Amsal · Proverbs

8:23
Aku telah ditegakkan sejak keabadian silam, dari permulaannya, atau sebelum kewujudan bumi.

Hikmah tidak berubah-ubah. Hikmah tidak berkembang dari abad ke abad. Hikmah bukan hasil penemuan atau pengujikajian. Jumlah hikmah di alam semesta tidak bertambah-tambah. Manusia tidak maju dalam hikmah kerana semakin berpendidikan atau semakin masa berlalu. Hikmah tidak diusahakan di universiti dengan kumpulan pemikir di sana. Hikmah tidak dikumpulkan di perpustakaan. Ada jumlah hikmah yang terhad di alam semesta, dan manusia semakin kurang memilikinya. Masa depan bangsamu sedang dipertaruhkan.

Hikmah berbicara di sini dalam bentuk diri pertama, sebab Salomo di tengah-tengah hujahannya mempersonifikasikan hikmah sebagai perempuan yang diingini (Ams 8:1-9:12). Sementara merupakan suatu kiasan yang sungguh berkuasa, Puteri Hikmah merayu kepada lelaki untuk mempertimbangkan kurnia-kurnianya dan akhlak baiknya berbanding dengan daya tarikan perempuan asing yang bebal dan yang melaknatkan (Ams 9:13-18). Setiap manusia membuat pilihan – untuk menerima tawaran hikmahkekekalan daripada Allah atau sebaliknya memilih untuk kebebalan yang rosak itu.

Kamu hidup di tengah-tengah ledakan maklumat [keadaan peningkatan jumlah maklumat yang semakin lama semakin tinggi]. Internet, dan maklumat berbukit-bukit, boleh didapati dengan hanya satu klik tetikus. Lebih wang dipakai bagi pendidikan, dan kanak-kanak dihantar ke institusi pengajian tinggi untuk lebih banyak tahun, berbanding dahulu. Kajian swasta dan kajian awam, bagi subjek yang paling pelik dan terpencil pun, selalu bertambah. Ada maklumat yang cukup banyak tersedia bagi kebanyakan subjek yang ingin dipelajarimu.

Tetapi apakah yang dikatakan Paulus tentang pengetahuan dan pembelajaran sebegitu? Dia memberi amaran kepada Timotius supaya memelihara hikmah yang telah diamanahkah kepadanya melalui khutbah dan untuk mengelak bebelan yang cabul dan yang sia-sia, dan tentangan yang kononnya dipanggil sains, yang menjadikan orang meninggalkan kebenaran (1Tim 6:20-21). Betapa wajarnya amaran itu! Dia juga memberi amaran kepada Timotius bahawa sesuatu yang sangat bahaya menjelang kepada generasi yang akan selalu belajar tanpa apa pun kemampuan untuk memahami kebenaran (2Tim 3:1-7).

Manusia bukan sedang menjadi “semakin hari semakin pintar.” Ciptaan automobil dan kemajuan-kemajuan yang lain memperdayakan, sebab pada masa yang sama umat manusia sedang merosot secara moral. Lelaki yang cukup berpendidikan pun tidak dapat faham kenikmatan perhubungan seks dengan perempuan. Allah sudah membuat pembedahan otak kepada manusia dan melepaskannya di alam minda orang gila (Rom 1:18-32)!

Bilik kelas dipenuhi dengan remaja yang lidahnya bertindik, rambutnya dicelup warna, bajunya berlubang-lubang, dan ketagihan rokok. Jenis orang dewasa yang serupa dengan mereka menggalakkan lagi impian dan khayalan mereka. Remaja sebegitu mengolok-olok ibubapa, menyindir pastor, memberontak terhadap kerajaan, dan berseru untuk cara baru menjalani hidup. Dan mereka memanggil ini sebagai pendidikan! Mereka memanggil ini pembelajaran!

Jumlah hikmah yang terhad yang ditawarkan oleh TUHAN Jehovah kepada umat manusia ditemui terutamanya di dalam Kitab Kudus. Tetapi sudah tentulah, dengan semua kajian Internet dan kemegahan universiti, mereka memandang hina satu-satunya hikmah yang tersedia itu. Sebenarnya, untuk memastikan bahawa khayalan mereka itu tidak dipersoalkan dan ditolak, mereka telah mengharamkan Alkitab di sekolah. Betapa pandainya itu!

Wahai pembaca, jika kamu menghargai takrif dan punca hikmah yang betul, maka bacalah dengan teliti Ayub 28:12-28. Biar orang yang betul-betul berhikmah memberi arahan kepadamu. Sesudah selesai, hanya ada satu maklum balas yang dapat diberi berkenaan tuntutan rosak dan percabulan pengetahuan pada generasi ini, “Tetapi sang raja tidak berbaju!” Biar Allah benar, tetapi setiap orang pembohong.

Tuhan Yesus Kristus memiliki segala hikmah kekekalan Allah (Kol 2:3). Dia dari dahulu selalu memilikinya. Dia tidak pernah berubah – Dia tidak bertumbuh dalam hikmah (Heb 13:8). Dia sedang membiar sahaja dunia ini untuk menunjuk belang mereka yang sebenarnya – pemberontakan jiwa yang rosak terhadap Allah dan kebencian bagi hikmah – sebelum Dia datang untuk menghanguskan segalanya (2Tes 1:7-10; 1Tim 6:13-16).

Banyak yang mencemarkan amsal ini untuk menyokong suatu ajaran sesat daripada Origen tentang penjanaan Yesus Kristus dari kekekalan. Mereka mengulangi bertele-tele Pengakuan Iman Nicea, “Dan kepada satu Tuhan, Yesus Kristus, Anak Allah yang Tunggal, yang lahir dari Sang Bapa sebelum ada segala zaman, Allah dari Allah,” dan sebagainya. Mereka dengan bebal percaya kepada kitab versi New World Translation dan New American Standard Version dalam Yohanes 1:18, yang kedua-duanya menuntut bahawa Yesus ialah Allah yang telah dijanakan. Betapa sesatnya ajaran itu! Kekeliruan mereka dalam doktrin dan dalam bahasa menyebabkan mereka tidak faham kiasan hikmah amsal Salomo ini sebagai seorang perempuan.

Bilakah akan kamu membaca perpustakaan 66 buku ilahi Allah dan mempelajari hikmah? Setakat ini, kamu sudah bermula melalui pembacaan ulasan ini. Kamu ada 168 jam setiap minggu. Fikirlah betapa banyak yang kamu dapat belajar, jika kamu mampu memadatkan masa sampai 1/10 daripada masa kamu pakai dalam usaha menduduki peperiksaan dan ujian. Hikmah itu kekal, tetapi apakah yang akan dilakukanmu untuk memperolehnya?