7:4
Berkatalah kepada hikmah, Engkaulah saudariku; dan panggillah pemahaman itu sanak perempuanmu:
Setiap lelaki memerlukan dua perempuan yang baik. Dia memerlukan Puteri Hikmah sebagai saudarinya dan sanak perempuannya (Ams 4:8; 8:17; 9:1-12). Puteri Hikmah akan melindungi dia daripada perempuan sundal, yakni Puteri Kebebalan (Ams 9:13-18). Kemudian dia memerlukan seorang perempuan yang takut akan Allah dan yang berakhlak mulia sebagai isterinya (Ams 18:22; 19:14; 31:10). Isteri demikian akan melindungi dan memuaskannya daripada godaan perempuan yang asing (Ams 5:15-20; 1Kor 7:1-5).
Raja Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan asing, iaitu perempuan yang bujang atau yang sudah kahwin yang mahu menggodanya sebab ini selalu merupakan ancaman bagi orang yang berpengaruh, berkuasa, atau kaya (Ams 7:1-5). Dia ingin perhatian penuh anak lelakinya, sebab nasihat amaran itu sungguh perlu bagi keselamatan dan kejayaan anak lelakinya. Dia mahu anak lelakinya mengingat dan menghargai arahan (Ams 7:1-5).
Salomo kemudian menulis suatu perumpamaan yang panjang tentang godaan yang dialami seorang teruna bebal oleh seorang penzina perempuan (Ams 7:6-23). Dia menjelaskan kelicikan perempuan itu dan manipulasi terhadap teruna bebal itu, dan menggambarnya dengan cara yang menunjukkan daya tarikan perempuan itu yang mempersonakan. Dia mengakhiri perumpamaan itu dengan memberi amaran kepada anak-anaknya untuk menjaga hati dan kaki mereka daripada mendekatinya, sebab godaannya sungguh kuat dan kesan-kesan dosa berkendak adalah sungguh keras (Ams 7:24-27).
Amsal yang sedang dipertimbangkan ini ialah sebahagian rayuan Salomo kepada anak lelakinya. Dia pertama-tama memberitahu anak lelakinya untuk mengingati arahannya (Ams 7:1). Dia menggesakan anak lelakinya untuk mentaati peraturannya, dan untuk menghargai itu seperti biji matanya (Ams 7:2). Dia kemudian memakai dua kiasan untuk mengajar anaknya untuk mengingati nasihat amaran itu, kerana akan adanya keperluan untuknya (Ams 7:3).
Apakah maksudnya untuk memanggil hikmah sebagai saudarimu? Ia bermaksud untuk memeluknya dan menjadikannya dekat dan berharga kepadamu (Ams 4:6-8; 8:17; Kid 8:1). Seorang saudari yang akrab langsung tidak akan membenarkanmu mendekati seorang perempuan yang sundal. Dia akan memandang hina perempuan itu, dan dia akan mendedahkan rancangan durjananya dan memberitahu awal-awal kesan-kesannya yang teruk benar. Kamu akan mempercayai seorang saudari yang dekat, sebab kamu akan tahu bahawa dia mementingkan kebajikanmu. Hikmah memanggil para teruna untuk menjauhi apa pun yang berkenaan dengan perempuan sundal dan untuk mencari kepuasan dengan seorang isteri yang salih (Ams 5:15-20).
Apakah maksudnya untuk memanggil pemahaman sebagai sanak perempuanmu? Ia bermaksud untuk mempertimbangkannya sebagai tempat mengadu yang rapat, teman yang berharga, dan sahabat yang setia. Ia bermaksud untuk mempercayai dorongannya dan mengikuti nasihatnya, sebab dia mahu kamu makmur. Pemahaman ialah kata ganti bagi hikmah dalam konteks ini. Sementara lelaki lain ada “sanak perempuan” yang merupakan perempuan sundal, biarlah pemahaman yang menjadi sanak perempuanmu. Dia akan melindungimu daripada godaan mereka yang berdosa itu.
Adakah hikmah itu saudarimu? Adakah pemahaman itu sanak perempuanmu? Jika ya, kamu takut akan Allah dan mahu hidup menurut hikmahNya. Kamu telah menerima kata-kataNya dan amaran-amaranNya untuk mengelak perempuan duniawi dan apa pun aktiviti atau tempat yang berkaitan dengan mereka. Kamu benar-benar menentang perbuatan berkendak sebelum berkahwin dan menolak perzinaan sesudah berkahwin. Kamu membenci pornografi/bahan lucah, wayang dan muzik yang gasang, dan mesej yang main cinta. Kamu mengasihi isteri masa mudamu (Ams 5:15-20).
Isterimu yang literal dan saudarimu yang kiasan ialah sahabat yang berharga. Kedua-dua perempuan itu saling membantu satu sama lain. Lelaki yang mempunyai hikmah sebagai saudarinya akan memaksimakan perkahwinannya oleh firman Allah. Dia akan menghargai, menghormati, mengasihi, dan menyuburkan isterinya, sebab dia akan mentaati hikmah Allah bagi perkahwinan. Dan lelaki dengan perempuan yang berakhlak mulia sebagai isterinya akan mencari takut akan Tuhan dan hikmah oleh teladan hebat dan peringatan lembut oleh isterinya yang kudus. Kedua-dua mereka ini ialah perempuan yang hebat!
Berseru kepada hikmah pada hari ini. Panggillah dia saudarimu. Berseru kepada pemahaman pada hari ini. Panggillah dia sanak perempuanmu. Peluklah kebenaran firman Allah yang berilham. Gementar di hadapan setiap perkataannya, sanjungi setiap ketetapan berkenaan setiap subjek sebagai betul, dan bencilah setiap jalan yang palsu (Yes 66:2; Maz 119:128). Jika kamu tidak berbuat demikian, maka kamu sasaran yang mudah bagi Puteri Kebebalan dan perempuan asing. Allah yang hebat akan meninggalkanmu kepada akalmu sendiri lalu membinasakanmu (Ams 8:36; 29:1).
Ikutilah kiasan metafora ini dengan lebih lanjut. Siapakah saudari-saudari Yesus, menurut pendapatNya? Sesiapa yang mendengar firman Allah dan mentaatinya! Ketika diberitahu bahawa ibu kandungNya dan adik-beradiknya hadir, Yesus berkata, “Sebab barang siapa yang melakukan kehendak Bapaku yang berada di syurga, orang itulah yang merupakan saudara lelakiku, dan saudara perempuanku, dan ibuku (Mat 12:46-50). Ketika Maria disanjungi terlalu tinggi, Yesus berkata, “Ya sebaliknya, diberkatilah mereka yang mendengar firman Allah, dan memegangnya” (Luk 11:27-28). Adakah kamu seorang saudari yang sejati atau ibu sejati Yesus Kristus?