimu, orang yang mengenalmu, dan jiwamu sendiri akan menghukum dirimu juga.

Kamu tahu jawapan kepada soalan amsal ini. Ia memberi maksud penekanan. Tidak! Seseorang lelaki langsung tidak dapat mendekatkan api ke tubuhnya dan masih mengekalkan keselamatan pakaiannya. Api yang sebegitu dekat akan bukan sahaja membakar sedikit bajunya tetapi juga menghanguskannya dengan teruk. Dan kebenaran itu sama bagi orang yang main-main seks dengan isteri orang lain – dia akan membakar kehidupannya. Tiada apa pun yang bersahaja bagi dosa seksual.

Salomo telah memberi amaran kepada anak lelakinya tentang bahaya perempuan asing – seorang perempuan yang lacur atau si penzina (Ams 6:23-35). Dia ingin anak lelakinya untuk tahu bahawa perzinaan akan membawa kesan-kesan yang buruk sekali sama seperti memeluk api akan pasti membakar pakaian. Dosa perzinaan akan membakar kehidupanmu sepasti api di dadamu akan membakar pakaianmu.

Bagaimanakah perzinaan membakar seseorang lelaki? Isi utama amaran di sini ialah reputasi si penzina – dia tidak akan tidak bersalah, sebab dosa ini tidak dapat mudah diampuni atau dilangkaui (Ams 6:29). Orang tidak memandang hina seorang pencuri jika dia mencuri kerana lapar – jenayahnya memang boleh difahami, meskipun dia akan dihukum (Ams 6:30-31). Tetapi kaum suami tidak akan memahami atau menyambut orang asing yang mencuri keintiman peribadi dengan isteri mereka (Ams 6:32-35).

Amsal ini menanya soalan yang mudah: kamu tahu jawapannya yang cukup terang. Suatu soalan yang retorik ialah alat yang sungguh berkesan untuk hujahan yang meyakinkan. Kamu tiada sebarang ragu hati ketika membayangkan seorang lelaki memeluki api di dadanya – pakaiannya akan pasti terbakar! Bayangan ini harus disamakan dengan perzinaan – lelaki yang memegang isteri orang lain akan dibakar sepasti dengan bayangan itu. Dia akan menderita kesan-kesan yang keras dan yang pasti kerana mencabuli perkahwinan orang lain.

Kamu tahu jawapan kepada amsal ini, dan kamu tahu pemakaiannya. Tetapi ada banyak yang berbohong tentang pelajaran yang terang ini! Hollywood menjual wayang-wayang dengan memakai nafsu-nafsu seksual dan khayalan, supaya mereka tidak menunjukkan kesan-kesan perzinaan; sebaliknya mereka mengerjakan bahan berdosa itu ke dalam setiap wayang yang dihasilkan mereka. Mereka mahu kamu percaya bahawa api tidak akan membakar pakaianmu. Mereka merupakan pembohong dan pendusta yang tamak yang diarahkan si iblis untuk memuaskan nafsu-nafsu berdosa lalu mengisi dompet mereka ini yang kedambaan.

Sesetengah ahli psikologi menyatakan bahawa seks bersahaja boleh memperkasakan perkahwinan. Industri muzik oleh gaya hidup mereka dan lirik lagu mereka mencadangkan itu sebagai cinta yang mengujakan. Gambar drama bersiri tidak akan wujud tanpanya. Novel-novel romantis menimbulkan khayalan-khayalan yang bernafsu untuk itu. Kelab-kelab malam menyediakan tempat untuk memulakan seks bersahaja. Eufemisme seperti “cinta asmara”, “kekasih main cinta”, atau “berfoya-foya” menyembunyikan kesan-kesannya. Mereka berbohong! Perzinaan akan memedihkanmu sepasti api akan membakar pakaian. Larilah diri!

Pembohong yang paling besar akan hal zina adalah di dalam dirimu – hatimu yang berdosa yang telah diwarisimu daripada Adam. Jika kamu memberi hatimu sedikit kebebasan sahaja, hatimu akan memberitahumu bahawa kamu boleh melepaskan diri daripada kesan-kesan perzinaan dan bahawa kenikmatannya memang berbaloi. Adakah kamu tahu bahawa hatimu durjana sedemikian (Yer 17:9)? Jika kamu tahu, maka kamu ada separa perlindungan. Jika kamu tidak, maka kamu harus belajar akan itu. Kemudian kamu perlu menolak setiap orang atau input yang mencadangkan atau mengajar bahawa perzinaan adalah selamat. Ia tidak selamat (Ibr 13:4).

Jika kamu telah melakukan zina, kamu sudah tahu bahawa amsal ini benar, kecuali Allah telah menyerahkan dirimu kepada minda yang jahanam dan telah membutakan hati nuranimu (Rom 1:18-32; Efe 4:17-19). Jika kamu tahu bahawa kamu bersalah, dan jika kamu tahu kamu telah berdosa, Allah boleh dengan mudah mengampunimu melalui Tuhan Yesus Kristus. Jangan lupa bahawa Dia telah datang ke dunia ini untuk para pendosa, dan telah mengampuni para pelacur yang telah menjadi sebahagian murid-muridNya (1Tim 1:15; Mat 21:31).

Jika rasa salah sedang meremukkanmu, ingatlah para penzina yang bertaubat di dalam Alkitab. Allah telah mengampuni Daud dan memakainya dengan cukup berkuasa sesudah hal perzinaannya dengan Batsyeba dan pembunuhan suaminya. Tuhan Yesus berkenan menyambut para pelacur ke dalam kerajaanNya, memilih penzina perempuan di Sikhar untuk diinjili di kalangan semua jiwa di kota itu, mengampuni perempuan yang ditangkap basah oleh orang Farisi, dan menampil diriNya pertama-tama kepada Maria Magdalena sesudah Dia bangkit dari mati. Bagaimanakah Dia dapat berbelas kasihan bagi dosa yang dibenci Allah? Kerana Dia telah menanggung hukuman dosa itu ke atas diriNya sendiri di atas kayu salib Kalvari. Dosa itu tidak akan lagi membakar orang yang ditemui berada di dalamNya (Yes 54:4-12; 1Kor 6:9-11).