6:34
Sebab kecemburuan ialah keradangan seseorang lelaki: maka dia tidak akan memberi peluang pada hari pembalasan dendam.
Allah mengenal manusia. Dia kenal minda dan emosi mereka. Dia kenal keradangan cemburu lelaki terhadap seorang penzina yang telah mencuri isterinya untuk cinta atau seks. Allah mengilhamkan Salomo untuk mengajar kaum lelaki supaya jangan berbuat zina dengan memberi amaran kepada mereka tentang keradangan seorang suami (Ams 6:27-35).
Perkahwinan ialah perhubungan yang intim dan yang kudus. Perzinaan ialah percanggahan teruk akan itu. Keradangan yang cemburu dan pembalasan yang tidak berbelas kasihan ialah kesan-kesan alamiah akan dosa yang keji ini. Salomo dengan serius telah memberi amaran kepada semua lelaki tentang masalah alamiah ini kerana menjamah isteri orang lain.
Salomo berada pada penghujung amarannya kepada anak lelakinya tentang perzinaan (Ams 6:20-35). Dia menambahkan hujahan praktikal bahawa suami kepada perempuan itu akan sangat marah kerana jenayah itu. Yang mengutuk dosa yang teruk ini bukan sahaja keadilan ilahi, tetapi juga hukum-hukum adil manusia dan hukum alamiah.
Perkahwinan ialah perhubungan yang sungguh peribadi, intim, dan yang tidak dapat dikongsi. Perkahwinan berasaskan kasih dan hak milik. Kasih melibatkan kecemburuan. Salomo berkata tentang isterinya, “Taruhlah aku sebagai meterai pada hatimu, sebagai meterai pada lenganmu: sebab kasih kuat seperti maut; kecemburuan kejam seperti kubur: batu arangnya ialah batu arang berapi, yang mempunyai nyala yang paling marak” (Kid 8:6).
Iri hati sungguh teruk. Ia lebih teruk daripada kemarahan atau murka (Ams 27:4). Seseorang lelaki tidak mahu mengongsikan tubuh isterinya atau hatinya. Ketika lelaki lain mengambil mana-mana satu itu, kedengkian yang timbul sungguh meluap. Seorang pencuri mungkin menemui belas kasihan daripada lelaki, tetapi bukan seorang penzina (Ams 6:30-33). Untuk mencuri supaya memuaskan kelaparan sungguh dapat difahami, tetapi untuk menjamah isteri lelaki lain tiada dalihnya. Hai lelaki muda, larilah diri! Sekarang juga!
Hukum-hukum Allah untuk Israel ada penyediaan hukum bagi suami yang cemburu (Bil 5:11-31). Jika seseorang lelaki cemburu tentang isterinya, baik dengan bukti mahupun tanpa bukti, dia dapat membawa isterinya kepada para imam untuk ujian kecemburuan. Jika dia salah, kutuk itu akan menyebabkannya untuk reput dengan serta-merta, mulai dari kelaminnya. Jika dia tidak bersalah, namanya dinyatakan bersih oleh wahyu keilahian dan dia akan dapat mengandung.
Kecemburuan perempuan terhadap suaminya bukanlah sama, maka Allah tidak ada perlindungan yang sama di dalam hukum Musa. Sementara lelaki tidak diciptakan bagi isterinya, dia bertanggungjawab untuk mengekalkan kesetiaan seksualnya lebih terhadap Allah daripada terhadap isteri. Allah mengurus suami secara langsung, seperti yang dilakukanNya dengan Daud dan Israel (2Sam 11:27; Mal 2:10-16).
Walaupun sungguh sukar, orang salih dapat mengampuni isterinya yang berzina dan lelaki yang berzina dengan isterinya, terutamanya jika mereka bertaubat, sebab mereka tahu bahawa diri sendiri telah berdosa lebih teruk terhadap Allah dan sudah diampuni (Mat 18:21-35). Sudah tentulah, situasi demikian memerlukan rahmat yang besar, sebab Salomo telah menetapkan suatu peraturan sungguh benar bahawa perzinaan bercanggah kepada sifat alamiah (Ams 6:27-35).
TUHAN, sementara memilih Israel untuk menjadi isteriNya, telah mengisytihar bahawa namaNya Cemburu, dan Dia Allah yang cemburu (Kel 34:14). Perintah pertama adalah untuk dirinya mengasihi Allah dengna segenap hati, jiwa, dan kekuatan (Ula 6:4-5). Apa pun main cinta dengan benda-benda lainmenyebabkan kecemburuanNya untuk berapi-api, sebab Dia tidak akan mengongsikan kesayangannya dengan apa pun yang lain (Ula 32:16; Maz 78:58).
Perzinaan rohani ialah perbuatan bermain-main atau mengasihi perkara-perkara dunia atau agama palsu daripada mengasihi Allah benar dan perkara-perkaraNya. Ia kerap kali dijelaskan dalam Alkitab sebagai perzinaan, perbuatan berkendak, dan kelacuran di antara penjelasan yang lain. Bacalah Yehezkiel 16. Allah telah melayan Israel dengan sungguh teruk ketika mereka berkompromi dengan allah-allah palsu atau amalan-amalan keagamaan mereka. Biarlah setiap Kristian yang terkawal menjadi lekas untuk cam main cinta sedemikian dan membenci itu (Ula 12:1-4, 29-32, 2Kor 6:14-18). Allah menganggap mana-mana persahabatan dengan dunia sebagai perzinaan roahni terhadap DiriNya (Yak 4:4).
Bagi orang Kristian, Yesus Kristus ialah Suami, dan Dia menuntut kesetiaan penuh (Luk 14:26). Semua perhubungan lain haruslah dikorbankan, jika ia bercanggah dengan kasihmu untuk Dia. Itu tidak keterlampauan atau salah, sementara pelajaran Salomo di dalam amsal ini mengajar bahawa manusia pun ada harapan meluap-luap bagi perhubungan perkahwinan yang jauh dibawah keutamaan perhubungan dengan Tuhan. Adakah kamu mengasihi Allah dan menjalani hidup untuk Yesus Kristus dengan pengabdian dan sikap berhati-hati yang patut ada pada dirimu?