Amsal · Proverbs

8:22
TUHAN memilikiku sejak permulaan jalan-jalannya, sebelum karya-karyanya yang purbakala.

Berapakah ajaibnya hikmah? TUHAN Allah sudah memilikinya di seluruh kekekalan! Solomo meneruskan personifikasinya yang panjang akan hikmah sebagai perempuan yang berakhlak mulia (Ams 8:1-9:5). Puteri Hikmah ialah imbuhan “ku”, iaitu kata ganti nama diri pertama, yang tunggal, dan yang objektif. Sebelum TUHAN Jehovah menciptakan apa pun, ketika Dia mendiami kekalan bersendirian, Dia memiliki segala hikmah alam semesta.

Setakat ini, dalam usaha Solomo mempersonifikasikan hikmah, ia patut memprovokasimu untuk menghargai hikmah setinggi-tingginya memandangkan Allah telah memilihnya dan memakainya dari kekekalan dan dalam ciptaan segalanya (Ams 8:22-31). Jika hikmah sebegitu menguntungkan dan sebegitu ajaib sehingga Jehovah Sendiri memilihnya dan memakainya, berapakah lagi banyak seharusnya manusia menyanjunginya? Inilah pelajarannya!

Apakah personifikasi? Ia merupakan kiasan yang memakai peribadi untuk mewakili suatu konsep yang abstrak [tidak berupa atau besifat kebendaan]. Manusia merujuk kepada kebebasan sebagai, “Lady Liberty”, [Puteri Kebebasan], alam semula jadi sebagai, “Mother Nature”, [Ibu Alam Semula Jadi] dan sebagainya. Raja Solomo memakai seorang perempuan yang menarik untuk mewakili konsep hikmah (Ams 1:20-33; 2:4; 3:15-18; 4:5-13; 8:1-36; 9:1-5).

Apakah hikmah? Daya penghakiman yang betul. Ia kemampuan untuk berbudi bicara dalam apa pun hal atau situasi untuk mengenal penyelesaian yang sempurna. Ketika hikmah difahami sebagai nilai murni rohani Allah dan orang Kristian, penaakulan hikmah dan penyelesaian hikmah selalu memaksimakan kemuliaan Allah dan kekudusanNya. Hikmah ialah fikiran berdisiplin yang selalu sampai kepada kesimpulan yang wajar dan benar.

Siapakah TUHAN? Ketika Alkitab King James memakai TUHAN dengan huruf besar, ia bermaksud Jehovah – AKU ADALAH BAHAWASANNYA AKU ADALAH. Roh yang tidak terhingga dan yang berdikari ini, iaitu Pencipta akan segalanya, telah dari kekekalan memiliki segala hikmah. Dia tidak berhutang kepada sesiapa pun untuk memilikinya, sebab siapakah yang telah menjadi penasihatNya (Rom 11:33-36)? Dia sendiri ialah punca dan sumber hikmah bagi Dirinya atau mana-mana orang yang lain.

Yesus dari Nazaret, Anak Allah oleh Maria, bertambah dalam hikmah semakin Dia membesar (Luk 2:52). Kata-kata demikian berbicara dengan terus-terang dan hanya tentang sifat manusiaNya. Dalam sifat ilahiNya, Dia sendiri merupakan Jehovah, yang dalamNya tersembunyi segala harta berharga akan hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Jika kamu ingin menjadi seperti Yesus Kristus, maka kamu patut bertambah dalam hikmah. Adakah kamu bertambah dalam hikmah?

Allah tidak bereksperimen, iaitu memakai kaedah cuba-cuba, ketika Dia mencipta. Dia ada hikmah yang tidak terhingga sebelum Dia mencipta. Segalanya sungguh baik (Kej 1:31). Dia melihat apa yang dahulukala, kala kini, dan masa depan dengan sama rata. Tiada rancangan sampingan bagiNya. Dia memahami segalanya untuk selamanya. BagiNya tiada kejutan, tiada kesukaran, tiada kekeliruan, dan tiada kerumitan.

Allah-allah pagan atau patung-patung berhala, memiliki lima deria alamiah pun tidak, apatah lagi hikmah. Allah Alkitab mempersendakan mereka bagi kecacatan yang sebegitu binasa (Maz 115:1-8; 135:1-21). Para penyembah mereka mungkin ada lima deria, tetapi Allah mempersendakan mereka sebagai sama jahil dengan patung-patung berhala yang disembahyangkan mereka dalam kebohongan (Yes 44:18-20).

Jika Allah Jehovah memilih untuk memakai segala hikmah dalam segala kekalan bagi tindak lakuNya, adakah kamu mengejar hikmah dengan keghairahan penuh bagi pilihan-pilihanmu (Ams 4:7; 16:16)? Ia sudah tentu berbaloi (Ams 8:11; Ayb 28:12-19). Nas-nas kitab yang berilham dan yang dikekalkan dan guru-guru Allah ialah kurniaan Allah bagi hikmah kepadamu di hadapan semua manusia (Ula 4:6; Maz 119:98-100; Mal 2:7; 2Tim 3:15-17).