Amsal · Proverbs

6:28
Dapatkah seseorang berjalan di atas batu arang panas, dan kakinya tidak terbakar?

Di sinilah suatu amsal yang indah – ringkas, berkuasa, berhikmah, dan mudah diingat. Soalannya mudah; jawapannya mudah. Tidak! Ia tidak mungkin untuk berjalan di atas batu arang panas dan tidak membakar kakimu!

Orang cabul menuduh Allah akan kejahilan, tetapi orang yang tinggal di hutan dan yang dirasuk iblis dan yang memakai banyak keselamatan untuk berjalan di atas batu arang panas pula tidak dianggap mereka jahil. Jika orang-orang pagan ini mahu menyalak terhadap Alkitab bagi amsal ini, biar kita menyiapkan batu arang! Mereka akan percaya! Kita akan memperkenalkan mereka kepada Allah Shadrakh, Mesakh, dan Abednego!

Konteksnya ialah perbuatan berkendak – keintiman seksual dengan orang lain yang bukan pasanganmu (Ams 6:20-35). Ia tidak mungkin untuk berkendak tanpa ada penderitaan sebagai akibatnya. Dosa perzinaan ialah jenayah yang sungguh keji, dan ia ada kesan-kesan teruk yang sungguh mendalam (Ams 6:29-35). Dan akibat-akibat yang teruk itu tidak dapat dielakkan seperti kaki tidak dapat mengelak terbakar ketika berjalan di atas api. Berwaspadalah, hai pembaca!

Pelajaran-pelajaran sedemikian tidak difahami hikmah moden dan kenikmatan moden. Ahli-ahli psikologi zaman kini mencadangkan perzinaan untuk memulihkan semula perkahwinan yang kurang hangat, dan Hollywood menggalakkan perbuatan berkendak sebagai kenikmatan hidup yang paling biasa, alamiah, dan pasti. Gambar komedi, iklan, wayang, dan gambar drama berepisod semua mengajar bertalu-talu bahawa perbuatan berkendak adalah indah tanpa apa pun kesan-kesan yang memudaratkan. Betapa hebatnya bohong itu! Syaitan, semangat di Hollywood, mahu mengheretmu ke neraka!

Tetapi Sang Pencipta telah berbicara, “Perkahwinan adalah mulia dalam segalanya, dan petiduran tidak ternoda: tetapi kaki pelacur dan para penzina akan dihakimi Allah” (Ibr 13:4). Jehovah telah menciptakan seks dan segala kenikmatan yang menyertainya, tetapi Dia telah menentukan kenikmatan maksimanya bagi perhubungan monogami di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang berjanji melalui waad perkahwinan di hadapanNya.

Simson memikir bahawa dia dapat berjalan di atas batu-batu arang seksual, tetapi Delila merampas kekuatannya dan meninggalkannya buta dan terbelenggu untuk mengisar bagi orang Filistin. Daud tidak memikir dia akan dibakar juga, tetapi temu cinta sekejap bersama Batsyeba telah membawa rugi teruk kepadanya untuk sepanjang hidupnya. Amnon yang cabul itu mendambakan adik perempuannya, tetapi peristiwa itu mengecewakannya dengan teruk sekali dan akhirnya meragut nyawanya.

Yusuf itu jaguh, kerana ketika dia nampak dan merasakan api itu, dia melarikan diri sejauh semungkin dan secepat semungkin. Dia tahu bahawa meskipun perempuan itu sungguh mendambakannya, akan adanya neraka yang akan dikenakan kepadanya oleh Allah dan manusia. Dia memilih kepastian tuduhan palsu terhadap dirinya daripada janji bohong akan saat kenikmatan yang dicuri. Dia tahu bahawa dia akan dibakar kalau dia kekal tinggal, maka dia melarikan diri daripada api itu.

Peraturannya adalah mudah: jika kamu main dengan api, kamu akan dibakar. Musa berkata, “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu” (Bil 32:23). Jangan berbohong kepada diri sendiri. Allah tidak akan diperolok-olokkan. Jika kamu mengkompromikan peraturan-peraturanNya, terutamanya dalam hal dosa-dosa seksual, maka kamu akan menderita dengan teruk baginya.

Mungkin adanya kenikmatan jangka masa pendek di dalam dosa (Ibr 11:25), tetapi kesan-kesan jangka masa panjang meremuk dan mengisar kenikmatan kecil itu sampai lesap. Kamu tidak akan mengingat kenikmatan itu ketika kesan-kesan teruk kebebalanmu itu meletup berapi. Maka pada saat itu ia terlalu lambat untuk patah balik! Kamu sudah diparutkan! Kamu ada perhubungan-perhubungan yang sudah terkandas! Reputasimu sudah rosak! Musuh-musuhmu ada tuntutan terhadap dirimu! Bekas kawan-kawan membencimu! Jiwamu sudah tercemar! Dan suami perempuan itu tidak dapat didamaikan tidak kira apapun yang kamu buat (Ams 6:29-35)!

Hai pembaca, adalah kamu main dengan api? Pornografi? Novel romantis? Fikiran bernafsu? Ketidakpuasan perkahwinan? Perhubungan dengan jantina lain yang menghangatkan lebih daripada semangatmu? Setiap dosa ini sedang bermain-main dengan api. Kamu akan dibakar. Bertaubat, dan larikanlah dirimu!

Bagaimanakah ibubapa menjaga supaya anak jangan dibakar? Mereka menjauhkan anak dari api. Dan Bapa Syurgawi berbuat apa yang sama juga. Dia berkata, “Elakkannya, jangan laluinya, berpalinglah darinya, dan jauhinya” (Ams 4:15). Salomo memberi amaran terhadap nafsu di dalam hatimu dan pandangan matamu (Ams 6:25). Takut akan bahaya besar ini tidak akan membenarkan televisyen, muzik, buku, majalah, saling bermesej, berciapan, atau apa pun godaan seksual yang mungkin menyalakan api.

Mancis sendiri membawa kerosakan kecil; ia api yang dinyalakannya yang dapat membakar segalanya yang ada di jalannya, maka ibubapa menjauhi mancis daripada anak. Paulus, yang tahu bahaya berapi akan berahi, atau nafsu seksual (Rom 7:8), memberitahumu untuk mengelak kemungkinan api (Rom 13:14). Kamu melakukan itu dengan menjauhi diri daripada benda pun yang mungkin membawamu kepada dosa seksual.

Jika kamu tunggal, carilah pasangan salih dengan jalan-jalan yang berhikmah (1Kor 7:2,9). Jika kamu sudah berkahwin, bangunkanlah bahagian intim perkahwinanmu dan bunuh apa pun rasa ketidakpuasan atau kepahitan (1Kor 7:3-5; Kol 3:19; Ams 5:19). Bahaya di sini, di masyarakatmu yang rosak akhlak itu, adalah besar. Pastikan dirimu sedang memakai jalan utama Allah untuk mengelak pencubaan ini dan kesan-kesannya.

Dan kemudian berdoalah menurut teladan Tuhan Yesus Kristus Yang Berbahagia dan Yang Tidak Berdosa, “Jangan memimpin kami ke dalam pencubaan”. Sebab siapakah yang dapat menahan kuasa pencubaan jenis ini? Hanya oleh kuasa Roh Kudus dapat seorang Kristian berharap untuk berjalan di dalam integriti seksual di hadapan Tuhan.

Gereja-gereja Yesus Kristus pun tidak dapat bermain dengan api lalu terlepas daripada kena terbakar. Pelacur besar sendiri, gereja ibu Rom, telah berbuat zina dengan dunia untuk 1500 tahun. Agamanya ialah apa yang penuh dengan perzinaan rohani dan kekejian. Kamu diperintahkan untuk menolak apa pun sangkut-paut agama itu dan jangan menyentuh apa yang najis (2Kor 6:14-17; Wah 18:4). Gereja-gereja sejati harus menolak pelukan dunia dan berpaling untuk menjauhi sejauh semungkin kecantikan duniawinya dan pengampuannya. Ia tidak mungkin untuk menikmati kenikmatan bohongnya tanpa kecemburuan dan penghakiman Allah yang menjelang untuk menghanguskanmu (Ibr 10:30-31; 12:28-29).