7:3
Tambatkanlah ia pada jarimu, dan tuliskanlah ia pada loh hatimu.
Solomo memakai bahagian Amsal ini untuk mengajar anak lelakinya tentang bahaya perempuan sundal, dan dia tidak mahu anaknya untuk melupakan kata-katanya dan peraturan-peraturannya (Ams 7:1-2). Pandangan dan pengampuan perempuan jahat sungguh berkuasa. Jangan melupakan amaran-amaranku, hai anak lelakiku! Kesan-kesan perbuatan berkendak ialah maut dan neraka. Kamu akan merosakkan kehidupanmu. Jangan melupakan pelajaran-pelajaranku.
Ayah yang baik memberi amaran kepada anak lelaki mereka tentang bahaya teruk perempuan yang jalang, tetapi anak-anak lelaki harus ingat amaran-amaran itu kalau ingin mendapatkan apa pun faedah daripadanya. Perbuatan mendengar ialah satu perkara, tetapi perbuatan mengingatnya dan mengelak bahaya ialah perkara yang lain, terutamanya ketika bahaya itu sungguh menarik dan menggoda seperti perempuan sundal yang menawan. Ingat apa yang telah aku ajarmu, hai anak!
Untuk diberi amaran bahawa suatu jalan sudah dijahanamkan banjir kilat, tetapi kemudian memandu pula di jalan itu pada waktu malam merupakan kegilaan! Demikian juga ia bebal untuk membaca amaran-amaran berhikmah Solomo tentang perempuan asing, tetapi kemudian menemani pula seorang perempuan asing, menonton bahan lucah, atau saling berbalas teks telefon dengan perempuan yang berfoya-foya. Ia berhikmah untuk mengendahkan amaran-amaran ini dan pergi sejauh semungkin daripada bahaya yang dikenalpastikan itu.
Di sini ada dua kiasan yang mengajar kepentingan praktikal untuk mengingat amaran. Kamu tidak biasanya mengikat ayat-ayat Alkitab pada jarimu atau menulisnya pada loh hatimu. Pelajarannya adalah untuk mematuhi amaran-amaran itu dan untuk dengan teguh melekatnya pada proses fikiran batinmu. Kamu tidak boleh membenarkan amaran-amaran ini tercicir.
Daud berkata, “Firmanmu telah kusimpan dalam hatiku, supaya aku tidak akan berdosa terhadapmu” (Maz 119:11). Kamu melakukan ini dengan menghafal Firman Allah, supaya kamu boleh mengingatinya dari hatimu ketika kamu memerlukannya; atau kamu juga boleh merenung Firman Allah dan berpegang teguh kepada penekanannya yang kuat terhadap dosa-dosa seksual. Kamu harus setia pada setiap masa untuk menentang perempuan asing.
Bapa-bapa leluhur Israel mengulangai perintah-perintah Allah dengan kerap kali. Dia berkata, “Dan kata-kata ini, yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini, akan ada di dalam hatimu: Dan kamu akan mengajarkannya dengan tekun kepada anak-anakmu, dan akan bercakap tentangnya apabila kamu duduk di rumahmu, dan apabila kamu berjalan di dalam perjalanan, dan apabila kamu berbaring, dan apabila kamu bangun. Dan kamu akan mengikatkannya sebagai suatu tanda pada tanganmu, dan ia akan menjadi sebagai pita di tengah-tengah matamu. Dan kamu akan menuliskannya pada tiang pintu rumahmu, dan pada pintu-pintumu” (Ula 6:6-9).
Godaan-godaan seksual adalah di merata-rata pada zaman kini. Banyak perempuan adalah sundal. Jika kamu melupakan firman Allah yang telah didengarmu, kamu melesapkan kesan keselamatannya di dalam kehidupanmu (1Kor 15:2; 1Tim 4:16). Kamu tidak boleh membenarkan ajaran ini tercicir (Ibr 2:1-4). Kamu harus mengingatinya dan mematuhinya, dan kamu tidak boleh membenci atau menolak para pengkhutbah yang kerap kali mengulangi amaran (2Pet 1:12-15).