Amsal · Proverbs

6:35
Dia tidak akan mempertimbangkan apa pun tebusan; dan dia juga tidak akan beristirahat puas-puas, walaupun kamu memberi banyak pemberian.

Kamu boleh bayar atau berbincang keluar daripada sesetengah dosa yang telah dibuat, tetapi dosa berzina tidak. Salomo memberi amaran terhadap perzinaan dengan menjelaskan keradangan seorang suami yang cemburu (Ams 6:20-35). Mencuri makanan kerana lapar boleh orang faham, tetapi untuk bersetubuh dengan isteri orang lain tidak (Ams 6:30-35).

Salomo merupakan orang yang paling berhikmah yang pernah hidup, selain Yesus Kristus. Dia memakai hujahan untuk memberi amaran kepada anak-anaknya, terutamanya, anak lelakinya, tentang betapa kejinya dosa berzina (Ams 2:16-19;5:1-23; 6:20-29; 7:1-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28; 30:20; Pkh 7:26). Di dalam bab ini dia telah mengancam anak lelakinya dengan bahaya seorang suami yang marah (Ams 6:30-35).

Untuk manusia menjalani hidup yang kudus, mereka perlu ingat amaran serius ini bersertakan hujahan-hujahan Salomo yang lain tentang kebebalan perzinaan (Ams 6:20-24). Bagi sebab itulah Daud telah menulis, “Dengan apakah harus seorang pemuda membersihkan jalannya? dengan menjaganya sesuai dengan firmanmu” (Maz 119:9). Kekalkan bayangan wajah marah suami itu di hadapan matamu!

Jika kamu telah mencuri makanan kerana kamu lapar, kamu akan dituntut membayar balik pampasan di bawah hukum-hukum Allah (Ams 6:30-31). Walau bagaimanapun, orang akan faham kesalahanmu, dan kamu akan akhirnya dilepaskan. Tetapi tiada apa pun pemahaman sebegitu berkenaan perzinaan; tiada pampasan yang dapat membayar kenikmatan yang sudah dicuri; kamu tidak boleh dilepaskan (Ams 6:32-35).

Isteri seorang lelaki ialah hartamiliknya yang paling berharga, sahabatnya yang paling intim, dan sekutunya yang paling terjamin. Perkahwinan ialah tempat suci bagi kenikmatan yang paling sayang kepadanya. Tubuhnya dan kesatuan istimewa yang ditimbulkan asmara cinta ialah kelebihan nikmatnya yang paling peribadi. Ketika orang asing mencerobohi perhubungan suci itu dan mengambil daripada isterinya apa yangmerupakan milik suami itu sahaja, tindakan yang sebegitu cabul dan ganas tidak dapat dijelaskan atau dipulihkan semula dengan apa cara pun.

Sementara lelaki Kristian mungkin dapat mengampuni pelanggaran ini pada kadar masing-masing, Salomo pula memakai reaksi semula jadi lelaki kepada jenayah keji ini untuk menyedari anak lelakinya supaya jangan sesekali memikir pun itu. Walaupun orang salih sungguh terhutang untuk mengampuni orang lain seperti Allah telah mengampuni yang lain (Mat 18:21-35), Allah telah menyelamatkan orang daripada perlu berbuat demikian dalam undang-undangNya dengan menggubalkan hukuman mati bagi kedua-dua penzina lelaki dan penzina perempuan (Ima 20:10; Ula 22:22).

Apakah peraturan yang paling elok untuk mengelak perzinaan? “Jangan bernafsu hendak kecantikannya dalam hatimu; dan jangan biar dia menawanmu dengan kelopak matanya” (Ams 6:25). Tolaklah semua fikiran tentang apa pun perempuan yang tidak kamu kahwin (Ayb 31:1; Mat 5:28; Yak 1:14). Elaklah mana-mana situasi di mana kamu dapat melihat perempuan cantik atau perempuan lacur (Ams 5:8; 7:8; Hak 14:1; 2Sam 11:2; Rom 13:13-14).

Ada perzinaan yang melebihi perkahwinan. Kamu mungkin bersahabat dengan dunia ini, orang duniawi, filsafat duniawi, dan gaya hidup duniawi, lalu berbuat zina terhadap Allah, Yang telah memilih umatNya untuk menjadi milikNya sahaja (Ula 6:4-5; Mat 6:24; Yak 4:4; 11:1-4). Melebihi semata-mata keradangan seorang suami cemburu, kamu pula akan menghadapi keradangan hangat Allah syurga Yang cemburu, Yang langsung tidak berbalas dengan murah hati kepada segala main cinta atau tidur dengan musuhNya (Kel 34:10-17; Yeh 16:35-43).

Apakah peraturan yang paling baik untuk mengelak perzinaan rohani terhadap Allah? Kekalkanlah hatimu memikirkan firmanNya sahaja dengan menolak ajaran dan tradisi dunia dan agama duniawi yang cabul (Maz 119:128; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5,20-21). Hadirlah gereja di mana kompromi dengan tradisi pagan Roman Katolik atau kompromi dengan hiburan pujisembah kontemporari dan dongeng ditolak (1Tim 4:1-6; 2Tim 3:1-5; 4:1-4; Wah 18:4). Biar dirimu bersuka di dalam kesederhanaan rasuli dan sembahyang sejati tidak kira apa pun tawaran menarik daripada orang yang berkompromi.