Amsal · Proverbs

8:24
Ketika tiada samudera raya, aku dilahirkan; ketika tiada mata air yang kelimpahan air.

Pada suatu ketika tiada air – tiada lautan, laut, tasik, atau kolam. Itu sebelum Allah menciptakan syurga dan bumi (Kej 1:1-2). Tidak seorang pun yang pernah nampak alam semesta dalam keadaan sedemikian, dan satu-satunya catatan yang kita ada tentang itu ialah wahyu Allah yang tertulis di dalam Alkitab. Tetapi meskipun tiada air, sebelum Allah menciptakan syurga dan bumi, hikmah sudah wujud.

Amsal ini ialah sebahagian personifikasi Solomo tentang hikmah sebagai seorang perempuan. Kata-kata ganti nama yang dipakai di sepanjang bab ke-8 Amsal merujuk kepada Puteri Hikmah, sementara Solomo menjelaskan hikmah dengan istilah-istilah yang tersanjung tinggi dan yang indah. Puteri Hikmah menawarkan dirinya kepada lelaki (Ams 8:1-11), menyenaraikan ganjaran-ganjarannya kepada lelaki (Ams 8:12-21), menjelaskan asal usulnya dengan Allah sebelum apa pun ciptaan (Ams 8:22-31), dan menutup dengan rayuan yang lebih lanjut dan undangan kepada lelaki (Ams 8:32-36).

TUHAN Jehovah menciptakan semua air (Kej 1:1-8). Firman Allah kerap kali mempersembahkan Dia sebagai Sang Pencipta syurga-syurga, bumi, laut, dan segala isi di dalamnya (Kel 20:11; Maz 146:6; Yun 1:9; Kis 4:24; 14:15; Wah 10:6; 14:7). Dia Penguasa lautan dan memakainya untuk mencapai tujuan-tujuan kudusNya (Maz 77:19; Yes 43:16; Amo 5:8; 9:6; Yun 1:4).

Adakah kamu merasai tekanan di dalam telingamu ketika berada di bahagian kolam renang yang paling dalam – 10 kaki dari permukaan air? Pernahkah kamu cuba menyelam skuba dan merasakan tekanan pada 100 kaki? Kapal selam pada Perang Dunia Kedua tidak mampu mencapai 700 kaki. Kapal selam nuklear tidak dibuat untuk beroperasi di bawah 2000 kaki. Setiap 10 meter kedalaman menaruh satu lagi tekanan atmosfera kepada badan kapal, iaitu 14.7 psi. Namun lurah Mariana di lautan Pasifik ada kedalaman 35,800 kaki. 6700 kaki lebih dalam daripada ketinggian gunung Everest! Tekanan pada satu inci persegi ialah 8 tan. Namun ada makhluk-makhluk yang hidup dan yang bergerak di bawah sana. Namanya TUHAN (Amo 5:8; 9:6).

Pertimbangkan tsunami di Asia pada tahun 2004. Suatu gempa bumi di bawah lautan dengan magnitud 9.0 di Lautan India telah menjadikan air laut untuk melanda setinggi 1-2 kaki ke seluruh arah pada had kelajuan 965 kilometer sejam. Sesudah ia sampai ke kawasan pantai ia menurunkan had kelajuannya kepada 56 kilometer sejam, tetapi ia membesar di dalam ketinggian sampai 50 kaki. Suatu benteng air! Itu telah meragut nyawa yang berada jauh-jauh seperti di Port Elizabeth di Afrika Selatan, iaitu 8047 kilometer dari pusat gempa. Sebanyak lebih 225,000 orang telah mati, dan 2,000,000 lagi kehilangan rumah.

Lautan dianggap sebagai tempat yang purba seperti apa pun di bumi. Meskipun ahli evolusi berkhayal tentang lendir purba yang bergabung di dalam kedalaman yang gelap berzaman-zaman dahulu supaya menghasilkan rama-rama, gajah, burung, dan monyet babun yang dianggap nenek moyang mereka. Mereka merupakan orang bebal yang buta! Sementara lautan adalah purba, ia hanya berumur 6,000 tahun berdasarkan kronologi Alkitab.

Apakah pelajarannya di sini? Walaupun manusia menganggap lautan sungguh tua, namun ada sesuatu yang lebih awal. Sebelum adanya air, adanya hikmah. Sebelum lautan gelap wujud, Sang Pencipta Allah memiliki hikmah. Jika hikmah – kemampuan untuk penghakiman yang wajar – ia lebih purba daripada lautan dan mata air bumi, kamu harus mencarinya dengan segala kekuatanmu. Carilah firman Allah dan guru-guruNya dan belajar satu-satunya hikmah sejati untuk mengarahkan kehidupanmu.